PRODUK JOHNSON & JOHNSON BERBAHAYA? - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

9 Nov 2017

PRODUK JOHNSON & JOHNSON BERBAHAYA?

Assalamualaikum ualls..
Aku nak tanya, ualls perasan tak ada info menular di media social sejak beberapa hari yang lalu tentang produk Johnson & Johnson?  Kata mereka, produk dari jenama terkenal ini mengandungi satu bahan yang boleh menyebabkan kanser.


Sebenarnya isu ini sudah lama. Malah isu ni sudah gah di kongsikan pada umum sejak tahun lepas setelah tampilnya beberapa orang pengguna yang mendakwa mereka menghidapi kanser ovari selepas menggunakan produk penjagaan diri yang di keluarkan oleh jenama syarikat terbabit.

Antara pengguna yang berjaya mendapat pampasan dengan arahan mahkamah Amerika Syarikat adalah Gloria Ristesund.

Perbicaraan yang berlangsung selama tiga minggu itu mengarahkan syarikat terbabit memberi pampasan AS$5 juta ganti rugi dan AS$50 juta ganti rugi dalaman kepada Gloria. Jumlah keseluruhan yang di terima oleh Gloria adalah sebanyak AS$55juta.


Ekoran pendedahan tersebut, syarikat pengeluaran produk kebersihan dan penjagaan kanak-kanak itu terpaksa berdepan tindakan saman daripada 1,200 orang kerana di dakwa gagal memberi mesej peringatan kepada pengguna mengenai risiko kanser akibat produk syarikat tersebut.

Walaubagaimanapun, kes-kes itu berada dalam siasatan kerana terdapat laporan yang menyatakan bahawa syarikat tersebut sedang dalam proses untuk melawan semula kenyataan-kenyataan itu. Syarikat itu mahu terus mencabar keputusan itu di mahkamah rayuan dan mempertahankan kualiti produk keluarannya.

BUKTI ISU INI SUDAH LAMA BERLAKU

Perkongsian di Youtube

Kecoh seluruh dunia apabila berlakunya kes saman menyaman terbabit dan Malaysia turut sama berasa risau kerana produk terbabit semestinya agak terkenal di sini. Contohnya sebagaimana yang di terangkan di dalam artikel yang bertarikh 25 FEBRUARI 2016 ini.

Baca artikel penuh >> DI SINI <<

Namun tidak lama selepas itu, keluar pula kenyataan bahawa produk di bawah jenama ini selamat untuk di gunakan. Contohnya seperti di dalam artikel yang bertarikh 12 MAC 2016 ini.

Baca penuh `>> DI SINI <<



KENAPA ISU INI BANGKIT KEMBALI?
Ini di sebabkan pihak syarikat sekali lagi terpaksa akur dengan keputusan mahkamah dengan membayar pampasan sebanyak AS$417 juta (RM1.776 billion) kepada salah seorang daripada pengguna produknya sekali lagi. Pengguna yang berjaya mendapat pampasan kali ini adalah Eva Echeverria. Eva dikatakan terpaksa berhadapan dengan risiko menghidap kanser ovari setelah menggunakan Johnson & Johnson Baby Powder dalam tempoh 50 tahun.


Eva Echeverria, 63, dari Los Angeles berkata, dia menggunakan bedak jenama itu untuk menjaga kebersihan dirinya sejak berusia 11 tahun, lapor CNN.
Antara website yang sedang memberi info tentang hal ini adalah TRUEFEED menerusi sebuah artikel yang bertarikh 03 NOV 2017.


Boleh baca penuh di sini >> http://truefeed.info/2017/11/03/johnson-johnson-finally-admits-baby-products-contain-cancer-causing-ingredients/

Boleh juga baca artikel lain yang berkaitan di sini >> https://www.thesun.co.uk/living/4294436/johnson-johnson-ordered-to-pay-417-million-to-dying-woman-who-claimed-talc-caused-her-ovarian-cancer/





KELIRU... 

Apakah benar produk ini selamat ataupun sebaliknya? Entahlah aku sendiri kurang pasti. Yang penting aku sudahpun mencari info dan untuk percaya atau tidak itu semua atas diri masing-masing.

Aku bukannya Tuhan yang boleh tahu segalanya luar dan dalam. Aku juga bukan siapa-siapa yang boleh tuding jari begitu saja tanpa sebarang bukti yang kukuh, nyata dan jelas. Aku di sini hanyalah sebagai seorang ibu yang risau jika tersalah membuat pilihan hingga boleh membahayakan kesihatan diri dan anak-anak yang amat aku sayangi. Moga-moga akan adalah jawapan yang sahih untuk perkara ini nanti.... ameen.

KESIMPULAN
Kita sekarang berada di tempat si pengguna. Duit kita! Pilihan kita! Lebih baik elak jika sudah ada perkara yang meragukan. Tak gitu kawan-kawan? :D

SENTIASA BACA DETAIL PRODUK DI LABEL SEBELUM MEMBELI.. SEDIHNYA ADA PART YANG MASIH SUSAH NAK FAHAM SEBAB TERLALU BANYAK ISTILAH, CODE DAN AYAT SAINTIFIK YANG DI GUNAKAN.. HUHU..

17 comments:

  1. Ms kes br2 kluar tu terus liez ban jonhson & johnson... tapi klau fikir balik mostly brg2 baby yg bukan organik mesti ada bahan chemical.. terpulang pd masing2 nak beli ke atau x... lgpun skrg dh byk brg organik walaupun agak mahal tp selamat digunakan

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar pun produk ni ada masalah..

    ReplyDelete
  3. Produk johnson ni salah satu buatan yahudi kak..mungkin ini salah satu agenda mereka merosakkan manusia..

    ReplyDelete
  4. hmm guna jugak tp dah lama guna brand anakku.. wangiii

    ReplyDelete
  5. Rabia pakai ni masa zaman kecik2 dulu.sekarang pakai bedak talkum nutrimetics.

    ReplyDelete
  6. Alamak ..CCL tengah guna bedak baby johnson ni .

    ReplyDelete
  7. dulu2 mmg pernah dengar produk ni bermasalah..lps tu cam ok... pastu ade jgk keluar balik isu tu... kite plak pengguna tegar bedak dia.. dah abis dah baru2 ni..so mmg x nak beli dah sbb rasa was2 tu...

    ReplyDelete
  8. this is so scary. even dah lama berlaku tp masih ramai kat luar sana yg x aware dgn perkara ni.

    ReplyDelete
  9. anak2 kakak memang guna bedak J&J ni.. huu~ serasi dengan dorang.. buang kang membazir plak.. adoi..

    ReplyDelete
  10. ada gak dengar.. suka guna baby johson walapun xde baby hahahaha

    ReplyDelete
  11. sha memang guna bedak johnson ni haha entahlah nak percaya ke tak ><

    ReplyDelete
  12. Mai suka carry junior je, wangi amat, hehe

    ReplyDelete
  13. gee dulu pengguna tegar..sekarang slowly dah bertukar ke brand lain..huhu

    ReplyDelete
  14. Dulu masa mula2 isu ni keluar terus ban produk ni tapi masa tu je la. Sekarang ni masih lagi setia gan bedaknya..

    ReplyDelete
  15. Rasanya guna bedak Aiken lagi okey kut. Carry junior pun okey. hihi.

    ReplyDelete