Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Antara Degree Dan Rezeki

Assalamualaikum... bertemu kita sekali lagi di sini...

Hari ni aku nak sentuh soal degree dan rezeki. Sebelum tu aku nak minta maaf awal-awal sekiranya apa yang akan ku tulis ni nanti boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak walau hakikat sebenarnya ia sama sekali tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun... apa yang di tulis hanyalah berdasarkan pendapat peribadi aku semata-mata...


DEGREE
Pada zaman yang serba maju dan canggih ni tak di nafikan Degree amat di titikberatkan dalam pelbagai aspek dan situasi. Antaranya, dalam soal income masa depan dan juga jodoh.

Bagi kaum adam, bila ada degree maka lebih mudah untuk mereka memasuki sektor pekerjaan dengan gaji yang agak terjamin. Bagi kaum hawa pula, apabila sudah punya degree akan lebih tinggilah nilai mereka ketika sesi penerimaan peminangan nanti. Seronoknya punya degree, boleh ada kerja hebat, boleh dapt gaji besar, boleh beli kereta mahal dan boleh duduk dalam rumah banglo.

TAPI !! Benarkah degree tu betul-betul boleh menjamin kehidupan mewah dengan mudah dan apakah benar degree itu ada kaitan dengan rezeki..???

ANTARA AKU DAN DEGREE
Terus terang aku tak punya degree yang terlalu melambung tinggi. Sebaik saja selesai alam menengah, aku sempat untuk terus melangkah tetapi langkah aku tidak berjaya untuk di tapak ke tangga yang lebih tinggi lagi.

Ini di sebabkan aku adalah anak bongsu untuk ayah dan ketika hari aku lahir ayah sudahpun mencecah usia 40an. Maka, semasa aku sedang punya umur yang sesuai untuk ke tahap yang lebih tinggi..... ayahku pula sudah semakin hilang tenaga untuk mencari rezeki. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk terus memasuki bidang pekerjaan dan ketika itu Allah utuskan aku seorang suami sebagai pelindung diri.

ANTARA SUAMI KU DAN DEGREE
Suamiku merupakan anak ke enam daripada sembilan adik beradik. Dia juga merupakan anak yang terpaksa melalui kehidupan akibat penceraian sejak dia masih di tadika lagi. Ibunya (my mother in law) yang mendidik suami dan adik beradiknya yang lain seorang diri tanpa sebarang bantuan rezeki dan nafkah dari seorang lelaki bergelar ayah dan suami.

Syukur alhamdulillah, suami aku berjaya dalam pengajian menengah dan dek kerana tidak mahu menyusahkan ibu dia juga terus memasuki alam pekerjaan. Hasil dia berkerja itulah dia gunakan untuk menyambung pengajian di negeri kelahiranku selama beberapa tahun sehingga mendapat keputusan yang boleh di puji.

Jika dia tidak nekad untuk menyambung pengajian dulu, sudah tentu dia tidak dapat mengetahui kewujudan aku di atas muka bumi ini sehingga berjaya menjadikan aku sebagai seorang isteri.

[ Baca kisah cinta kami Di Sini ]

ANTARA SUAMI KU DAN REZEKI
Setelah punya 'kertas kepujian' di tangan, bermulalah sebuah haluan baru yang di namakan rezeki. Saat ini barulah mula terasa siapakah yang lebih besar. Jika dulu hanya terfikir bahawa sekeping kertas kepujian itu penting untuk merubah hidup tetapi rupa-rupanya ia belum mampu untuk memberi lesen besar untuk suamiku ini menjemput rezeki dengan mudah.

Ternyata, antara degree dan rezeki... Rezeki lah yang akan menang! Kerana itu juga aku dan suami amat-amat yakin bahawa segala rezeki adalah di tangan Nya dan bukan dek kerana sekeping sijil kepujian semata-mata. Sesungguhnya DIA sentiasa saja memerhati untuk menguji sejauh mana tahap sabar dan seteguh mana tahap iman dalam hati aku dan suami.

