Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENU SEDAP UNTUK IBU PANTANG BERSALIN

Assalamualaikum ualls... Hari ini minggu ke-2 aku berpantang. Seperti biasa aku berpantang di bawah jagaan suami dan suka untuk aku kongsikan apakah menu yang telah suami aku sediakan selama tempoh aku berpantang ni. 

Mungkin resepi ini dapat di jadikan panduan untuk para suami lain di luar sana untuk menyediakan makanan berpantang untuk para isteri ualls... don't worry masakan untuk ibu berpantang ni cukup-cukup mudah untuk di sediakan.

 Inilah antara menu yang ku makan semasa sedang berpantang ni....

NASI KANJI + CENCARU BAKAR + SAYUR SAWI
NASI KANJI + SUP AYAM

Resepi NASI KANJI dan cara memasaknya
Segenggam beras di masak bersama dua cawan air. Masak dengan api perlahan sehingga air hampir kering. Setelah itu, masukkan secawan air lagi dan kacau sehingga nasi tersebut menjadi hancur. Nasi begini bagus untuk ibu yang baru lepas bersalin bagi mengelakkan sembelit.

** BACA JUGA : TIPS ELAK SEMBELIT LEPAS BERSALIN


Resepi IKAN CENCARU BAKAR dan cara memasaknya
Pada minggu pertama aku hanya makan ikar bakar. Antara ikan favourite yang aku suka makan ketika sedang berpantang ini adalah:
  • CENCARU
  • SELAR
  • GELAMA
  • HARUAN
Haruan suka di makan sebagai sup. Cencaru, gelama dan selar aku suka makan yang di bakar. Nak bakar of course lah tak susah mana. Hanya perlu bersihkan, letak garam kunyit dan terus bakar di atas bara api hingga masak. Simple je kan?

** BACA JUGA : 10 JENIS IKAN YANG BOLEH DI MAKAN TIKA BERPANTANG


Resepi SAWI MASAK AIR dan cara memasaknya
Aku ni dalam kategori pantang moden jadi memang aku suka makan sayur. Tapi ingat tak semua jenis sayur boleh di makan ketika dalam pantang ni. Sebab itu suami aku hanya berani beri aku makan sayur sawi je. Sayur lain dia tak berani nak beli dan masak untuk beri aku makan. Sayur sawi ni boleh di pelbagaikan dengan macam-macam cara masakan tetapi aku paling suka yang di masak rebus je.

Caranya, ambil 1/2 genggam sayur sawi dan bersihkan. Kemudian didihkan satu cawan air di dalam periuk dan masukkan dua ulas bawang merah (di tumbuk kasar-kasar), 7 biji lada hitam (tumbuk kasar-kasar), dan sedikit garam. Masak sekejap hingga sayur layu dan tutupkan api.

Resepi SUP AYAM dan cara memasaknya
Sup ayam untuk orang berpantang dengan orang tidak berpantang lain ye. Untuk sup ayam berpantang, bahan yang di gunakan adalah lebih simple dan cara memasaknya juga lebih senang dan cepat.

Didihkan 2 cawan air. Kemudian masukkan 1 bungkus sup tulang (ada bunjut, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang) bererta 1 inci halia (di ketuk), 2 ulas bawang merah (tumbuk kasar), dan 10 biji lada hitam (tumbuk kasar). Bila semuanya telah mendidih, masukkan isi ayam dan biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian bolehlah di perisakan dengan sedikit garam.

Selain daripada sup, ayam juga boleh di masak singgang. Selain daripada tu ayam juga sedap jika di bakar bersama garam dan kunyit di atas bara. Jika dah bosan dengan nasi kanji bolehlah di ubah kepada nasi lembut.

AYAM BAKAR MASAK SERAI
AYAM MASAK SINGGANG

Resepi AYAM BAKAR MASAK SERAI dan cara memasaknya

Bersihkan 2 ketul ayam. Kemudian tumbuk 1/2 inci halia, 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 7 biji lada hitam dan sebatang serai. 

Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam kemudian gaulkan pula bersama semua bahan yang telah di tumbuk tadi. 

Balutkan semuanya dengan kertas timah dan bolehlah di bakar dengan api yang perlahan sehingga masak. 

Kalau nak lagi best, balut dulu dengan daun kunyit kemudian baru balut dengan kertas timah. Wangi giler bau ayam tu nanti :D


Resepi AYAM SINGGANG dan cara memasaknya

Jika dah jemu dengan sup, boleh tukar cara masakan kepada singgang. Seperti biasa caranya mudah saja. 

Hanya perlu sediakan 2 cawan air di dalam periuk kemudian masukkan 1/2 sudu biji rempah (tumbuk kasar), 5 biji cili kering (tumbuk hingga lumat), 3 ulas bawang putih (di ketuk), 2 keping asam jawa dan 1 inci lengkuas (di ketuk). 

Apabila semua bahan tadi mendidih, masukkan ayam yang telah di bersihkan. Biarkan sehingga isi ayam masak sepenuhnya dan bolehlah di perisakan dengan sedikit garam.

Yang paling penting, jangan sesekali takut untuk minum air kosong dengan kuantiti yang secukupnya. Terutama untuk yang menyusu badan.


Jemput join Telegram rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


9 comments for "MENU SEDAP UNTUK IBU PANTANG BERSALIN"

  1. Boleh bookmark ni. Annur pun tak lama dah due nya..bln 3 ni insyaAllah. Boleh mintak tlg asben sediakan

    ReplyDelete
  2. bagusnya suami awa masakkan menu berpantang. so sweet! siapa kata lelaki kelate x romantik?

    ReplyDelete
  3. tetiba rindu nak makan makanan orang berpantang...hihih

    ReplyDelete
  4. awaaaaaa.. kenapa sedap sgt tuuuuuu.. ni bukan berpantang ni.. haha.. pantang nampak.. ekekeke

    ReplyDelete
  5. kita yang tak berpantang pun terliur tengok ayam bakar. hihi. selamat berpantang sis awa!

    ReplyDelete
  6. slmt berpantang ye sis hawa..tq for sharing

    ReplyDelete
  7. menyelerakan walaupun menu org berpantang aje

    ReplyDelete