Lazada Online Revolution Blogger Contest - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

12 Nov 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Assalamualaikum ualls..
Aku rasa bagaikan baru semalam si LAZADA MALAYSIA ni buat kempen pemotongan harga besar-besaran dan kali ini kempen baru datang lagi! Macam biasa aku mana boleh lepaskan peluang sebabnya Lazada ni dah menjadi salah satu tempat kegemaran aku untuk bershopping online.

Kempen terbaru yang sedang berlangsung di Lazada sekarang adalah ONLINE REVOLUTION SALES


https://www.lazada.com.my/online-revolution/

Kempen ini telah pun bermula sejak semalam [11 Nov 2017] dan akan berakhir pada pertengahan Disember 2017 nanti. Aku yakin ualls semua mesti dah tahu tentang kempen 11.11 ni kan sebabnya Lazada dah mula buat promosi besar-besaran di seluruh negara. Bila buka TV pun dah ada kempen 11.11 ni. Wahhhh hebat betul Lazada buat promosi sekarang ni ye. Syabas!

Seperti biasa, setiap kali ada kempen promosi jualan murah yang terbaru pasti Lazada akan anjurkan contest untuk para blogger juga. Kali ini pun sama ualls. Itu yang membuatkan aku makin seronok bergelar penulis blog ni. Seperti biasa aku mana boleh ketinggalan. Setiap kali Lazada anjurkan contest aku wajib akan ikut serta sebabnya Lazada sentiasa menawarkan hadiah yang hebat dan lumayan. Kalah menang lain cerita janji aku ikut serta sekali untuk merebut hadiah yang di tawarkan. Mana tahu ada rezeki... :D


Untuk melengkapkan penyertaan, aku harus menjawab empat (4) soalan yang telahpun di sediakn oleh pihak Lazada sendiri. Nak tahu apa soalan-soalannya? Jom baca kat bawah ni...

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
Semestinya aku masih ingat lagi. Walaupun Lazada bukanlah website pertama yang telah berjaya membuka pintu hati aku ni untuk membeli secara atas talian tetapi sukacitanya aku katakan yang Lazada adalah website pertama yang membuatkan aku seronok berbelanja dengan kerap secara atas talian sekarang ni tanpa sebarang rasa was-was. 

Produk pertama yang telah aku beli melalui platform Lazada  adalah barangan hardware milik suamiku, Mr Qamar dengan harganya yang mencecah beberapa ratusan ringgit. 

Pada mulanya memanglah rasa risau tetapi disebabkan Lazada ada membuat diskaun pada masa itu maka aku tawakal untuk membelinya bagi pihak suami. Dalam hati aku memang dah pasang niat yang tidak akan membeli daripada Lazada lagi sekiranya barangan pertama ini gagal aku terima dalam keadaan yang sepatutnya.

Sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, aku terus terima maklumbalas daripada Lazada. Muncul sedikit perasaan lega di hati apabila melihat Lazada mula menjalankan tugasnya dengan baik. Malahan aku sama sekali tidak perlu menghubungi pihak Lazada untuk bertanyakan status barangan yang ku beli kerana pihak Lazada sendiri terlebih dulu akan mengemaskini status terbaru tentang barangan yang ku beli itu.
Cara Lazada mengemaskini status untuk barangan yang di beli
Alhamdulillah, barangan yang di terima bukan hanya sampai dalam masa yang sepatutnya malahan juga di dalam keadaan yang amat baik sekali. Syukur sangat-sangat. Terima kasih Lazada!


b. Which types of products would you prefer buying online? 
Aku amat tertarik untuk membeli barangan kelengkapan rumah. Tidak kiralah perabot atau barangan dekorasi asalkan yang ada kena mengena dengan kediaman. 

Walaupun suamiku MrQamar boleh membuat sendiri barangan deko rumah ini tetapi dia tidak pula melarang aku untuk berbelanja barangan sebegini di Lazada kerana dia sendiri sudah percaya dan puashati dengan servis dan harga yang ditawarkan oleh pihak Lazada. 

