Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TIPS ELAK KOYAKAN PERINEUM KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum. Semakin hampir masa untuk melahirkan semakin kuat aku perlu siapkan diri dari segi mental dan fizikal demi untuk melalui fasa demi fasa untuk melahirkan baby comel ini nanti. 

Terus terang walau sudah sentiasa menetapkan fikiran untuk melahirkan namun rasa gelisah tetap juga ada. Tambahan pula apabila memikirkan tentang JAHITAN PERINEUM

Ya, jahitan perineum ni antara salah satu punca kesakitan yang akan aku kenang sampai bila-bila. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya semasa terpaksa menerima jahitan perineum ni. 

Tambahan pula aku sudah bersalin selama beberapa kali sebelum ini jadi luka perineum ini akan di lakukan ke atas parut yang lama berulang kali. Oh tuhan.. masih terbayang-bayang betapa sakit dan ngilunya tempat kena jahit tu. 



Satu demi satu lapisan di jahit bermula dari bahagian isi hinggalah ke kulit. Untuk bahagian isi alhamdulillah, masih boleh di tahan kerana akan di letakkan ubat bius tapi untuk part terakhir pada bahagian kulit tu. 

Arghhh masa ni memang betul-betul akan meenguji keimanan. Untuk bahagian part kulit, tidak akan di berikan ubat bius. Ini di sahkan sendiri oleh doktor dan nurse yang pernah merawatku. 

Bukan sebab hospital zalim tapi ini demi untuk membantu si ibu tu sendiri. Bila di letakkan ubat bius, maka jahitan itu akan jadi menegang selepas ubat bius itu hilang. 

Bila menegang besar kemungkinan luka jahitan luar pada kulit tu akan boleh memberi kesan yang lain hingga menyebabkan ia lambat sembuh. 

Yang pasti, setiap kali jarum mencuit badan untuk menerima jahitan pada bahagian kulit ni, terasa bergetar kepala lutut dan setiap kali benang di tarik hingga ke hujung terasa seperti mahu tercabut tangkai jantung.

Sakit! Ngilu! Ngeri! Rasa macam nak di tendang je nurse yang sedang menjahit di hujung kaki tu. Jangan marah ya cik misi. Haha.. 

Kadang-kadang terfikir juga orang dulu-dulu mana ada pun jahit menjahit ni. Bahkan boleh bersalin di rumah. Aku pernah tanya pada rakan-rakan, ada yang cakap sakit sangat dan ada yang cakap biasa jer. 

Tapi bagi aku yang agak kurus dan tak cukup isi ni, memang sakit okay..



Luka ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang wajib ketika mahu bersalin dan luka ini juga tidak berlaku hanya kerana di sebabkan doktor. 

Seperti kes aku sendiri, di sebabkan aku ini sudah sering bersalin maka dengan sendirinya luka-luka lama terkoyak semula walau hakikatnya doktor sama sekali tidak melakukan apa-apa penguntingan di atas kawasan perineum aku itu. 

Mungkinkah kerana posisi aku tidak betul ketika bersalin? Entahlah.. yang pasti aku sudah praktikan segala ilmu dan tips yang aku ada namun terpaksa juga melaluinya.. huhu.... 

Doktor akan memerhati situasi dan guntingan hanya akan di lakukan sekiranya perlu. 

ANTARA PUNCA BERLAKUNYA PERKARA INI:
- Anak besar
- Posisi Kedudukan bayi 
- Proses kelahiran yang terlalu lama
- Kekurangan tenaga ketika proses meneran
- Posisi yang kurang betul ketika meneran
- Kelahiran normal yang pertama
- Kedudukan dubur yang terlalu hampir dengan faraj


TAHAP LUKA PERINEUM

  • TAHAP PERTAMA : melibatkan kulit perineum dan tisu penyambung pada bahagian vagina. Tiada otot yang terlibat. Luka tahap pertama ini cepat sembuh, kadangkala perlukan jahitan dan ada juga yang tidak perlukannya

  • TAHAP KE DUA : melibatkan kulit perineum, tisu penyambung pada bahagian vagina dan juga otot di bahagian bawah. Luka ini memerlukan jahitan dan masa penyembuhan bergantung kepada orang. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ada yang mengambil masa berminggu-minggu.

  • TAHAP KE TIGA : melibatkan kulit perineum, tisu penyambung, dan juga otot bahagian luar dubur (otot ini yang membantu kita untuk tahan diri dari ke toilet)

  • TAHAP KE EMPAT : melibatkan koyak pada kedua-dua bahagian luar dan dalam otot dubur. Ini akan menyebabkan hilangnya daya kawalan terhadap dubur yang mana tidak boleh tahan diri untuk ke toilet.

