Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS IBUBAPA

Bila sebut tentang kertas peperiksaan, aku terus teringat pada watak Si Nobita dalam rancangan kartun popular Doreamon tu. Yelah, apa tidaknya... si Nobita asyik dapat markah kosong sebesar telur ayam jer dan tiap kali dapat keputusan peperiksaan mesti si Nobita akan berusaha untuk menyembunyikan kertas peperiksaan tersebut untuk melepaskan diri daripada di marahi oleh ibunya yang agak garang tu. Eh ye ke ibu Nobita garang? Rasanya aku lagi garang kot! =D

Yang penting, aku sebagai salah seorang ibu bapa dah tak perlu risau akan situasi seperti Si Nobita dan ibunya tu. Ini di sebabkan sudah ada satu sistem yang boleh membantu si ibu dan ayah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing secara online. Haa... best kan? Kalau anak-anak sembunyi kertas peperiksaan macam Nobita pun dah tak ada gunanya lagi sebab kita sebagai ibu dan ayah sudah boleh melihat keputusan peperiksaan mereka itu dengan cara yang lain.

Cara yang aku maksudkan di sini ialah dengan menggunakan sebuah sistem yang di kenali sebagai SAPS IBUBAPA.


APAKAH ITU SAPS IBUBAPA?
SAPS IBUBAPA adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini telah di bangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyenangkan pihak ibu bapa dan murid untuk menyemak keputusan peperiksaan yang berkaitan.



Keputusan hasil peperiksaan oleh murid-murid ini akan di masukkan oleh guru masing-masing secara online dan ibu bapa bolehlah menyemaknya pada bila-bila masa yang di sukai.

Sistem SAPS ini bukan hanya boleh membantu si ibubapa dan murid semata-mata malah ianya juga boleh di akses dan di gunapakai oleh pihak yang lain seperti pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD. Kiranya sistem ini dapat memberi kemudahan kepada semua pihak yang ada kaitan dengan bidang pelajaran di Malaysia.

Walaubagaimanapun, keputusan peperiksaan secara online melalui sistem SAPS IBUBAPA ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja.

Segala keputusan peperiksaan di sekolah seperti Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan boleh di semak melalui laman SAPS ini kecuali peperiksaan awam iaitu UPSR, PT3 dan SPM. Untuk keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM, ibu bapa dan murid perlu dapatkan keputusan secara terus dari pihak sekolah masing-masing.


CARA UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM SAPS IBUBAPA

1- Pergi ke laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia >> DI SINI <<  dan klik pada bahagian SEMAKAN IBUBAPA (rujuk gambar di bawah)

Langkah Pertama

2- Seterusnya kita akan di bawa ke satu bahagian untuk memasukkan detail berkenaan murid supaya sistem dapat mengesan keputusan siapakah yang sedang kita cari.


Langkah ke dua

3- Bolehlah melihat keputusan anak-anak mengikut tahun dan jenis peperiksaan. Ohya, nama-nama guru yang berkaitan dengan setiap matapelajaran yang di ambil oleh anak di sekolah turut ada terpapar di situ.


Langkah ke tiga

4- Jeng jeng jeng!! Haa tu dia, dah keluar keputusan si anak... ini adalah keputusan untuk anakku yang nombor dua.
Slip Keputusan Peperiksaan Anak

Analisa keputusan ujian dan peperiksaan
Tahun depan anak aku ni akan duduki peperiksaan besar UPSR jadi memang aku perlu pantau keputusannya dari masa ke semasa. Nampaknya, anak yang nak exam tapi emak ayah yang terlebih nervous kan? Hmmm..

NOMBOR IC PELAJAR TIDAK DAPAT DI SEMAK?
Sekiranya perkara ini terjadi, maka ibu bapa haruslah menghubungi dan memaklumkan kepada guru kelas anak-anak supaya guru terbabit dapat membuat semakan semula. Kejadian ni boleh berlaku di sebabkan kesalahan semasa membuat pengisian detail murid (terutama nombor IC) di APDM.


BUKU REKOD ONLINE
Inilah pendapat aku tentang sistem ini. Apa tidaknya, jika dulu aku hanya boleh lihat semua keputusan anak-anak sekaligus dari yang terdahulu hingga yang terbaru melalui buku rekod saja. Sedangkan buku rekod tu bukannya boleh di lihat selalu pun. Nak tak nak aku perlu tunggu adanya peperiksaan barulah buku rekod tersebut akan sampai ke tanganku untuk di periksa dan di tandatangan.

Namun, ianya agak menyedihkan kerana buku rekod tersebut perlu di pulangkan semula pada guru-guru keesokannya harinya. Jika nak simpan rekod untuk tatapan sendiri aku terpaksa bawa buku rekod tu untuk di fotokopi. Sadis kan?

Maka dengan adanya sistem SAPS IBUBAPA ini aku tidak lagi perlu bergantung harap pada buku rekod manual daripada guru-guru semata-mata. Yang lebih menyeronokkan aku tidak lagi perlu tunggu buku rekod tiba ke tangan hanya dalam jumlah beberapa kali saja setahun. Sekarang aku bebas untuk lihat semula keputusan anak-anak pada bila-bila masa yang aku suka tanpa perlu menyusahkan sesiapa.


KESIMPULAN
Aku suka dengan adanya sistem sebegini kerana aku bukan saja dapat tahu segala keputusan dengan tepat malah aku juga dapat membuat perbandingan di antara keputusan peperiksaan yang semasa dengan yang terdahulu. Dengan cara ni aku boleh tahu samada keputusan anak ku merosot atau meningkat.

Setidak-tidaknya sebagai seorang ibu yang agak sibuk dengan urusan di rumah hingga susah untuk menapak ke sekolah setiap masa, aku masih lagi boleh mengikuti dan mengambil tahu segala keputusan peperiksaan untuk semua anak-anak.


TERIMA KASIH 
Terima kasih pada semua yang terlibat untuk menjayakan sistem ni terutama pada guru-guru yang bukan saja sanggup menabur jasa mengajar anak-anakku di sekolah malah sanggup pula meluangkan masa untuk mengemaskini semua keputusan peperiksaan untuk anak murid masing-masing di sini demi untuk memudahkan urusan semua ibu bapa dan murid yang terlibat.

APA PENDAPAT UALLS TENTANG SISTEM NI? OKAY KE TIDAK?

p/s : Anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat? Jika YA, jadilah salah seorang followers blog ini  >> DI SINI << sebagai tanda support. Terima kasih.


5 comments for "Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS IBUBAPA"

  1. wah!!! dah canggih skrg. sesuai dgn perkembangan teknologi.
    saya dulu bleh semak melalui sms je

    ReplyDelete
  2. okey sangat!anytime anywhere boleh check results anak..pernah guna untuk anak sulung darjah 1..teruja bila ada sistem macam ni..sangat memudahkan kami untuk tahu akademik anak.

    ReplyDelete
  3. lebih mudah dan menjimatkan masa kan

    ReplyDelete
  4. dah dinaiktaraf sistem nih, terkial-kial juga nak semak keputusan peperiksaan akhir tahun kali ini. masa semak keputusan peperiksaan pertengahan lebih ringkas dan mudah untuk akses masuk.

    ReplyDelete