REZEKI
Rezeki ini boleh datang dalam pelbagai bentuk dan situasi. Rezeki bukan hanya boleh di gambarkan dengan wang ringgit saja tetapi sebenarnya ia adalah lebih daripada itu. Bahkan jodoh dan anak juga tergolong di dalam kategori rezeki.

Cuba bayangkan, sudah punya degree tapi tidak punya jodoh lagi. Sudah punya degree dan jodoh tapi belum ada anak lagi. Sudah punya degree, jodoh dan anak tetapi belum punya pekerjaan yang sesuai lagi. Ini semua boleh membuatkan kita jadi lemah semangat dan tertekan dengan kehidupan sehinggakan ada yang akan terlupa bahawa sesungguhnya ada satu kuasa agung di atas sana yang sedang memerhati gerak geri kita sepanjang malam dan hari.

DIA juga sentiasa melihat samada kita mementingkan soal halal dalam mencari rezeki.

JANGAN MENOLAK REZEKI
Sebelum kahwin aku dan suami boleh memilih kerja. Malah boleh dengan mudah menukar kerja jika di rasakan tidak sesuai. Tapi setelah bertemu jodoh dan berumahtangga kami mula serius dalam menjaga punca rezeki kami. Masa tu baru terfikir nak betul-betul jaga ekonomi famili.

Bila aku di sahkan hamil semangat untuk terus mencari rezeki itu menjadi semakin tinggi. Aku dan suami semakin fokus untuk mencari sumber rezeki yang lebih untuk mendidik dan memelihara anak-anak kami dalam persekitaran yang serba cukup walaupun tidak di dalam tahap mewah hingga boleh bermegah diri.


SYUKURILAH REZEKI
Biasakan diri dengan menyebut Alhamdulillah di lidah dan hati. Biasakan juga sujud di tengahari demi membuka luas pintu rezeki. Nescaya DIA akan memberi dan terus memberi kerana DIA amat terkenal dengan sikap murah hati.

Jika belum mendapat rezeki, kembalilah kepada NYA yang maha suci. Rendahkan diri, relakan hati dan tadahkanlah tangan demi merayu sebuah simpati. Jangan putus asa selagi rezeki belum di beri. Ketahuilah bahawa setiap yang terjadi itu ada hikmahnya yang tersendiri. Jangan sesekali buruk sangka dengan pencipta kita sendiri. Sentiasalah berfikir baik dengan Ilahi kerana tidak ada kuasa lain yang dapat menandingi walaupun ada seribu degree di dalam genggaman jari jemari.

KESIMPULAN
Memang bagus jika punya degree... tanpa degree pasti tidak ada doktor dan lain-lain lagi yang boleh membantu komuniti tetapi janganlah sampai terlalu mengagungkan degree sehingga terlupa siapakah sebenarnya si pemberi rezeki..!!

******
Nukilan ikhlas dari Sis Hawa, seorang ibu dan isteri,...

13 comments for "Antara Degree Dan Rezeki "

  1. Betul tu awa. Allah yg memberi rezeki..kita hanya perlu meminta dan bersyukur..dpt suami baik dan pandai design blog adalah rezeki terbesar dari Nya kan..😍😍😍

    ReplyDelete
  2. Sangat berinspirasi Kak Awa. Terima kasih !

