Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pencerahan Dan Cara Untuk Jana Income Di SushiVid

Assalamualaikum ualls...
Aku ada dapat soalan dari salah seorang rakan blogger melalui inbox FB. Soalan yang di tanya adalah berkaitan dengan SushiVid. Actually aku dah pernah beri penjelasan tentang SushiVid ni dulu >> KAT SINI << tapi mungkin penjelasan tu belum cukup padat jadi masih ada yang belum faham sepenuhnya lagi tentang SushiVid ni.



Soalan yang di tanya adalah seperti gambar kat bawah ni.....
- SOALAN YANG DI TANYA - 
Nampaknya masih ada lagi di kalangan ualls yang belum faham apa itu SushiVid, fungsi yang di tawarkan dan bagaimanakah cara untuk menjana income bersama SushiVid dengan betul. Takpe, jangan risau.. meh sini aku bantu sedaya yang termampu. Aku akan cuba terangkan secara padat dan senang so harap-harap ualls boleh faham dengan jelas lepas ni ye...

JOM KITA KENALI APA ITU SUSHIVID !!
SushiVid merupakan sebuah pengkalan / platform yang menawarkan tugasan berbayar pada sesiapa saja yang aktif di media social seperti... BLOG , INSTAGRAM dan YOUTUBE.

Jika hanya ada salah satu akaun di atas tu (blog, instagram @ youtube) pun takpe tapi jika ada ke tiga-tiganya sekali maka itu adalah satu kelebihan yang ada pada ualls. Macam aku sendiri, aku lebih kepada blog.

BAGAIMANA SUSHIVID BERFUNGSI?
SushiVid berfungsi sebagai orang tengah di antara ualls (pembuat iklan) dengan pihak brand (pemilik produk). Untuk lebih mudah faham SushiVid ni berperanan seperti seorang agent yang akan memperkenalkan  kita kepada pihak-pihak tertentu yang sedang memerlukan seseorang untuk membuat iklan tentang sesuatu produk (review). 

Kalau ualls ada Instagram, ualls boleh perkenalkan produk tersebut melalui Instagram. Kalau ualls ada youtube, ualls boleh perkenalkan produk tersebut di Youtube dan jika ualls ada blog (macam aku), ualls perkenalkan tentang produk terbabit di blog. 

Secara ringkasnya....
  • Tugas SushiVid - memperkenalkan kita pada pihak ke tiga (tuan punya produk)
  • Tugas kita - membuat promosi dan iklan ke atas produk yang telah di terima daripada pihak ke tiga.
  • Tugas Tuan Punya Produk  - memberi bayaran seperti yang telah di persetujui melalui akaun SushiVid.

CARA MEMOHON KERJA DI SUSHIVID
Setelah selesai membuat pendaftaran, ualls akan di beri satu akaun SushiVid di atas nama masing-masing. Di dalam akaun tersebut akan di paparkan senarai kerja-kerja terkini yang telahpun SushiVid berjaya dapatkan daripada pihak ke tiga (tuan punya produk).
- PELBAGAI PELUANG KERJA BERJAYA DI CARI OLEH SUSHIVID DARIPADA PIHAK KE TIGA UNTUK KITA -

Jika berminat dengan mana-mana tawaran, klik pada butang PROPOSE
SETERUSNYA AKAN KELUAR SEMUA DETAIL LENGKAP YANG BERKAITAN
Baca semua syarat yang di tetapkan dari awal hingga akhir... Syarat-syarat ini sebagaimana yang telah di kemukakan oleh pihak ke tiga ( tuan punya produk ). Bukan yang sengaja di reka oleh Sushivid ye ualls.. 
Jika di rasakan layak, bolehlah mencuba nasib dengan memohon untuk membuat review ke atas produk terbabit
Contoh tawaran kerja yang aku mohon di SushiVid
Sekarang, pihak SushiVid akan menghantar permohonan kita kepada pihak ke tiga. Pihak ke tiga (tuan punya produk) yang akan menilai samada kita benar-benar layak untuk menerima tawaran kerja terbabit ataupun tidak. Sekiranya layak, pihak SushiVid akan segera memaklumkan berita baik kepada kita semula melalui email. Tetapi, jika sudah sampai tarikh dateline dan masih lagi tiada sebarang jawapan maka itu bermakna permohonan ualls untuk mendapatkan job ke atas produk tersebut telah gagal. Ini semua bergantung pada rezeki! Kena doa banyak-banyak.