Sekarang masih ada tiga barangan yang sedang menanti di dalam shopping cart. Harap-harap dapatlah ku beli dengan hasil usahaku sendiri nanti. 


Selain daripada itu aku juga suka membeli barangan untuk anak-anakku apabila ada kempen jualan murah. 


c. What do you love about online shopping? 
Sebab-sebab utama kenapa aku suka berbelanja secara atas talian adalah:

1. Aku dapat selamatkan masa kerana boleh membeli barangan secara terus tanpa perlu keluar dari rumah.

2. Aku dapat menyimpan tenaga kerana segalanya hanyalah di hujung jari semata-mata. Tambahan pula aku sedang sarat mengandung, jadi ini adalah satu pilihan yang terbaik.

3. Aku bebas untuk memantau harga yang di tawarkan dari masa ke semasa tanpa ada sebarang sekatan.

4. Aku tidak perlu bazirkan minyak kereta untuk ke pasaraya yang berhampiran. Itu belum lagi di kira bayaran wang untuk tempat parkir dan di tambah lagi kerenah anak-anak yang riuh rendah.

5. Aku dapat menjimat wang kerana boleh membeli belah ketika ada jualan murah yang sangat-sangat menguntungkan pihak pembeli seperti aku. Yes! 



d. Which products did you buy OR are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 
Aku telahpun membuat pembayaran ke atas beberapa barangan sempena kempen Online Revolution Sales ini berlangsung.


 Antara barangan yang ku beli ialah...


Jika di lihat pada harga asalnya ialah RM112.90 tetapi dengan adanya kempen Online Revolution Sales ini aku hanya perlu membayar sebanyak RM79.90 sahaja untuk 4 pek. 

SEBELUM : RM112.90 / 4 pek = RM28.30 per pek
SELEPAS : RM79.90 / 4 pek = RM19.98 per pek
Kos Pos : PERCUMA!!

Ini bermakna aku dapat jimat sebanyak RM33. Barangan lain yang ku beli juga ada diskaun, nanti akan ku ceritakan tentang semua barangan yang ku beli sempena kempen Online Revolution Sales ini sebagai review di next entry.

Alhamdulillah, aku sudahpun berjaya membeli barangan yang jauh lebih murah daripada harga pasaran semasa daripada pihak LAZADA. Bahkan aku juga sudah berjaya menyiapkan artikel untuk membolehkan aku menyertai contest ini. Ualls macamana? Tak kan hanya nak tengok saja.. jom la ikut serta. Semakin ramai yang join bermakna semakin tinggi peluang kita semua untuk memiliki hadiah yang di tawarkan oleh Lazada untuk kali ini.

Kalau tak percaya sila lihat sendiri senarai hadiah-hadiahnya..


1. Less than 200 Participants (25 winners)

 1st Prize: 1 x RM300 voucher

 2nd Prize: 9 x RM150 vouchers
 3rd Prize: 15 x RM100 vouchers

2. More than 200 Participants (50 winners)
 1st Prize: 1 x RM500 voucher
 2nd Prize: 15 x RM150 vouchers
 3rd Prize: 34 x RM100 vouchers

3. More than 350 Participants (80 winners) 
 1st Prize: 1 x RM750 voucher
 2nd Prize: 35 x RM150 vouchers
 3rd Prize: 44 x RM100 vouchers

4. More than 500 Participants (111 winners) 
 1st Prize: 1 x RM1,000 voucher
 2nd Prize: 50 x RM150 vouchers
 3rd Prize: 60 x RM100 vouchers

Semakin ramai yang join bermakna semakin ramai jugalah bakal pemenang yang akan di pilih untuk memenangi ke semua hadiah yang di tawarkan. Cepat cepat jom kita rebut peluang yang ada!

PENYERTAAN DI BUKA UNTUK SEMUA BLOGGER SELURUH MALAYSIA!!

7 comments: