Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KOPI CINTA by SisHawa - Bab 4

KOPI CINTA BAB 4

Dari jauh, Tariq ternampak kelibat empat orang lelaki bersut serba lengkap berwarna hitam sedang menghampiri tempat yang sedang didudukinya. Tariq bingkas bangun dan berjalan perlahan-lahan untuk meninggalkan tempat itu.  Walaupun tiada arah tuju yang pasti namun untuk menyerah tidak sesekali. 

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tariq segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Nama 'Ahli Sihir' muncul di skrin. Alamak! Tariq tergamam.


Tariq : Hello...

Ahli Sihir  : Ada kat mana?
Tariq : Kat bandar.
Ahli Sihir : Pulang segera!
Tariq : Mmmm... Nan... nanti.... 
Ahli Sihir  : Pulang sekarang juga!!!

Terdengar arahan yang jelas dan kuat dari sebelah sana. 

"Tapi...." belum sempat Tariq menghabiskan ayatnya, talian sudah pun diputuskan oleh si pemanggil di sebelah sana. 

Tariq melepaskan keluhan yang panjang. Dengan keadaan rela dalam terpaksa Tariq mula berjalan ke arah empat lelaki tadi dengan langkah yang sangat berat. Ke empat-empat lelaki terbabit segera mengepung Tariq tak ubah seperti sekumpulan polis yang mahu menahan penjenayah kes berat. 
Manakala Tariq pula tak ubah seperti pesalah yang sedang menunggu hukum bunuh kerana di saat ini dia benar-benar sudah tidak boleh lari ke mana-mana lagi.

Beberapa minit kemudian, kelihatan dua buah kereta mewah berwarna hitam dan bercermin gelap berhenti di hadapan mereka.Tariq melangkah masuk ke dalam kereta pertama dengan langkah yang berat kemudian kedua-dua kereta mewah itu meluncur laju memasuki jalan utama dan terus hilang di sebalik kesibukan kota Kuala Lumpur.


***********************


Tariq di bawa ke sebuah bangunan lama yang tersergam indah. Bangunan itu sudah berusia lebih dari lima puluh tahun namun kelihatan ianya masih berdiri utuh dan kukuh dengan begitu megah sekali. Mungkin kerana ia sentiasa di jaga rapi oleh mereka-mereka yang berkerja di dalamnya. 

Tariq di iring masuk melalui pintu utama. Sebaik saja tiba di ruang legar, Tariq segera berlari dengan cepat menuju ke sebuah kamar yang penuh dengan buku-buku di tingkat tiga. Sebaik tiba di muka pintu, Tariq terus menghampiri seorang lelaki yang sedang duduk di hadapan sebuah meja bacaan kayu antik yang ada terdapat di dalam bilik itu.

"Saya tetap tak akan setuju..!" Tariq terus melaung dengan kuat sebaik saja tiba di hadapan lelaki terbabit.

Lelaki yang berusia di dalam lingkungan awal lima puluhan itu mendongak dan mula merenung Tariq dengan tajam. Terpancar sifat tegas dan penuh karisma di sebalik pandangan yang tajam itu.  Tariq mula diam dan tertunduk. Tariq sudah tidak berani untuk menaikkan suaranya sekali lagi.


"Tolong saya.." kata Tariq dengan suara yang mengendur.

 " Apa yang perlu di tolong?" Jawab lelaki itu pula.


" Tolong selamatkan saya dari  'ahli sihir'..!" kata Tariq lagi dengan perlahan untuk cuba meraih simpati. Dia benar-benar perlukan bantuan ayahnya kali ini.

*************************

Tariq menyandarkan tubuhnya ke sofa untuk berasa lebih tenang dan selesa namun hatinya terus di pagut rasa resah. Dia tidak tahu bagaimana harus berdepan dengan ahli sihir nanti. 

"Terima sajalah...." Ayah Tariq cuba memujuknya dengan lembut dan baik.

 "Tak nak!.."  Tariq segera membalas dengan jawapan yang penuh yakin.

"Tariq mahu lihat keturunan keluarga kita hancur ker?" ayahnya mula menyoal semula dengan rasa yang geram. Tariq terdiam. 

Ayat inilah yang membuatkan Tariq menjadi semakin rungsing. Kenapa perlu dia dibebani dengan masalah keluarga yang seberat ini. Bukannya dia tidak ada keinginan untuk berkahwin cuma dia tidak suka di paksa untuk berkahwin dengan gadis yang tidak dicintai. Itu saja. 

"Bukan begitu.. Tapi..." 

"Tapi apa?!" kedengaran seorang perempuan tua menyampuk percakapan Tariq dan ayahnya dengan kuat. Kelibat seorang wanita tua bertongkat kelihatan mula memasuki kamar bacaan itu dan Tariq pula segera memaut lengan  ayahnya. Dia benar-benar takut setiap kali berhadapan dengan wanita tua itu. 

"Tapi apa???! jawab!" Tanya wanita tua itu lagi dengan kasar dan kuat. Suaranya kedengaran bergema ke seluruh bilik. Tariq semakin panik.

''' Tapi... Tariq tak cintakan dia.." Jawab Tariq perlahan dengan suara yang tersekat-sekat. Nada suara Tariq secara tiba-tiba terasa melekat di anak tekak.

"Cintaaa...? Hahaha... Cinta itu tidak penting! Cinta itu boleh dipupuk kemudian. Ibubapa kamu sendiri nenda yang aturkan. Nenda lihat tiada apa-apa masalah pun! Arwah bonda kamu sangat bahagia semasa hayatnya." kata wanita tua itu lagi.