6 TIPS UNTUK MENGELAKKAN PERKARA INI
1- BANYAKKAN BERGERAK

Maksudnya jangan terlalu manjakan diri dengan hanya duduk saja tanpa berbuat apa-apa saban hari. Sepatutnya semakin hampir hari untuk melahirkan, semakin banyak pergerakan seperti berjalan sekeliling rumah dan buat kerja rumah yang ringan-ringan. 

Tak perlu buat kerja berat, memadai dengan aktiviti ringan demi untuk meningkatkan elastik kulit dan pengaliran darah ke perineum dan faraj.

2- RAJIN LAKUKAN SENAMAN KEGEL UNTUK OTOT PELVIK

Senaman ini cukup mudah. Ia boleh di lakukan hanya dengan cara mengemutkan otot yang digunakan untuk memberhentikan air kencing. Mudah cakap, kemut seperti ketika ingin menahan daripada terkencing. 

Lakukan selama 5 saat dan seterusnya rehat pula selama 5 saat. Selepas itu ambahkan kemutan kepada 10 saat pula jika boleh. Makin lama anda dapat tahan, makin bagus. 

Lakukan seberapa kerap yang boleh. Sambil-sabmbil baca buku ke, sambil-sambil tengok TV ke.. alah, bukannya orang tahu pun kan? Hehe..

3- KUASAI TEKNIK PERNAFASAN 

Tutup mata seketika dan tumpukan kepada pernafasan. Perhatikan bagaimana pernafasan mempunyai ritmanya yang tersendiri. 

Kita akan sedar bahawa semasa menarik nafas, kita akan berhenti seketika sebelum kita menghembus nafas itu keluar. 

Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalamannya dengan tarikan nafas masuk. Berhenti seketika sebelum paru-paru kita menarik nafas masuk sekali lagi. 

Kekalkan ritma pernafasan ini. Jangan biarkan tarikan nafas menjadi lebih panjang daripada hembusan. Dalam keadaan apa sekalipun, hembusan nafas sepatutnya lebih panjang daripada tarikan nafas. 

Adalah normal jika bernafas dengan lebih pendek dan cetek ketika sedang mengalami kontraksi. Ini tidak salah. Asalkan jangan sesekali bernafas dengan deras kerana ia boleh bertukar menjadi pernafasan panik.



4- BELAJAR TEKNIK MENERAN DENGAN CARA YANG BETUL

Boleh baca teknik-teknik meneran yang betul ketika bersalin dengan lengkap kat >> SINI <<


5- LAKUKAN URUTAN PERINEUM

Ada penelitian yang menunjukkan bahawa sekiranya ibu ibu melakukan urutan di kawasan perineum beberapa minggu sebelum bersalin (35weeks dan ke atas), ianya dapat mengurangi risiko untuk menerima koyakan perineum ini di saat melahirkan nanti. 
Urutan ini seelok-eloknya dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan memasukkan satu atau dua jari ke vagina, kemudian menekannya ke arah perineum selama 10 minit.
Pastikan kuku telah di potng pendek dan cuci tangan dengan air hangat dan sabun.


6- AMALKAN BACAAN DOA SENTIASA


SEMOGA KITA SENTIASA DAPAT BERSALIN DALAM KEADAAN YANG LANCAR DAN SELAMAT.... AMEEN..

Jemput join Telegram rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia




9 comments for "TIPS ELAK KOYAKAN PERINEUM KETIKA BERSALIN"

  1. bagus tips ni untuk ibu2 yang mengandung...awa....bab 6 bila nak release hihi...

    ReplyDelete
  2. Liez masa bersalin ada jugak koyakan dalam 2 jarum macam tu. Membaca dan prkatis juga b4 bersalin konon xnak bg koyak besar tp bila time sakit tu dah lupa semua.. hanya fikir nak tgk anak cepat2 hihihi

    ReplyDelete
  3. rasa nyilu tiba2 . hmm takutnyaaa nak kawin

    ReplyDelete
  4. syukur dua kali bersalin, dua dua tiada sebarang koyakan ...
    mrs pip amalkan minum VCO dan sapu VCO di bahagian
    perineum bermula pada minggu ke 34 kalau tak silap...

    ReplyDelete
  5. tak rasa pengalaman macam ni awa,dulu Czer..Moga awa nanti dipermudahkan urusan bersalin ye

    ReplyDelete
  6. huwaaaaa masih terasa kesakitan 2tahun lepas..erkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  7. Masih terasa masa kena jahit tu. Sakitnya Allah je la yang tahu. Moga sis dipermudahkan untuk bersalin nanti

    ReplyDelete