Header Ads

Ogos Yang Penuh Suka Duka

Assalamualaikum... hello hello ualls di sana.

Kejap je masa berlalu kan? Sedar tak sedar dah pun sampai pertengahan September dan masing-masing baru je lepas mood cuti merdeka dan raya gitu. Walau datang bulan baru namun aku masih tak boleh lupakan bulan Ogos yang baru saja berlalu. Ini semua dek kerana rezeki yang Allah beri sepanjang Ogos untuk aku.


Kadang-kadang aku rasakan semua ni macam masih lagi sebuah mimpi. Ye lah, aku bermula kerja edit dan makeover blog ni hanya kerana minat suka-suka jer pun. Tak pernah berangan langsung nak jadikan ini kerja sepenuh masa sebelum ni. Tapi ternyata Allah tu maha kaya. Tanpa aku jangka satu demi satu tempahan datang.

RISAU DAN WAS-WAS
Pada mulanya aku memang risau. Risau kalau-kalau hasil kerja aku tidak dapat di terima oleh orang lain di luar sana. Almaklumlah, setiap designer mempunyai citarasanya masing-masing dan tidak semua designer boleh memberi hasil kerja yang serupa 100% (melainkan kalau meniru..hehe). Disebabkan itu aku hanya buat apa yang termampu dan syukurlah hasil kerja aku dapat di terima oleh kebanyakan rakan blogger di luar sana. Ameen.

BAHAGI MASA ANTARA KELUARGA DAN KERJA

Ada yang mesej tanya pada aku...

macamana boleh kerja sambil jaga 5 orang anak ni?

Jawapannya mudah je iaitu MINAT DAN SOKONGAN SUAMI! Tanpa minat yang mendalam mana mungkin aku sanggup bersengkang mata sehingga jam 1 ke 2 pagi semata-mata untuk siapkan semua tempahan dengan secepat mungkin.

Dan jika tanpa sokongan suami yang amat memahami hati aku sebagai isterinya ni mana mungkin aku boleh buat semua kerja dengan lancar. Boleh ke aku berkerja kalau tanpa izin suami? Boleh ker aku berjaga sampai dinihari kalau suami tak kasi? Kerana dia banyak bantu aku dalam kerjarumah jugalah yang membolehkan aku berkerja sebegini.

Tapi.. aku tetap juga hadkan masa untuk berehat. Ye lah aku kan tengah sarat... so kena juga fikirkan si kecil dalam perut ni..hehe.. sebab tu, aku amat berterima kasih pada semua pelanggan yang amat memahami situasi aku ni. Lagipun aku memang dah jelaskan dalam syarat tempahan > KAT SINI < dari awal jadi tak adalah sebarang masalah yang timbul. Alhamdulillah so far semuanya okay okay saja. Antara aku dan rakan pelanggan boleh give and take. Yess!!

BULAN OGOS YANG PENUH SUKA DUKA
Bulan lepas aku di uji oleh pelbagai ujian. Internet rosak lah. Laptop rosak sampai kena beli barulah. Lepas tu kereta pula rosak... Ya Allah satu demi satu ujian yang tiba namun Alhamdulillah... aku berjaya kuatkan semangat untuk tempuhi semuanya.

Sepanjang Ogos juga Allah telah memberi aku rezeki yang tidak putus-putus. Ini terjadi bilamana aku berjaya menerima sebanyak 27 tempahan. Cumanya aku agak sedikit terkilan sebabnya tak sempat nak siapkan semuanya dalam bulan Ogos juga. Aku terpaksa bawa ke bulan September di sebabkan cuti raya dan merdeka yang lalu. Ye lah, cuti je dah dekat seminggu... ualls rasa?!

 Kalau tak di sebabkan cuti aku yakin boleh siapkan semuanya dalam bulan yang sama. Tapi walaubagaimanapun aku bersyukur sebab semua pelanggan sudah faham dan sama-sama mengerti yang masa tu memang kebetulan tengah public holidays...

Yang lebih mengharukan apabila ada pelanggan lama yang kembali menghubungi aku semula untuk menempah servis edit blog buat blog baru mereka. Selain daripada itu ada juga pelanggan lama yang sudi merekomenkan aku pada kenalan mereka yang lain melalui facebook. Tak kurang juga yang sanggup meluangkan masa menulis review di blog dengan menyelitkan nama #sishawadesign.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN
Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa baik kalian. Terima kasih Allah atas rezekiMu dan terima kasih juga pada semua blogger yang sudi memberi sokongan pada aku dari dulu hingga kini. Tanpa ualls siapalah aku huhuhu...

Nak lihat hasil kerja #sishawadesign utk tempahan yang di buat sepanjang Ogos? >> KLIK SINI <<

Sekarang tengah mula start tempahan untuk September... InshaaAllah #sishawadesign akan terus memberikan servis yang terbaik dengan sedaya yang termampu....

11 comments:

  1. go go go!!btw pernah terfikir macam mana awa bekerja dari rumah dengan 5 org anak..gee 4 ni pun dah haru biru..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Semoga murah rezeki awa lepas ni ....
    Semua design cantik..

    ReplyDelete
  3. Lagi best kalau customer lama repeat order kan . Semoga maju jaya sis awa .. semoga terus jadi designer blog yg berjaya

    ReplyDelete
  4. semoga terus success sis..

    ReplyDelete
  5. baby mesti bijak coding nanti..hihih

    ReplyDelete
  6. Tahniah sis hawa rezeki sambil melimpah ruah. Itulah, kalau ada sokongan suami pasti semuanya menjadi kan. Rezeki yang diterima untuk keluarga juga :)

    Baru tahu sis ada 5 orang anak. Hebatnya ibu!! ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  7. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. alhamdulillah Ramai suka design Sis Hawaa. CR pun suka dan teringin nak tempah dengan Sis Hawa. tunggu ada bajet lebih dulu. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.
    Tahniah! sesungguhnya rezeki datang dalam pelbagai cara.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.