KENAPA SUSHIVID BAIK HATI SANGAT?!
Aku tak cakap SushiVid baik hati sangat-sangat sampai mahu bantu kita secara percuma. No! No! No! SushiVid tidak bantu kita secara percuma sebaliknya SushiVid akan mengambil 25% daripada jumlah upah yang telah kita mohon daripada pihak ke tiga semasa membuat permohonan tadi. Kalau SushiVid buat semuanya secara percuma jer macamana program ni nak running sampai bila-bila kan? Tak masuk dek akal...
CARA ISI BORANG UNTUK MOHON TAWARAN KERJA DI SUSHIVID
25%? BANYAKNYA!! WAIT...!! NANTI DULU... 
SushiVid bukannya akan ambil dari jumlah yang kita jangka akan terima sebaliknya SushiVid akan tambah 25% daripada harga upah yang kita minta tadi kepada pihak ke tiga. 

Aku beri contoh yer... 
Katakanlah aku mohon satu job di dalam SushiVid dengan anggaran upah sebanyak RM60, maka SushiVid akan maklumkan pada pihak ke tiga sebanyak RM75. Jika pihak ke tiga bersetuju, pihak ke tiga akan beri pada SushiVid RM75 dan setelah kita berjaya siapkan kerja tersebut maka pihak SushiVid akan beri pada kita sebanyak RM60 sebagaimana yang telah kita minta di awal tadi. Jelas??

DAH BANYAK KALI MOHON TAPI ASYIK GAGAL JE!! HMMM...
Hal ini semuanya di atas rezeki masing-masing. Kalau nak di ikutkan pihak SushiVid nak luluskan semua permohonan sebabnya diaorang pun boleh dapat 25% tu. Tapi, tugas SushiVid hanya menolong kita membuat pemohonan saja. Keputusan muktamad samada berjaya atau tidak adalah di tangan pihak ke tiga (tuan punya produk). 

Tak apa. Jika belum berjaya itu tidak bermakna ualls sama sekali tidak boleh jana income bersama SushiVid ni. Kalau ualls nak tahu ada DUA JENIS cara yang boleh kita lakukan untuk mengumpul $$$ di SushiVid. 

1 - Dengan memohon perkerjaan daripada pihak ke tiga melalui SushiVid
2 - Dengan memperkenalkan SushiVid pada rakan-rakan yang lain. Cara ke dua ini di beri nama ' referral program'

KELEBIHAN REFERRAL PROGRAM
Sebaik saja ualls berdaftar sebagai salah seorang ahli di SushiVid, ualls boleh memohon kempen yang di tawarkan oleh pihak ke tiga sebagaimana yang telah aku terang di atas tadi. Walaubagaimanapun sekiranya ualls berasa malas nak mohon apa-apa tawaran daripada pihak ke tiga sekalipun, ualls masih lagi berpeluang untuk membuat income dengan memperkenalkan tentang SushiVid ini pada rakan-rakan yang lain, sebagaimana yang sedang aku lakukan sekarang ni....

Sekiranya ada di kalangan rakan ualls yang berminat, maka mereka boleh berdaftar sebagai ahli di LINK URL milik ualls sendiri (link ada di dalam akaun SushiVid masing-masing). Sebaik saja rakan ualls berdaftar, SushiVid akan beri :
  • RM10 kepada ualls sebagai upah 
  • RM10 kepada rakan ualls sebagai tanda terima kasih kerana sudi berdaftar
Jadi ualls dan kawan-kawan sama-sama akan dapat untung!! 

KELEBIHAN SUSHIVID YANG LAIN
Apa yang membuatkan aku makin suka dengan SushiVid adalah di sebabkan syaratnya yang mudah dan tidak membebankan. Yelah, sebaik saja rakan ualls berdaftar, SushiVid akan terus memasukkan RM10 ke akaun ualls dan RM10 lagi ke akaun rakan ualls tu. Walau hanya ada RM10 di dalam akaun, ualls dah boleh mohon untuk proses pengeluaran tau dan caj yang di kenakan hanyalah RM1 sahaja. Tak payah nak tunggu lama sampai capai tempoh matang ke apa macam sesetengah program jana income di luar sana tu. Inilah kelebihan yang aku rasakan cukup bagus dan berbaloi daripada team SushiVid.

BARU JE BUAT BLOG! BOLEH KE JOIN NI?
Kalau hendak di ikutkan syarat utama untuk join SushiVid adalah dengan mempunyai followers di akaun media social masing-masing. 

