Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KELAHIRAN PUTERI KU - Part 2


Sambungan dari Kelahiran Puteri Ku - Part 1

05/12/2017 - 12.30 tengahari
Sahabat dan saudara terdekat datang menziarah. Yang paling bestnya aku sempat lagi prank diaorang dalam whatsapp sebelum diaorang datang melawat dengan mengatakan bahawa aku lahirkan baby boy.

Sebaik saja sampai masing-masing dengan pemikiran bahawa aku lahirkan baby boy dan macam-macam lah kata-kata penyedap hati yang di berikan pada aku.

"Takpe.. boy pun okay. Janji sihat!"
"Lepas ni cuba lagi... mesti dapat gegurl...

Bila aku tunjuk jer 'rantai tangan pink' di pergelangan tangan, apa lagi terkejutlah diaorang. Suka pula tengok reaksi mereka semua. Sorry ualls... bukan sengaja tapi memang di sengajakan pun. Hehe.


05/12/2017 - 4pm 
Doktor benarkan aku untuk pulang ke rumah selepas melihat keadaan aku dan baby yang tidak ada sebarang masalah. Alhamdulillah, senangnya rasa di hati dapat segera pulang ke rumah. Tak sabar rasanya nak perkenalkan baby pada ke lima-lima abangnya yang sedang menanti dengan penuh setia di rumah.


- Dah siap!! Jom balik.... -
05/12/2017 - 5pm
Sebaik saja tiba di rumah semua anak-anakku dah tak sabar nak lihat wajah adik baru mereka. Tambahan pula baby gegurl yang memang sudah lama mereka semua nantikan. Seronok pula lihat rasa teruja mereka semua. Cuma tu lah tak sempat pula nak snap detik tu. Sampai je rumah aku terus baring dalam bilik. Tak larat sangat rasanya sebab belum dapat tidur yang cukup.

06/12/2017 - Rabu - 9pagi
Mr.Qamar keluar awal menuju ke Klinik Ibu dan Anak untuk melaporkan kelahiran. Dalam masa yang sama Mr.Qamar juga ke Pejabat Pendaftaran untuk mendaftarkan kelahiran bagi mendapatkan surat beranak.

Mesti ualls nak tahu juga apakah namanya kan? Nama yang terpilih itu adalah......


Nama ini aku sendiri yang pilih sepenuhnya. MrQamar hanya ikut saja. Malah, nama ini sebenarnya sudah tersimpan sejak bertahun-tahun yang lalu dan hanya menunggu masa saja untuk di gunakan. Nama ini amat-amat aku suka dan alhamdulillah akhirnya Allah SWT beri peluang untuk aku gunakan ke atas satu-satunya puteriku.

Doa dan harapan moga-moga KASIH dapat membesar menjadi seorang muslimah yang sejati. Ameen.


13 comments for "KELAHIRAN PUTERI KU - Part 2"

  1. Alhamdulilah.. Unik juga namanya... Tahniah sis hawa atas kelahiran puteri sulung...

    ReplyDelete
  2. Bestnya nama.. Kasih Sufi.. :) Moga jadi anak yang solehah.. :)

    ReplyDelete
  3. Yeeyyyy geng nama Qaseh... iskkkk gebu pulak diaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. comey sangat kasih :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nama. Indah seperti tuannya..

    ReplyDelete
  6. wahhh nama baby comelnya.. semoga kaseh membesar dengan sihat dan solehah buat ayah n ibu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. tahniah again sis hawa

    ReplyDelete
  8. Awa,kalau tak bagi suspens mmg bukan awa la tu...
    Siap prank gitew ...hehe....

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. lain dari yang lain betul nama baby girl tu

    ReplyDelete
  10. COMEL! Bibir tu ceksi tauuu. Moga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah Kasih Sufi

    ReplyDelete