Sanjung Alicia Amin Hingga Tahap Bergaduh - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

16 Oct 2017

Sanjung Alicia Amin Hingga Tahap Bergaduh

Assalamualaikum ualls,... 
aku nak tanya ualls kenal tak Alicia Amin? Kalau ualls cakap tak kenal, sah sah ualls tak ikut perkembangan.. cheewah,... macamlah aku ni ikut perkembangan sangat kan? :( 

Aku ni sebenarnya memang kurang gemar bercerita hal kontrovesi terutama jika melibatkan kaum hawa sebabnya blog aku ni lebih ke arah parenting dan rumahtangga, bukannya isu panas yang boleh bikin biji mata kaum adam terjojol tapi dek kerana adik seorang ni, aku nak tulis juga artikel ni. Sebab apa? Sebab aku dah cukup geram tahap berbulu biji mata..!!! 

SIAPAKAH ALICIA AMIN?
Nama penuh : Raja Alicia Raja Amin
Nama Glamour : Alicia Amin
Umur : 22 tahun (2017)
Bangsa : Melayu
Keturunan : Kacukan Melayu - Jerman
Menetap : di Melbourne. Australia
Kerjaya: Model dan pelakon
Drama : Meh sandar lagi



KENAPA AKU TAK SUKA ALICIA AMIN !!
Aku malas nak ambil peduli tentang sikapnya yang terlalu berani menonjolkan diri dengan bergambar tanpa sebarang rasa segan silu tu.

Tapi! Aku ambil kisah bila beliau terlalu 'berbangga' bergambar sebegitu sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata bahawa Melayu punya mentaliti agak kolot sehingga tidak boleh menerima perkara ini. Bab ni memang benar-benar bikin hakak marah dik!! Ggggrrrr...

Akulah salah seorang melayu yang punya mentaliti kolot tu sebabnya aku sendiri pun memang tak boleh terima apa yang si Alicia ni buat dan fikir!! 


SANGGUP BERGAMBAR EXTREME DEMI GLAMOUR ???
Kerjaya sebagai model semestinya sebab nakkan glamour kan? Dah terang-terang kot kerjaya model ni ada kaitan dengan dunia glamour. Jadi bagi aku semestinya Alicia sanggup bergambar extreme ni untuk menjadi glamour. Kalau tidak masakan dia nak sertai rancangan antarabangsa Asian Next Top Model tu. 

Sorry, Aku tak nak tunjuk gambar-gambar tersebut...

SANJUNG ALICIA HINGGA BERGADUH!!
Ini pula pergaduhan alamaya antara peminat-peminat si Alicia. Yang pertama mengatakan si Alicia ni berasal dari Indonesia dan rakyat Malaysia ni senang-senang je claim bahawa si Alicia ni Malaysian... Peminat Alicia dari Malaysia pula membidas balik kenyataan tersebut dan bermulalah perang mulut secara online sesama mereka.


Yang korang dok bergaduh hingga melibatkan caci maki guna nama negara ni kenapa? Takyah lah nak berebutkan si Alicia ni. Kalau dia bukan warganegara Malaysia sekalipun takde hal.. tak rugi apa pun!! Aduhai.. 

KESIMPULAN
Sedih lihat perkara sebegini berlaku. Sepatutnya kita jadikan Aisyah RA sebagai idola. Kita juga ada Rabiatul Adawiyah yang tinggi tahap semangatnya...

Artikel ni daku tulis bukan sebab jeles dengan kecantikan Alicia (semua makhluk Allah cipta ni cantik) tapi dek kerana aku adalah seorang melayu yang masih lagi berfikiran kolot sebagaimana yang di dakwa oleh Alicia tu...

MOGA DI BERI HIDAYAH
Sama-sama kita berdoa moga Alicia berubah dan di beri hidayah satu hari kelak. Ameen

7 comments:

  1. hmmm....malunya kita tengok kan...empunya diri relax jerrr..

    ReplyDelete
  2. Ish.. Sha pun kolot juga.. Biarlah kolot dan tak menjatuhkan maruah diri semata-mata glamour.. Semoga diberikan hidayah pada dia..

    ReplyDelete
  3. I rest my case.
    Biarlah Alicia terjun dengan labu-labunya ...
    Semoga mendapat hidayah.

    ReplyDelete
  4. at first saya minat dgn Alicia ni time Asias next top model. Tapi skrg.. terus rasa hampeh nak minat. Alicia tu dh mcm takde agama saya tgk. ada tattoo la, pakaian pulak jgn kata. sedih. ramai skrg yg lebih pentingkan dunia dari akhirat. nak buat mcm mana... dunia akhir zaman.....

    ReplyDelete
  5. semoga dia dpt hidayah...insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah memberikan hidayah padanya dan semoga kita juga dlm lindungan Allah. Amin

    ReplyDelete
  7. Pernah tgk dlm.mek sandar nampak macam perasan jer dia

    ReplyDelete