Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KIM JONG HYUN SHINEE UCAP SELAMAT TINGGAL SEBELUM MENINGGAL

Disebabkan aku ini salah seorang peminat citer drama Korea maka aku kenal juga lah nama-nama selebriti Korea ni tapi takde la tahap obses. Kalau ualls nak tahu dah ramai artis-artis Korea yang telah meninggal di usia muda saat nama mereka sedang popular. 

Bagi Kim Jong Hyun, 27 tahun, vokalis utama bagi kumpulan SHINEE, beliau nekad membunuh diri kerana tekanan dengan cara menghidu gas. Jong Hyun di laporkan turut meninggalkan pesanan kepada kakaknya yang berbunyi... 

"Sudah terlalu berat segalanya bagi saya. Tolong biarkan saya pergi. Beritahu semua orang yang saya menghadapi masa yang sukar dan ini adalah ucapan selamat tinggal yang terakhir untuk semua."


Sebenarnya bukan hanya Jong Hyun seorang yang meninggal dengan cara bunuh diri malahan sudah terlalu ramai artis Korea yang telah menamatkan riwayat hidup masing-masing dengan sebegini. Ada yang menggantung diri, kelar nadi di pergelangan tangan, hidu gas beracun dan juga terjun dari bangunan tinggi. 

Sebagai contoh...

PARK YONG HA

Pelakon tampan PARK YONG HA, membunuh diri pada usia 32 tahun. Beliau yang terkenal dengan drama Winter Sonata itu ditemukan tidak bernyawa lagi dirumahnya di SEOUL dalam keadaan gantung diri. Menurut pihak polis, Park ditemukan tergantung dengan wayar caj telefon bimbit, sekitar pukul 05.30 waktu setempat. Sebelum meninggal Park dikhabarkan membunuh diri kerana tertekan dan terkilan disebabkan tahap kesihatan ayahnya yang semakin merungsingkan. Beliau juga di katakan tertekan dengan dunia hiburan.  Park sempat memulis nota kepada keluarganya "Saya minta maaf, saya minta maaf".

JUNG DA BIN
Pelakon dan penyanyi Jung Da Bin mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia ditemukan bunuh diri di apartment milik kekasihnya di Seoul. Jung Da Bin bunuh diri dengan cara menggantung diri. Teman lelakinya menemui jasad Da Bin di kamar mandi dengan tuala melilit di lehernya. Peristiwa itu terjadi pada 10 Februari 2007 yang lalu. Tak ada catatan yang ditinggalkan artis tersebut. Tetapi, menurut catatannya di blog peribadi sebelum dia meninggal dunia, Jung Da Bin mengakui dirinya sedang di landa despresi. 


LEE EUN JOO
Pelakon dan penyanyi Korea ini ditemui mati di apartementnya sendiri di daerah Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005 lalu. Yang lebih menyedihkan lagi, artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun ini nekad membunuh diri setelah beberapa hari dirinya lulus dari Universiti Dankook. Eun Joo meninggal dengan cara memotong tangannya dan menggantung diri. Keluarga menyalahkan penyebab kematian artis cantik itu karena despresi dan mentalnya yang amat terganggu. Selama itu, artis ini juga sering mengalami imsomnia gara-gara melakukan adegan xxx di dalam salah sebuah drama yang pernah di bintanginya.


JANG JA YEON
Kematian Jang Ja Yeon sangat menarik perhatian seluruh penduduk republik Korea Selatan. Ini kerana artis cantik ini adalah pendatang baru di dalam dunia hiburan. Jang Ja Yeon ditemui meninggal dengan cara bunuh diri di dalam rumahnya sendiri. Kematian Jang Ja Yeon itu menjadi pembicaraan bukan hanya kerana kematiannya yang agak drastik tetapi dikatakan kematiannya ada kena mengena dengan beberapa orang penting dalam bisnes hiburan negara tersebut. Ja Yeon di khabarkan telah menjadi hamba seks demi untuk mendapat tawaran berlakon dan disebabkan sudah tidak tahan maka Ja Yeon mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya dengan jalan membunuh diri. Antara drama yang di bintanginya adalah 'BOYS OVER FLOWERS'.