    ReplyDelete
  3. Allah akan uji manusia ni dgn sijil pada kertas yg tinggi tak kira tahap mana degree, master dan sebagainya. Dikeliling hidup saya ramai sahabat yg punya kelulusan tinggi cemerlang sejak kecil amat beza sekali dgn saya dari kecil sy bukan pelajar pandai... kdg kala malu dgn mereka. Sampai satu tahap sekarang ni sahabat yg cemerlang mendaki dari kecil hingga dewasa mengaku bahawa sijil bukan segalanya bila sampai tahap pendidikan tinggi tak tahu nak buat wlupun mereka pelajar cemerlang. Yang utama adalah hubungan dengan Allah, kepandaian yg terletak di atas kertas cuma ujian untuk kenal siapa yang Yang Pemberi. Bukan diri sendiri yang bijak pandai ada lagi Yang Maha Bijak Pandai. Sahabat pasrah dan malu dengan diri sendiri menitiskan air mata tunduk. Allhamdulillah.... Sayu rasanya! Rezeki akan datang bila kenal siapa Yang Maha Memberi Rezeki kan awa.... tak kira ada atau tak ada sijil yang tertulis pada kertas.

    ReplyDelete
  4. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  5. kita berusaha yang mana terbaik untuk kita. Selebihnya, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  6. Betul tu awa.. Setuju awa tulis rezeki luas..

    ReplyDelete
  7. Benar sekali. Degree atau kelulusan apepun belum tentu menjemput rezeki yang melimpah ruah melainkan keutamaan kita kepada Si Pemberi rezeki :)

    ReplyDelete
  8. Rezeki Allah tu dlm pelbagai bentuk.
    Alhamdulillah atas setiap rezeki kurniaNya

    ReplyDelete
  9. Kalau dah tertulis rezeki tu datangnya bila ada degree, maka tunggu lah bila ada rezeki.. Kalau rezeki tu datang nya tanpa degree, teruslah berusaha. Yang penting usaha tu. Usaha doa dan tawakal. In syaa Allah ada rezeki tu. And degree tu salah satu usaha sebenarnya =D

    ReplyDelete
  10. Saya setuju apa yang sis perkatakan.. Kita hanya merancang (contohnya belajar sampai ke peringkat tertinggi dalam pelajaran dengan harapan dapat pekerjaan yang setimpal dengan apa yang digenggam) tapi Allah yang tentukan ke mana tuju kita sebenarnya samada kita dapat apa yang kita harapkan ataupun sebaliknya..Yang penting kena selalu bersyukur apa yang kita dapat sekarang..

    ReplyDelete
  11. antara degree & rezeki? pada aida, dpt degree (or higher than that) adalah rezeki :)
    tak mudah nak capai! kerja keras bertahun-tahun. dgn harapan, ada degree ada la keje yg sesuai in shaa Allah dgn gaji yg berbaloi dgn usaha.
    tapi tu la zaman skang yg aida tgk, ada degree pon tak dpt keje :(
    di pejabat aida sendiri, ramai yg ada degree, tapi tak dpt keje dgn gred degree. aida biasa dgr keluhan mereka.
    apa yg aida boleh kata pada mereka, rezeki. tapi jgn la sesekali kata, "apa guna amik degree, akhirnya jadi kerani!".
    jgn sesekali kufur nikmat gitu. nasib baik awak berjaya dpt degree. ada org tu langsung takde peluang nak belajar tinggi. just kena la rajin. kena la usaha tgk kalau-kalau ada interviu naik pangkat. atau boleh ke profesion lain.
    utk anak-anak aida, aida tekan kan pada mereka sejak sekarang. ijazah wajib. sebab aida nak diorang nampak halatuju pelajaran mereka masih jauh. masih byk yg kena hadapi. jgn amik perkara ilmu ni enteng. jgn pandang ilmu ni takde harga. dlm agama sendiri suruh kita mencari ilmu sebyk-byk nyer...
    and yes, Awa. semua berbalik kpd rezeki. and rezeki tu milik Allah. kita usaha. kita tawakal. kita doa. lain org lain usaha dan forecast mereka utk masa depan. percaya kpd Allah, rezeki kita ada kalau kita usaha :)

    ReplyDelete
  12. Rezeki dalam pelbagai bentuk. Ujian pula datang pelbagai cara. Syukurlah seadanya apa yang dikurniakan Pencipta kepada kita.

    ReplyDelete