Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

2 Oct 2017

Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia

Assalamualaikum ualls..
Bertemu lagi kita di blog aku yang tak seberapa nak glamour ni. Hari ni aku nak bercerita serba ringkas tentang diri aku. Aku harap ualls sudilah baca dari awal sampai akhir ya.

Mesti ualls pelik kan? Dah kenapa dengan Awa ni tetiba je nak pot pet pot pet citer tentang perihal diri sendiri? Buang tabiat ke apa ni? Actually, entry ni di tulis demi untuk menyertai sebuah segmen yang di taja oleh seorang blogger iaitu Sofinah Lamudin.


Kat mana aku nak mulakan citer tentang diri aku ni ya? Tetiba rasa macam nak hantar resume supaya orang masuk minang plak. Ops, camana nak masuk minang kalau diri sendiri dah di sunting orang... hmmm... Alang-alang dah bercerita hal meminang, aku story dulu a little bit about my life.

Nama panjang Siti Awadah. Nama pendek Awa. Nama branding, Sis Hawa. Kenapa Sis Hawa? Of course lah sebab aku ni seorang perempuan.

Aku ni di lahir dan di besarkan di utara tanahair, nunnnn jauh di atas 'kayangan' sana. Korang mesti dah boleh agak negeri mana tu kan? Tapi, aku punya jodoh bukan dengan orang 'kayangan' sebaliknya dengan orang dari jajahan pantai timur. Kalau ualls berminat nak tahu kisah cinta aku dan suami sehingga boleh bertemu jodoh, ualls boleh baca DI SINI

Sekarang umur aku sudah masuk ke 30 series dan kini telahpun berstatus penduduk tetap bagi negeri cik siti wan kembang. Sejak kahwin suami aku dah ajar aku makan budu jadi sekarang ni lidah aku dah makin pekat ngan bahasa Kelantan daripada utara. Sampaikan bercakap dengan emak sendiri punnnn dengan dialek pantai timur... Oh tuhanku! Mujurlah emak aku boleh paham...

Aku kahwin dah lama tau, sejak Disember 2001 lagi dan kini aku telah berjaya melahirkan lima orang putera. Nama je putera tapi layanan tak macam anak raja pun. Aku dan suami memang dari awal mengamalkan sikap tegas dalam mendidik anak-anak.

Punya anak lima di zaman serba mahal ni bukannya satu kerja yang mudah namun aku dan suami cukup percaya dan yakin akan rezeki yang Allah aturkan sebab itu kami menerima berita kehamilan aku yang ke enam dengan hati yang terbuka. Ya!  aku sekarang sedang mengandungkan cahayamata yang ke 6. Jika tiada sebarang aral yang melintang aku akan melalui proses melahirkan pada penghujung tahun ini. Adakah kali ini putera juga? Wallahualam,... hanya Allah saja yang tau! Tolong doakan supaya aku dan baby selamat semuanya nanti ya. Walau nak melahirkan untuk kali yang ke enam tapi gemuruhnya tu tetap juga ada. Takut ualls... Hehe..

Ohya! Aku mula berjinak dengan dunia internet ni sejak di bangku sekolah menengah lagi. Cuma bezanya zaman aku start beronline tu belum lagi ada akaun facebook. Masa tu hanya ada ruangan sembang mIRC. Channel yang paling gah pada masa tu adalah Kampung Chat dan juga Mamak. Untuk beronline aku terpaksa menapak ke cybercafe, yelah internet pada masa tu masih lagi belum berleluasa seperti sekarang ni.

Dunia chatting zaman dulu sebelum adanya FB... (Sumber google)

Zaman itulah aku start mula berblogging ni tapi sayangnya aku hanya berblog syok sendiri je. Mungkin sebab penerimaan dunia blog masih belum hebat lagi kot ketika tu. Tambahan pula kebanyakannya hanya gunakan blog sebagai online diari semata-mata dengan gaya agak kebudak-budakan. Sikit-sikit citer hal diri sendiri. Hari-hari pulak tue! Konon-konon kalau ada blog ni boleh glamour lah.. uwek.. nak muntah hijau bila ingatkan balik zaman itu. Sudah lah nak update entry seminggu sekali pun payah, ye lah dah takde internet di rumah sendiri kan? Untuk buat duit di blog jauh sekali. Jadi blog yang aku create masa tu akhirnya terkubur begitu saja tanpa sebuah batu nisan pun.
Aku study dalam bidang marketing and business. Lepas abis study, aku mula masuk ke alam perkerjaan dan barulah boleh start kumpul duit beli handphone. Dan kalau korang nak tahu simcard yang aku beli untuk handphone pertama berharga RM200! Simcard je tau, belum lagi termasuk dengan harga handphone. Siapa dapat pakai handphone masa tu memang gah habis! Lepas dah pakai handphone sendiri aku dah jarang ke cybercafe lagi. Apa-apa hal semuanya pakai SMS jer. Internet di handphone still not available at that time! Sadis kan?

