15 PERKARA PENYEBAB BADMOOD DI KALANGAN WANITA - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

26 Nov 2017

15 PERKARA PENYEBAB BADMOOD DI KALANGAN WANITA

Assalamualaikum ualls, selamat pagi.
Hujung tahun begini asyik hujan je kan. Kat rumah aku ni pun dari semalam hujan belum berhenti. Bila lihat air hujan yang menitik hati aku terus teringat masa duduk kat Kuala Lumpur dulu. Hampir 7tahun juga aku menjadi penduduk KL yang padat tu dan yang paling aku tak boleh lupa bila tibanya masa takde air. Ya Allah!! Rasa nak meraung...



Makin stress bila duduk di tingkat 5. Jadinya setiap kali lori air datang nak tak nak, suka tak suka aku terpaksa juga turun dengan baldi untuk mengangkut air. Kalau ada lif boleh tahan tapi duduk flat yang hanya setinggi lima tingkat hanya ada tangga je lah. Hmmm cobaan. Rasa macam nak patah tulang belakang. Letih giler!

Itulah orang kata, pengalaman boleh mengajar kita kan? Setidak-tidaknya aku boleh juga merasa susah senang menjadi penduduk KL yang bermacam ragam tu. Bila di ingat semula hmmm rasa nak suka ada, rasa nak marah pun ada. :D

Bila bercerita hal takde air ni terus terfikir tentang hal-hal lain yang membolehkan aku rasa tak best sepanjang hari. Antaranya adalah.....


  •   SAKIT GIGI
  •   DATANG BULAN (PERIOD)
  •   CEMBURU
  •   LAPAR
  •  MAKEUP / TUDUNG TAK MENJADI
  •  TIDAK CUKUP TIDUR
  •  TIDAK DI HARGAI PASANGAN
  •  ANAK TIDAK SIHAT
  •  SERABUT DI TEMPAT KERJA
  •  INTERNET WAT HAL
  •  HANDPHONE HILANG / HABIS BATERI
  •  BANGUN LEWAT DAN BAJU BELUM GOSOK
  •  TAKDE AIR
  •  KENA PERLI DENGAN ORANG LAIN
  •  DI KATAKAN GEMUK!!


Apa pendapat ualls tentang senarai kat atas tu.. betul ke tidak? Kalau ualls ada hal lain yang juga boleh menyebabkan badmood, sudi-sudilah share kat ruangan komen tu ye :D


5 comments:

  1. paling ketara bila time period dan cemburu tu.. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. semua senarai kat atas tu betul sangat....kebetulan tgh sakit gigi....haha...

    ReplyDelete
  3. Semua betul. ahahaha


    Jemput join :)
    https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html

    ReplyDelete
  4. Bagi saya pula bila staff buat hal atau ada apa-apa insiden yang tak diingini di tempat kerja Mula la saya pun nak menjerit sama.

    ReplyDelete