Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pantang Tradisional VS Moden

Assalamualaikum ualls...
Hari ini kandunganku sudah genap 37 minggu. Wah wah wah, makin dekat dah tempoh untuk bersalin ni. Walaupun nervous tapi tak sabar juga nak lihat wajah baby nanti.

Selepas melahirkan nanti semestinya aku harus lalui tempoh berpantang. Untuk tempoh berpantang ni ada pelbagai verse sebenarnya. Setahu aku ada yang berpantang selama 30 hari, 44 hari dan juga 100 hari. Untuk diri aku ni, aku memilih berpantang selama 44 hari. Sebab musabab jumlah hari ni terus terang aku sendiri tak pasti cumanya memang dari anak sulung aku berpantang selama 44 hari mengikut saranan ibu aku sendiri. Soal berapa hari ni tak kisah sangat, atas diri masing-masing.


LAHIR ANAK SULUNG SECARA NORMAL - PANTANG TRADISIONAL


Selepas melahirkan anak sulung dulu, aku telah berpantang secara tradisional sepenuhnya. Antara perkara yang perlu aku lalui saban hari ketika itu selama tempoh berpantang adalah:

  • Bertungku 
  • Memakai param
  • Memakan jamu
  • Berbengkung 
  • Bersalai
  • Berurut
  • Mandi dengan air rebusan daun dan akar kayu
  • Makan nasi putih dan ikan kering semata
  • Pakai stokin siang malam

Memang padat betul 'jadual' yang perlu aku lalui masa tu tapi bila fikirkan susah payah emak dan keluarga untuk uruskan segalanya, aku jadi tak sampai hati untuk mengingkari apa yang dilakukan ke atas aku pada masa itu. Tambahan pula apa yang keluarga lakukan itu adalah untuk kebaikan aku sendiri.


LAHIR ANAK KE DUA SECARA PEMBEDAHAN - PANTANG MODEN



Selepas melahirkan anak ke dua, aku beralih untuk berpantang dengan kaedah moden pula. Ini di sebabkan aku melahirkan anak ke dua secara pembedahan. Maka setelah selamat menjalani pembedahan, emak aku sendiri yang sarankan aku supaya berpantang dengan cara yang lebih moden. Ini supaya luka dalaman di bahagian perut dan rahim boleh sembuh dengan lebih baik dan berkesan. Syukurlah emak aku seorang yang agak berfikiran terbuka dan boleh memahami situasi semasa. Alhamdulillah.

Maka berubahlah cara keluarga menjaga aku untuk anak ke dua. Jika dulu aku di kehendaki makan jamu, nasi putih dan ikan kering saja tapi kini aku di sajikan dengan ubat klinik yang lebih moden, air gamat, sup haruan dan buah oren sunquick.

Aku juga tidak di paksa memakai bengkung seperti dulu lagi. Berurut pun hanya selepas beberapa minggu cumanya aku masih lagi di tungku pada bahagian kaki dan atas badan. Kaki juga sentiasa di pakaikan stokis setiap masa untuk elakkan badan daripada dimasuki angin.


DAPAT RASAI KE DUA-DUA JENIS PANTANG
Aku memang bersyukur sangat kerana dapat rasai ke dua-dua jenis kaedah berpantang ini. Tetapi jika di tanya cara manakah yang lebih aku suka? Semestinya aku akan menjawab untuk berpantang dengan kaedah moden. Ini di sebabkan kaedahnya yang lebih mudah dan selesa.


NEKAD PANTANG KAEDAH MODEN
Sejak anak ke tiga aku telah memilih untuk berpantang dengan kaedah moden saja. Emak sama sekali tidak kisah asalkan aku boleh sihat dan sembuh dalam waktu yang cepat. Walaubagaimanapun aku berasa sedikit sedih kerana tidak dapat berpantang dengan di jaga oleh ibu dan keluarga sepenuhnya seperti dulu lagi. Ini di sebabkan anak pertama dan ke dua sudah mula bersekolah jadinya agak sukar untuk aku pulang dan berpantang di kampung. Tetapi mujur jugalah ibu aku sudi datang dari kampung untuk menjaga aku selama hampir dua minggu.

Sebelum pulang ke kampung semula, ibu aku telah senaraikan apakah bahan yang boleh aku makan sewaktu berpantang dan apakah bahan yang perlu aku elakkan sama sekali. Senarai tersebut benar-benar telah membantu aku dan suami kerana kami sendiri sebenarnya masih belum arif tentang bahan-bahan asas yang boleh dan tidak boleh di makan semasa tempoh berpantang ni.


