Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Sendawakan Bayi Setelah Menyusu Dan Yang Sedang Tidur

Cara Sendawakan Bayi Setelah Menyusu Dan Yang Sedang Tidur | Bayi sendawa setiap kali setelah selesai menyusu sangat penting. Wajib okay wajib! Jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi sebaik saja setelah menyusu. Jika setelah menyusu bayi tidur, tetap perlu sendawakan bayi.

Ini kerana bayi akan terlena sebaik saja selepas menyusu dan ketika di dalam tidur bayi boleh tersedak dan termuntah susu tersebut semula. Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui cara sendawakan bayi setelah menyusu dan yang sedang tidur.


Kesan Tidak Sendawakan Bayi Selepas Menyusu

Jika tidak biasa, pasti rasa sukar untuk sendawakan bayi baru lahir. Memang nampak remeh, tapi ibu ayah tetap kena buat. Kesan tidak sendawakan bayi selepas menyusu ini sangat bahaya.

1. angin yang berlebihan dalam perut bayi boleh mengakibatkan bayi gelisah perut tidak selesa. 

2. angin ini boleh membuatkan bayi comel meninggal kerana tersedak susu.

Kaitan Sendawakan Bayi Dengan Keadaan Tersedak Susu 

Sebaik sahaja disahkan mengandung, ibu perlu melakukan banyak bacaan tentang cara penjagaan bayi termasuk cara untuk sendawakan bayi baru lahir selepas menyusu. Tak kiralah susu badan atau susu formula, wajib sendawakan bayi.

Tersedak susu boleh berlaku disebabkan oleh angin yang ikut masuk ke dalam perut bayi semasa sedang menyusu. Angin tersebut akan berada di dalam perut dan boleh menolak kembali susu yang baru di minumnya tadi. Kerana itu kita wajib sendawakan bayi supaya angin tersebut dapat keluar semula melalui mulut bayi.

Aku dan suami memang tak pernah lupa untuk sendawakan anak-anak selepas selesai menyusu. Seperkara lagi, suami cukup peka jika ada bunyi ketika bayi kami sedang tidur. Terutama bunyi batuk! Dia akan bergegas bangun dan angkat baby kerana takut kalau-kalau tersedak. Sejujurnya, telinga dia lebih peka daripada aku.

Panduan Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir Dengan Betul 

Terdapat pelbagai kaedah untuk sendawakan bayi. Namun ada beberapa teknik adalah cara yang terbaik di mana bayi anda akan sendawa dengan cepat. 

Di sini aku kongsikan cara untuk sendawakan baby yang aku gunakan untuk sendawakan anak-anakku ketika mereka masih kecil. 

Cara inilah yang aku guna pakai sejak berbelas tahun yang lalu bermula dari anak yang pertama sehinggalah anak ku yang ke enam.

  1. Letakkan punggung baby di atas paha
  2. Regangkan ibu jari dan jari telunjuk kemudian ampu keseluruhan dagu baby dengan ke dua-dua jari tersebut.
  3. Sokong dada bayi dengan kuat menggunakan pergelangan tangan.
  4. Sapu dan tepuk-tepuk lembut belakang bayi dengan tangan yang sebelah lagi.
  5. Lakukan selama beberapa minit atau sehingga bayi sendawa.

Untuk sendawakan bayi, perlukan kesabaran. Ini kerana ada sesetengah bayi lambat untuk sendawa. Ibu ayah tak boleh terus give up. Kena bersabar demi keselamatan nyawa anak. Aku sendiri kadang tu, sampai 20-30 minit menepuk bayi perlahan-lahan ini. 

Panduan Cara Sendawakan Bayi Kecil Setelah Menyusu 




Selain daripada kaedah di atas, boleh juga gunakan kaedah lain seperti di bawah ini. Lakukan mengikut mana-mana cara menyendawakan bayi yang dirasakan selesa, yakin dan mudah untuk dilakukan.

Jika rasa sukar untuk sendawakan bayi dengan cara tadi, boleh cuba cara yang ini. 


Panduan Cara Sendawakan Bayi Yang Sedang Tidur

Normal jika bayi tertidur semasa menyusu. Jadi apakah cara sendawakan bayi ketika tidur yang boleh dilakukan?

Ini cara untuk sendawakan bayi yang sedang terlena. Jika selepas menyusu itu bayi terus tertidur, jangan abaikan langkah sendawakan bayi ini. Perlu juga buat walau bayi sedang tidur selepas menyusu tu. 

Cara terbaik dan sesuai untuk menyendawakan bayi tertidur ini mudah saja. Angkat bayi dan letakkan di bahu. Kemudian usap dan tepuk-tepuk perlahan belakang bayi seperti sedang mendodoi.  

Cara menyendawakan bayi yang sedang tidur seperti gambar ini. 

Cara Berkesan Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Dan Sedang Tidur


Tempoh Sendawakan Bayi Sampai Berapa Bulan


Untuk soalan ini, aku sendawakan bayi sejak hari pertama dia dilahirkan sehinggalah anak sudah pandai untuk duduk sendiri. 

Semakin bayi meningkat besar, mereka akan menjadi lebih bijak dan ianya normal untuk tidak sendawa selepas minum susu. Langkah menyendawakan bayi sebaiknya sehingga usia bayi sekitar 6 bulan atau lebih. Bergantung kepada keadaan semasa perkembangan bayi itu sendiri. 

Bunyi burp bayi sendawa adalah sesuatu yang mengembirakan. Tapi, jika sudah dilakukan cara sendawakan bayi ini selama 20 hingga 30 minit, tetapi masih tak ada sebarang bunyi burp dari bayi. Tak mengapa, kadangkala memang tak keluar bunyi sendawa. 

Yang penting, langkah menyendawakan bayi itu sudah dilakukan. Ada juga bayi yang tidak sendawa tapi kentut. Posisi tidur bayi selepas menyusu juga perlu diberi perhatian. 

Kesimpulan


Cara sendawakan bayi yang betul dapat elak masalah kembung perut dan muntah susu. Nak elak si manja kembung perut, ibu bapa kena tolong bayi sendawa! Ibu ayah kena belajar dan buat cara sendawakan bayi selepas menyusu ini.

Tugas menyusukan baby baru lahir dengan susu badan atau susu botol itu penting. Tahu cara sendawakan bayi selepas menyusu dengan betul merupakan satu tugas yang penting juga. 

Tidak kisah menyusukan baby baru lahir dengan susu badan atau susu botol, paling penting pastikan tahu cara sendawakan bayi selepas menyusu. Jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi selepas menyusu kerana ia boleh memberi kesan yang bahaya pada anak kesayangan kita.


Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram

Jemput join  : 



7 comments for "Cara Sendawakan Bayi Setelah Menyusu Dan Yang Sedang Tidur "

  1. penting sgt bg baby sendawa ni... semoga kasih sentiasa sihat...

    ReplyDelete
  2. bagus info ni..penting utk ambil tahu..

    ReplyDelete
  3. Good info. Dapat tambah sedikit ilmu pengetahuan. Fatin follow sini, salam kenal dari penang ^^

    https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. betul tu penting ni!gee suka tiarapkan baby..gosok2 belakang.bila sendawa ibu pun rasa legaaa...

    ReplyDelete
  5. Salam hawa....datang singgah dr blog fizah,,,
    Jenguk blog2 best...
    banyak info pasal baby eh kat sini... :)
    alolo...rindu nak bau baby kan..

    ReplyDelete
  6. Jangan lupa bagi anak sendawa selepas menyusu

    ReplyDelete