Wanita tua itu tidak lain dan tidak bukan adalah nenek kepada Tariq sendiri. Dialah 'mem besar' di dalam rumah banglo yang serba mewah ini. Sikapnya yang garang dan tegas membuatkan semua orang takut padanya termasuklah Tariq sendiri. Sebab itulah Tariq memanggilnya dengan gelaran 'ahli sihir' sejak dari dia masih kecil lagi.

"Tapi ini zaman moden. Berilah Tariq peluang." Tariq tetap menjawab dengan nada yang perlahan dan berhati-hati supaya tidak menyakitkan hati neneknya yang garang dan ganas macam dinosaur itu. Jika salah perhitungan, pasti tongkat itu akan melayang ke tubuhnya pada bila-bila masa saja.

"Maksudnya, kamu mahu cari jodoh kamu sendiri?!!" tanya nenek Tariq dengan kuat.

Itulah soalan yang sangat di tunggu-tunggu oleh Tariq selama ini. Ingin sekali dia menjawabnya dengan perkataan YA namun dia tidak mahu neneknya mengamuk. Tariq hanya mampu menjawab YA di dalam hati sambil menelan air liurnya berkali-kali.

"Jawab pertanyaan nenda Tariq!!!" suara nenek sihir semakin kuat bergema. Tariq tergamam dan terus menjawab dengan nada yang kuat juga. 

"YA!.. eh.. tidak... tidak" Tariq sudah mula tergagap-gagap. 

"Mana satu betul ni?!" Neneknya melaung sekali lagi sambil menghentak tongkatnya dengan keras ke lantai. Tariq menjadi semakin resah dan gelisah. Peluh jantan Tariq sudah mula menitik walau bilik itu sebenarnya amat sejuk dengan udara dari penghawa dingin.

Berbeza dengan Tariq, ayahnya Dato' Ramli sama sekali tidak berasa apa-apa. Dato' Ramli hanya buat muka selamba. Seperti selalu, beliau hanya akan duduk dan menjadi penonton setia tanpa menyebelahi mana-mana pihak. 

Beliau sedia menerima siapa saja untuk menjadi menantunya asalkan anaknya bahagia. Tambahan pula, ada banyak perkara lain yang lebih penting dari itu untuk beliau selesaikan. Namun, jika keadaan ini berterusan rasanya sampai bilapun tidak akan ada jalan penyelesaian. Tariq dan ibunya sama-sama berkeras dan tidak mahu mengalah. Sudah tiba masanya untuk dia masuk campur dan menjadi orang tengah. 

"Tariq... kamu dengar sini baik-baik" Akhirnya Dato' Ramli bersuara juga untuk memberikan satu jalan penyelesaian. Tariq segera berpaling ke arah ayahnya. Nenek Tariq yang bernama Hajjah Wan Kalsom itu turut ikut berpaling.

"Tariq, daddy beri kamu masa selama sebulan untuk mencari seorang bakal isteri dan perkenalkannya pada nenda kamu.  Tetapi... sekiranya kamu gagal untuk mencari bakal isteri kamu dalam masa sebulan ni, maka kamu perlu terima mana-mana gadis pilihan nenda kamu tanpa sebarang bantahan!!" Dato Ramli menyuarakan pendapatnya dengan jelas, terang dan padat. 

Hajjah Wan Kalsom tersenyum puas manakala Tariq pula terus terkedu. Di mana harus dia mencari bakal isteri dalam masa sebulan?  Nampaknya Tariq benar-benar telah menggali lubang kuburnya sendiri. Namun dia benar-benar tidak ada pilihan lain. Hanya inilah satu-satunya peluang yang dia ada.

"Baik, Tariq boleh terima pendapat daddy tu tapi dengan satu syarat." kata Tariq dengan nada yang semakin berani.

"Apa syaratnya? Katakan apa saja, nenda pasti akan tunaikan." Hajjah Wan Kalsom segera memintas percakapan Tariq dengan nada yang semakin gembira.

"Tariq mahu bebas selama sebulan tanpa di ekori oleh mana-mana pengawal peribadi. Nenda juga kena sediakan Tariq sebuah rumah berserta kereta dan jangan sesekali ganggu Tariq selama tempoh sebulan ini berjalan. Setuju?" tanya Tariq secara tepat ke arah nenda dan ayahnya.

"Tak boleh! Kamu tidak boleh keluar dari kediaman ini seorang diri sesuka hati. Nenda tak izinkan!"

"Kalau begitu Tariq akan bawa seorang pengiring. Jika nenda tak nak setuju maka Tariq juga tak akan setuju dengan cadangan daddy tu." Tariq semakin berani meluahkan rasahatinya kerana Tariq tahu hanya ini sajalah satu-satunya peluang yang dia ada.

"Baik! Baik.. nenda setuju!.." Hajjah Wan Kalsom benar-benar sudah tidak punya pilihan yang lain. Jika dia terus berkeras bermakna semakin lama jugalah dia terpaksa menunggu untuk melihat cucu tunggalnya itu berkahwin. 

Dato' Ramli hanya tersenyum sinis ke arah Tariq. Tariq tahu ayahnya buat semua itu semata-mata untuk menolongnya. Ternyata ayahnya cukup bijak mencari jalan. 

Walaupun Tariq belum tahu apa yang harus dia lakukan untuk mencari seorang bakal isteri namun sekurang-kurangnya dia dapat bebas dari cengkaman 'ahli sihir' selama sebulan dengan aman.


***********************

APAKAH YANG AKAN TARIQ LAKUKAN UNTUK MENJAYAKAN MISINYA?? JOM BACA SAMBUNGANNYA >> DI SINI

7 comments for "KOPI CINTA by SisHawa - Bab 4"