Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BALM BAYI TOK SYED WANGI DAN BERMANFAAT

Assalamualaikum ualls...
Hari ni aku nak ketengahkan satu produk yang awesome pada ualls semua. Produk yang akan aku perkenalkan ini amat sesuai untuk di gunakan seisi keluarga dan di asaskan oleh sebuah syarikat tempatan yang bernama Tok Syed Distribution Sdn Bhd

Inilah produk yang aku maksudkan.... Ualls pernah guna produk BALM BAYI TOK SYED ni tak? Kalau belum ualls wajib kena beli dan cuba tau sebabnya produk ni best giler!! Serius beb, memang best balm bayi ni.

Nama je balm bayi tapi ianya sangat sesuai untuk di gunakan seisi keluarga. Menurut pengasasnya Syed Mohd. Saiful Ikhwan Syed Abd. Khalid, yang sering membiasakan dirinya sebagai Tok Syed berkata produk balm keluaran syarikatnya memang sangat special kerana bahan yang di gunakan untuk produk ini telah di rumus oleh dirinya sendiri.


Tok Syed amat menitikberatkan soal halal dan semulajadi maka tidak hairanlah jika balm ini semakin di gemari ramai kerana dapat di gunakan tanpa rasa was-was sama sekali. Kehebatan poduk balm bayi daripada Tok Syed ni turut terpapar di dalam akhbar tempatan seperti KOSMO dan SINAR baru-baru ini.


Antara bahan utama yang di gunakan untuk menghasilkan balm ini adalah:
  • BEESWAX
Beeswax atau lebih di kenali sebagai Lilin Lebah adalah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu mengatasi masalah radang kulit.

  • MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara yang baik untuk kesihatan luaran dan dalaman serta dapat melembapkan kulit tanpa sebarang kesan sampingan ini sememangnya telah diiktiraf di seluruh dunia.

  • MINYAK BUNGA MATAHARI
Minyak bunga matahari turut di gunakan dengan cara mengekstrak bijinya. Ianya kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya. Kandungan vitamin E dan Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luaran.

  • PATI MINYAK LAVENDER 
Pati minyak lavender menjadi agen utama untuk berfungsi sebagai pengurang tekanan. Wangian lavender yang amat harum dan mengasyikkan ini sememangna sudah terkenal sebagai bahan aromaterapi. Ianya bukan hanya dapat menjadi penenang malahan mempunyai kebaikan untuk meredakan demam dan selsema.


Patutlah berbau wangi dan mengasyikkan, rupa-rupanya di isi dengan pati Lavender. Suka suka suka.
Walaupun nampak pada mulanya seakan berminyak tapi sebaik saja di sapu ia akan terus meresap ke kulit dan mengeluarkan bau yang amat harum. Asyikkkk sangat. Rasanya pun tak panas tau. Terasa macam pakai losyen pulak. =D


Selain daripada baunya yang wangi, balm bayi Tok Syed ini mempunyai kelebihannya yang lain seperti:
  • menghilangkan batuk
  • mengurangkan selsema
  • menghilangkan kegatalan kesan gigitan nyamuk
  • melegakan kembung perut dan sebu
  • menambahkan masa tidur yang berkualiti

Cara penggunaannya juga mudah... sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki, urutkan secara perlahan di belakang badan, urutkan secara perlahan di bahagian dada dan juga boleh di sapu sedikit pada bahagian T muka.


Balm ini telah di proses di kilang bertaraf GMP dan telah melalui beberapa peringkat R&D.
Disebabkan balm ini di perbuat berasaskan bahan semulajadi dengan mengutamakan ciri-ciri halal lagi suci maka ia telah mendapat kelulusan daripada KKM sepenuhnya. Kalau tak percaya ualls  boleh check sendiri. Ini nombor nya, NOT 190903331K. Pastikan beli yang original dengan meneliti logo hologram yang terdapat pada produk terlebih dulu.


Aku cukup berpuashati dengan balm bayi Tok Syed ni kerana itu aku telah hantarkan testimoni daripada diri aku sendiri kepada pihak Tok Syed melalui whatsapp. Ye lah, produk best... apa salahnya beri feedback kan? 


Ini pula maklumbalas aku tentang produk Balm Bayi Tok Syed melalui video. Maaf ya video ni gelap sikit, dah puas setting kat handphone tapi tetap sama juga. Dipendekkan cerita produk ini benar-benar bagus dan bermutu serta telah di yakini oleh ramai orang di luar sana termasuklah diri aku sendiri. Serius best!!

Balm bayi Tok Syed ini berharga RM80 dan beratnya pula adalah 45gram. Sekarang pihak Tok Syed sedang membuka peluang perniagaan pada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengedar. Tok Syed juga turut mengalu-alukan golongan surirumah, ibu tunggal, pelajar, penganggur dan mana-mana individu yang ingin menjana pendapatan sampingan dengannya secara percuma melalui kaedah dropship. Jika benar-benar berminat boleh dapatkan info lanjut kat SINI

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk, pembelian dan cara untuk menjadi pengedar, boleh hubungi wakil Tok Syed Distribution Sdn Bhd melalui media social di bawah.




Whatsapp : 016-826 2990




8 comments for "BALM BAYI TOK SYED WANGI DAN BERMANFAAT"