Giveaway Refresh Blog - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

20 Oct 2017

Giveaway Refresh Blog

http://www.shalimaryusof.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html


Hari ni last day giveaway baru nak join. Ish ish ish... teruk betul aku ni kan? Tapi takpe la kan, sebabnya rezeki ni bukan kita yang tentukan. Mana tahu join last minute boleh menang. Cheewah, tingginya harapan.... kikiki =D


Takde lah, aku okay je bab kalah menang ni sebabnya memang apa yang berlaku adalah atas ketentuan, yang penting lebih baik ikut serta daripada tidak. At least bila ikut serta masih lagi ada peluang. Kalau tak ikut serta alamatnya memang sama sekali tak punya harrap langsung walau 0.01%. Kan rugi tu?

Aku tertarik ank join GA daripada cik Shalimar ni di sebabkan hadiah yang di tawarkan tu. Manalah tahu dapat kain pasang!! Boleh wat baju baru... Syarat yang di tetapkan pun tersangatlah mudah. Hanya perlu follow blog, IG dan like FB pages je pun. So simple... 

Ohya, di dalam entry tu, Sha turut bertanyakan apakah lagu yang menjadi kegemaran??

Actually aku ada banyak lagu yang menjadi kegemaran. Ada lagu yang membuatkan aku hilang mengantuk time drive jauh-jauh, ada juga lagu yang boleh menyebabkan aku teringat pada kisah cintan cintun dengan suami dan ada juga yang membuatkan aku segera bangun bila tiba waktu solat dek kerana teringat akan mati.

Namun dalam banyak-banyak lagu tu.. aku pilih lagu ni. Sebabnya lagu ni bukan saja bermakna untuk aku tapi juga untuk suami dan anak-anak aku. Bahkan lagu ni suami dan anak-anak yang pilih untuk di jadikan sebagai bunyi alarm di handphone mereka masing-masing.Aku juga pernah bertanyakan pada anak sulung,....

Aku : agak-agaknya nanti bila mama dah takde, along akan ingat tak kat mama? 
Anak sulung : Mestilah ingat.
Aku : Masa bila along akan ingat mama?
Anak sulung : Tiap-tiap hari... terutama bila dengar lagu Amaran Mama.


- ALONG AKAN INGAT.. SEBAB INI LAGU MAMA!! -


DI AMARAN MAMA!! by Hazama

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Awas datangnya seseorang

Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang-senang saja bergoncang

Mamaku kata lagi
Awasi orang ini
Dia kan jadi segalanya

Membuat kau ketawa
Juga akan berduka
Dan dalam kekuasaannya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Cinta akan berkunjung datang

Tanpa engkau sangka
Dia di depan mata
Menyambut hatimu terbang pergi

Tanpa aku sangka
Kau di depan mata
Menyambut hatiku terbang pergi

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya


7 comments:

  1. Sedap lagu ni...good luck awa...

    ReplyDelete
  2. do follow blog nih.. gud luck, semoga berjaya mendapat hadiah yang ditawarkan... nasib kita sapa yg tau kann..

    ReplyDelete
  3. Lagu ni best dengar hihihihi

    ReplyDelete