TIPS UTAMA DARI IBU
Kata ibu apa yang penting adalah jaga bahan yang di makan. Soal kaedah memasak itu tidak kisah sangat asalkan harus di masak secara sihat tanpa menggunakan minyak dan lain-lain. Dalam erti kata lain masak dengan kaedah bakar, rebus dan salai. Tentang nasi pula haruslah lembut dan di hidang panas-panas untuk membantu mengelakkan sembelit.


Itulah antara tips yang di perturunkan oleh ibu pada aku dan alhamdulillah tips tips inilah yang aku gunapakai sehingga hampir hendak bersalin anak yang ke enam ini. Malah suami aku sendiri sudah pandai uruskan aku dengan kaedah pantang moden ni. Kalau dulu tiap kali nak beli bahan untuk di masak pasti suami akan rujuk pada senarai yang di berikan ibu tapi kini dia sendiri dah boleh tahu apakah yang boleh di makan dan apakah yang perlu di elakkan.

Pemakaian stokin, bertungku dan ubat juga penting. Kata emak, walau ingin berpantang moden namun masih ada lagi sesetengah kaedah daripada pantang tradisional yang perlu di kekalkan dan tidak boleh di abaikan begitu saja. Aku juga amat bersetuju dengan apa yang emak katakan ni.



BERPANTANG DI BAWAH JAGAAN SUAMI
Sejak anak ke tiga aku berpantang di bawah jagaan suamiku, Mr Qamar. Ini bermakna sudah tiga orang anak yang suami aku bantu jagakan semasa tempoh berpantang ni. Dan kali ini adalah kali ke empat untuk aku berpantang di bawah jagaannya. Seronok sebenarnya di jaga oleh suami ni. Masa ni lah kita dapat di layan bagaikan seorang permaisuri. Masa ini juga kita boleh makan hasil air tangan suami setiap hari. 


Apa yang paling aku perasan, suami aku sentiasa berusaha sedaya upaya untuk elakkan aku daripada stress. Ya stress! Dalam pantang tolonglah jangan fikir yang bukan-bukan. Tolong juga jangan mengarah orang yang menjaga kita dengan arahan yang bukan-bukan. Walau mereka melayan kita dengan baik tetapi janganlah cuba di ambil kesempatan. :D

UALLS MACAMANA? PANTANG TRADISIONAL @ PANTANG MODEN??


12 comments for "Pantang Tradisional VS Moden"

  1. Kak ayu pantang moden. hehe. Makan shaklee jer. itu pun tak disiplin. Cuma bersalin ketiga ni, akak minum vivix shaklee. Alhamdulillah, dengan izinNya rasa cepat sangat baik dan cepat sihat. Semoga dipermudahkan urusan Awa untuk melahirkan khalifah Allah. Tak sabar nak tgk baby, nanti boleh kawan dengan Kak Ayra :)

    ReplyDelete
  2. tak ada pengalaman lagi... cerita awa boleh buat rujukan hihihihi

    ReplyDelete
  3. nice info, awa..boleh jadi rujukan ;)

    ReplyDelete
  4. semua anak ceaser....makanya pantang moden lah....hehehe...

    ReplyDelete
  5. belum ada pengalaman haha selalu cousin semua kalau pantang mesti balik rumah mak hehe

    ReplyDelete
  6. Semoga satu masa nanti, Auni pun dapat merasai hari berpantang ni. Baru baca dah rasa seronok sangat. Moga dipermudahkan urusan melahirkan nanti ya, sishawa :)

    ReplyDelete
  7. Ank first mmg ena pantang tradisional dgn nenek sbb nenek mmg tukang urut org lepas bersalin..semua air herba, urut menu makan die yg sediakan.. paling suka,air kunyit..hehe.. bab makanan mmg nenek campur bahan yg pahit tp telan je pikir nak baik..tungku n bengkung pon cara lama..suka tali panjang ikat lilit tu rasa lebih ketat dri pakai bengkung moden tu.ena amal pantang 44hari tu, selepas tu pantang 60hari dgn suami..hehe.. pantang setahun jgn makan laksa n ais..habis pantang 44hari tu elakkan dri terkena hujan takut demam..jamu pon maintain makan je.

    ReplyDelete
  8. kadang stress juga sebb tak cukup tidur dan penat

    ReplyDelete
  9. sweetnya hubby sis hawa, mesti xsabar nk tunggu baby baru kan!

    ReplyDelete
  10. Sama lah saya pun anak pertama pantang dengan mak. Tapi mak tak banyak pantang apa sangat. Anak kedua mula pantang sendiri. Pantang dengan suami paling best sebab boleh manja lebih sikit. Huhu. Dengan mak segan nak mengada-ngada.

    ReplyDelete
  11. yang bujang pun boleh baca jugak kan..haha..

    ReplyDelete
  12. Anak sulung dan kedua memang berpantang dengan arwah mak, tapi dua-dua lain. Normal dan operate. Moden dan tradisional.

    ReplyDelete