WOO SEUNG YOON
Berita kematian artis Woo Seung Yoon juga agak mengejutkan. Woo Seung Yoon nekad membunuh diri di saat fenomena bunuh diri sedang dibicarakan di Korea. Artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan gantung diri di atas almari rumahnya pada 27 April 2009. Penyebab bunuh diri artis cantik ini telah dipastikan sebagai despresi atau tekanan jiwa.

CHAE DONG HA
Vokalis kepada kumpulan SG WANNABE yang bernama, CHAE DONG HA telah ditemui mati dengan cara gantung diri di kediamannya iaitu pada 27 MEI 2011. Menurut manager barunya, Dong Ha yang berusia 30 tahun itu sedang mengalami despresi. Dong Ha mengalami despresi sejak kematian managernya yang sebelum ini. Manager lamanya itu telah membunuh diri pada tahun 2009 di sebuah motel di kota TONGYEONG Korea Selatan dengan cara menghidu gas. 


JUNG AH YOOL
JUNG AH YOOL, adalah salah seorang pendatang baru di dalam dunia hiburan Korea ketika itu. Ah Yool baru saja berusia 25tahun dan saat di temui mati dengan cara menggantung diri. Sehari sebelum beliau di temui mati, Ah Yool sempat mencurahkan kesedihannya di akuan facebooknya dengan menulis; "Tidak ada yang menghibur aku". Menurut salah seorang kenalan Ah Yool telah lama menderita despresi dan di tambah lagi dengan kontrak kerjanya sebagi artis tidak diperbaharui telah membuatkan Ah Yool berasa semakin tertekan.

Ini hanya sebahagian saja tau. Kalau ualls google ada ramai lagi artis Korea yang telah meninggal dengan cara bunuh diri ni.

Berbalik kepada Kim Jong Hyun, dikhabarkan ada segelintir peminatnya yang mengambil jalan dengan cara berkabung bagi meratapi kematiannya. Jika upacara berkabung ini di lakukan di negara luar oleh mereka-mereka yang bukan beragama Islam aku tak hairan tapi sayangnya ia di lakukan di negara kita ini apabila ada kira-kira 100 peminat berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat yang lalu demi untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa itu dilihat meratapi sambil membawa bersama lilin dan juga belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi utama kumpulan SHINEE itu.

Foto : AWANI

Apa yang pasti, kita sebagai umat Islam tidak sesekali di benarkan membunuh diri dan mengikut upacara berkabung seperti ini.

Biarlah tahap tekanan setinggi mana sekalipun tetapi jangan di lupa yang itu semua adalah ujian dari Allah SWT dan Allah SWT bukannya kejam untuk memberikan kita ujian yang kita tidak boleh tempuh. Setiap ujian itu adalah di tahap yang boleh kita tanggung dan tugas kita adalah berusaha, bersabar dan berdoa semoga segalanya di permudahkan. Ameen...


7 comments for "KIM JONG HYUN SHINEE UCAP SELAMAT TINGGAL SEBELUM MENINGGAL"

  1. Ramai yg depress,dorg x de arah tuju ambil jalan singkat dgn bunuh diri.Nauzubillah.Semoga kita sentiasa diberikan hidyah bg menangani mslh yg dtg.

    ReplyDelete
  2. pelik kan.. hidup dalam populariti pun tak tenang jugak ..nak buat macam2 mana dorang tak sempat nak jumpa ketenangan yang hakiki..

    ReplyDelete
  3. Jiwa yang tenang adalah rezeki yg tak ternilai harganya.

    ReplyDelete
  4. Tak kenal artis2 ni..kenal yoon eun hye je..

    ReplyDelete
  5. Diorang depress bila jadi hamba kerjaya diorg sendiri.. I pity jonghyun sbb bila research, dia depress sebab peminat kawal love life dia, dia pernah putus cinta just sebab peminat tak sokong.. So I would just conclude, they're being slave to survive in their own country..

    ReplyDelete
  6. dia dah pilih cara utk dia pergi utk selamanya.
    dan bunuh diri ada berdosa dalam agama islam.
    mari kita semua berdoa meminta perlindungan daripada Allah SWT semoga kita
    dilindungi dan sentiasa berada dlm rahmat Allah.
    istighfar banyak2...mmg terkejut aaa baca news jonghyun ni.

    ReplyDelete
  7. orang yang akalnya sihat tak akan bunuh diri. depresi ni memang bahaya, so kena look ou for each other. If famili or kenalan ada tanda depresi ni kita kena bantu.

    ReplyDelete