Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BELI BEG SEKOLAH ANAK MELALUI ZALORA

Assalamualaikum ualls...
pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember kan, Ya Allah cepat betul masa berjalan. Rasa macam baru je sambut tahun 2017 tapi hakikat sebenarnya dah pun mula nak melangkah ke tahun 2018 pulak. Auchhh...

Dan... seperti biasa, apabila hampir tiba tahun baru maka untuk ibu ayah yang punya anak ramai macam aku ni semestinya sudah mula berkira-kira untuk menyediakan kelengkapan bagi musim persekolahan yang baru nanti. Kalau tak mula dari awal alamatnya adalah yang akan lari budget maka untuk elakkan masalah yang tidak di ingini aku dan suami selalu start wat persiapan sebaik saja cuti hujung tahun bermula.

Perkara pertama yang aku siapkan untuk anak-anak buat kali ini adalah beg.. yes.. bagpack! Selalunya aku beli secara direct dari mana-mana pasaraya tapi disebabkan keadaan aku yang tengah sarat menunggu hari ni maka aku ambil keputusan untuk beli secara online saja. Tak larat rasanya nak menapak dari satu kedai ke satu kedai semata-mata nak dapatkan design bag yang anak-anak suka. Dalam banyak-banyak website yang ada, aku memilih ZALORA untuk memenuhi hasrat anak-anak.

Kenapa ZALORA? Of course lah sebab harganya yang murah dan best! Lagipun koleksi bagpack di dalam website ZALORA memang sangat banyak hinggakan hampir terbeliak biji mata anak-anak aku ni tak tahu nak pilih yang mana satu. Kiki...

- Antara bag di dalam kategori harga RM30 -
 Antara bag di dalam kategori harga RM50 - RM60


Antara bag di dalam kategori harga RM80 - RM90

Yang paling penting wajib kena check dulu betul-betul detail yang di sediakan. Zoom habis-habis untuk lihat secara terperinci pada gambar yang telah di sediakan. 


Pilih punya pilih, akhirnya anak-anak aku berjaya membuat pilihan masing-masing. Urusan pembelian juga berjalan dengan sangat lancar dan hanya dalam masa beberapa hari saja bag-bag yang di order sudahpun berjaya sampai ke genggaman. Excited sungguh anak-anakku kat rumah ni bila lihat bag mereka sampai. Mujurlah dah cuti sekolah kalau tidak rasanya tak sempat nak guna untuk tahun baru.. 




Harga yang ku bayar untuk ke tiga-tiga bag ini hanya dalam RM100 je tau! Kualiti juga di tahap memuaskan. Alhamdulillah... mission success... Lepas ni nak sambung beli barang kelengkapan sekolah yang lain pula.. 



Apa pendapat ualls? Okay ke tidak..??? Kalau rasa okay dan berbaloi boleh lah singgah ke www.zalora.com.my. Selamat berbelanja =D

2 comments for "BELI BEG SEKOLAH ANAK MELALUI ZALORA"

  1. Berkenan jugak design playboy tu. Cantik!

    ReplyDelete
  2. Cantik juga nampak. Simple, kita belu buat letak pakaian time balik kg pun boleh ni.

    ReplyDelete