Walaubagaimanapun, beberapa tahun selepas tu aku mula kembali lagi ke dunia blogging. Tapi kali ini aku nekad untuk menukar haluan. Aku bukannya menjadi seorang blogger yang aktif menulis tetapi aku menjadi seorang blogger yang nekad untuk belajar selok belok untuk membuat makeover blog. Hari demi hari aku cuba sedaya upaya mengikut pelbagai tutorial yang di sediakan oleh blogger-blogger lain di luar sana ketika itu untuk menjerumuskan diri aku ke dalam dunia coding and editing. Bertahun-tahun jugalah aku follow semuanya ketika tu. Tapi aku takde pun niat untuk jana income, aku cuma mahu jadikan ianya sebagai hobi saja sebab aku memang sangat-sangat sukakan bidang design dan editing ni.

Semakin hari aku semakin sibuk dengan tugasan sebagai seorang isteri dan ibu maka aku pun kembali menghilang dari dunia blog sekali lagi. Untuk kali yang ke dua blog yang aku create terus menghilang tanpa jejak.

Akhirnya!! Pada tahun 2016, aku lihat dunia blog semakin pesat dan tidak lagi hanya di tulis untuk di jadikan sebagai diari harian semata-mata. Ini mungkin di sebabkan oleh pengaruh Mr.Google yang amat dekat dengan para blogger. Aku skodeng je para blogger ni dan akhirnya aku dah tak boleh tahan lagi.

Bermula Januari 2017, dengan sebuah semangat yang membara aku terus berdaftar dengan blogger.com sekali lagi. Kali ini aku berazam untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa. Aku akan cuba berusaha sedaya upaya untuk membina kerjaya ku sendiri sebagai seorang blogger.

Aku bukan hanya membuat keputusan untuk berkongsi kisah suka duka hidup sebagai seorang blogger, isteri dan ibu malah aku juga turut memberi servis makeover blog pada para blogger di luar sana dengan jenama #sishawadesign. Rupa-rupanya ilmu yang pernah aku perolehi sebelum ini benar-benar ada kegunaannya. Kini aku sudahpun berjaya berkerjasama dengan lebih daripada 50 orang blogger. Syukur alhamdulillah..! Sesungguhnya Allah SWT itu maha pemurah.

Daripada tenggelam timbul, kini aku mempunyai dua buah blog rasmi yang aktif dan ke dua-duanya sudahpun aku daftarkan dengan domain masing-masing. Blog pertama adalah SISHAWA.COM dan blog ke dua adalah SISHAWADESIGN.COM 

Syukur alhamdulillah, kehadiran aku semakin di terima oleh para bloger di luar sana sehinggakan sudah mempunyai team sendiri yang di beri nama #bloggerpantaitimur. Hari demi hari aku semakin mengenali para penulis blog di luar sana cuma biasalah, aku ini kan masih lagi di kategori blogger ikan bilis jadi masih jauh jurang di antara aku dengan blogger-blogger tahap otai di luar sana.. aku sentiasa sedar siapakah diri aku ini huhu... Sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan ala-ala novel. Moga-moga apa yang aku hajati bakal termakbul suatu hari nanti. Ameen..

Rasanya cukup setakat di sini saja. Inipun dah panjang bebenor aku menulis. Kang tak pasal-pasal ualls rasa boring pulak kan? Kalau nak kenal aku dengan lebih mendalam silalah follow blog aku yang tak seberapa ni ya.

Jika ualls berminat untuk berkenal-kenalan dengan semua blogger Malaysia yang lain di luar sana, jom lah ikut serta dalam segmen ni sekali... aku sendiri teringin sangat nak kenal dan ambil tahu sejarah hidup ualls semua sebagai seorang blogger dengan lebih rapat lagi.
-Untuk Menyertai Segmen ini, -
Sila klik >> Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia << klik


** SALAM KENAL SALAM SAYANG DARI AKU, SISHAWA **

11 comments:

  1. Wahh!!! mIRC ni memang zaman sebelum saya. sbb time zaman saya tu dah mula hangat yahoo! messenger dan MSN untuk berkomunikasi dengan rakan dan orang luar.

    ReplyDelete
  2. zaman mirc!pernah terjebak jugak!

    ReplyDelete
  3. haha...teringat juga zaman mirc dulu...jadi ketagih nak chat kat situ...kelakar kalau ingat2 dulu..hihi,good luck awa...

    ReplyDelete
  4. woha! MIRC tu .... mrs pip guna MIRC time di kolej, dah depan kolej ada cybercafe ...
    KampungChat dan Mamak tu memang femes la time tu...uauauaua, nangis bila ingat time tu ...

    ReplyDelete
  5. simcard dulu-dulu menangis nak beli.. ai punya first simcard pun dapat sebab baba ai kerja dengan telekom.. kalau tak harapan lah nak dapat..

    ReplyDelete
  6. Zamam MIRC dulu join gak kampung chat,lepas tu meebo.com dengan lagu online hahahaha.. First simkad ekin no 017 yg dah terkubur tu sedih bila teringat balik

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum sis Hawa. Terima kasih sebab menyertai segmen ni untuk berkenalan sesama blogger sambil menang hadiah. hehehe...

    ReplyDelete
  8. InShaaAllah nanti free time sambung blogwalking baca love story sis hawa plak. hehe.

    ReplyDelete
  9. Salam kenal dari saya Dedaun Comel :)

    ReplyDelete
  10. Macam nak try je sis hawa punya blog makeover 🙈🙈

    ReplyDelete
  11. Salam kenal dari AS, annursyuhadah.com ^_^

    ReplyDelete