Youtubers : 250 subscribers
Instagrammers : 2,000 followers
Bloggers : 2,000 visits setiap bulan

TAPI!! Itu tidak bermakna ualls tak boleh menyertai SushiVid ni. Boleh je berdaftar dengan SushiVid dan terima RM10 tersebut cumanya ualls belum layak untuk membuat permohonan kerja dari mana-mana pihak ke tiga. Tak apalah, kan masih ada program Referral tadi? Nanti bila akaun social media ualls tu dah semakin berkembang boleh lah cuba-cuba mohon kerja dengan pihak ke tiga tu.. 

HASIL YANG AKU DAH DAPAT
aku kumpul dari program Referral 
TIPS UNTUK PROMOTE PROGRAM REFERRAL
Tak susah nak promote program referral SushiVid ni. Yang penting ualls faham apa itu SushiVid dan cuba sampaikan pada rakan-rakan di luar sana dengan tepat. Selain blog, ualls juga boleh perkenalkan di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain lagi. 

Yang paling penting! Ualls kena tahu yang program referral ni tidak sentiasa ada dengan tetap. Program referral ni hanya muncul pada suatu tempoh masa mengikut syarat dan had limit bayaran yang telah di tetapkan oleh pihak SushiVid. Seperti sekarang ni, pihak Sushivid menawarkan RM2,000 dan tiap seorang yang berdaftar akan di beri RM10 manakala yang memperkenalkan pula akan di beri RM10. Ini bermakna hanya di buka untuk pendaftaran 1000 orang yang terawal sahaja. Jika ualls orang yang 1001 , maka takde la RM10 untuk ualls lagi. Ada faham??

AKHIRNYA.....
Fuhhhh!! Panjang giler penjelasan aku. Kalau ualls tak faham juga aku tak tahu lagi macamana nak explain hehe.. Aku harap semuanya sudah faham sejelas jelasnya ye. Bagi yang belum join, aku sarankan silalah join cepat-cepat.. jangan lagi dok tunggu lama-lama. 

Nak daftar bukannya susah, ualls tak perlu keluarkan duit 1sen pun sebaliknya hanyalah perlu klik  KAT SINI saja.... Jomlah.. kita jana income sama-sama...



30 comments for "Pencerahan Dan Cara Untuk Jana Income Di SushiVid"

  1. aah lah!takde rezeki lagi sushivid..maybe pv tak sampai 2k..

    ReplyDelete
  2. kita pon belum lg rezeki..otw mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kalau dah namanya rezeki mesti akan sampai juga. Teruskan usaha

      Delete
  3. Owh mcm tue..bru la jelas dan faham..thanks ea sis awa ats penerangan yg pnjg lebar nie..😘

    ReplyDelete
  4. Padat penghuraian sis Awa..

    Thank you for sharing info about Sushivid ni..

    ReplyDelete
  5. Kak Awa, you came at the right time. Ira baru berdaftar beberapa hari lepas gunakan link yang kak Awa share dalam entri sebelum ni, tapi ira masih diawang-awangan nak faham cara sushivid ni.Jumpa pulak entri ni. Thank you so much Kak Awaaaa 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Ira. terima kasih banyak sudi daftar di link sis =D

      Delete
  6. padat dah tu, kalau tak faham lagi, errr tak tahu ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tu la,, kalau tak faham juga memang nak kena rotan dah!

      Delete
  7. hii padat dah tu awa.. insyaAllah faham la yang lain tuu.. .akak pon kureng sikit dengan program referal ni.. tapi ada rezeki dgn job sushivid syukurlah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah kak!! masyukkkk tu bila dh melekat ngan job. Ratus2 :D

      Delete
  8. alhamdulillah dah dpt rezeki dr shushivid hehe

    ReplyDelete
  9. Siqah tak faham nanye pasal shushivid ni. TQ sis atas penerangan. Nak cuba jugak lah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Siqah.. jom join jangan tunggu lama-lama.. rugi!

      Delete
  10. sgat detail dah penjelasannya kak :D
    SGat membantu hahaha .. smuanya dah terjawab

    ReplyDelete
  11. Huwaaaaa!!! Baru makin faham. Thanks sis hawa

    ReplyDelete
  12. panjang lebar penjelasan sis 😂😂

    ReplyDelete
  13. dah propose tapi still x dapat.. rezeki tengah otw.. ^^

    ReplyDelete
  14. masih belum ada rezeki dgn sushivid

    ReplyDelete
  15. fuuuu baru nk try join haha. nak place code tu.. xjumpe la, kt coding theme tu huhu

    ReplyDelete
  16. dah daftar tapi belum terima manamana kerje dari sushi vid

    ReplyDelete
  17. Super helpful info! Also, IGLinks.io (another product by SushiVid) now has new themes, they are so prettyyyy!! Whoever is interested to place multiple links in one place should check it out! =)

    ReplyDelete