Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

2018 - Hadir Bersama Harapan

Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru.... Kenangan di tahun 2017 terlalu banyak untuk aku lupakan tapi mujurlah ada blog ini untuk aku catatkan sebagai ingatan yang tak akan pernah padam.

Bila sebut je tahun baru mesti akan terlintas soal azam kan? Tapi sebelum nak pasang azam baru tu, ualls punya azam yang lama macamana? Berjaya di laksanakan atau pun tidak?

Bagi aku yang dah makin bertambah usia ni, soal menanam azam sudah tidak sehebat dulu. Semakin bertambah usia semakin terasa dekat pula dengan Yang Maha Esa. Teringat juga pada kata pepatah. "rumah kata pergi, kubur kata mari'. Huhu...

Walaubagaimanapun, sebagai seorang blogger aku agak teruja untuk menyambut tahun 2018 ini. Lebih tepat lagi aku tak sabar nak tunggu tarikh 14 Jan 2018 kerana pada tarikh itu nanti blog aku yang tidak seberapa ni akan menyambut ulangtahunnya yang pertama. Yahooo... suka suka suka!!
Tak sangka, aku telah berjaya juga menulis di dada blog ini selama setahun secara konsisten.

Pada ualls semua yang sudi singgah ke sini selalu, terima kasih banyak aku ucapkan. Maafkan juga segala salah silap terlajak bahasa ketika menaip. Ampunkan juga jika aku tak sempat nak beri kunjung balas di blog ualls tu. Niat hati hari-hari nak jenjalan blogwalking ke blog kengkawan baru dan lama tapi apakan daya, masa masih belum menyebelahi lagi.

Dari jauh aku doakan moga tahun baru ini akan memberi sinar kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan untuk ualls semua. Ameen...


HARI INI ADALAH KENYATAAN, SEMALAM ADALAH KENANGAN
ESOK ADALAH IMPIAN 


Salam sayang, Sis Hawa

9 comments for "2018 - Hadir Bersama Harapan"

  1. Selamat menyambut kedatangan tahun 2018

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru. semoga dimurahkan rezeki tahun ni hehe

    ReplyDelete
  3. kita pun ada sambut gak bulan januari ni hahahha

    ReplyDelete
  4. Dah tak lama tu nak setahun. Budak kalau setahun baru nak belajar jalan kan kak? Tapi setahun akak bagi ira dah pandai marathon gituh. Huhu. Syabas dan tahniah kak. Moga terus berjaya dah terus dilimpahi rezeki :D

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru sis hawa , moga terus sukses dalam apa jua perkara

    ReplyDelete
  6. Bila baca tajuk entri, rasa nak nyanyi lak. Tak tahu nape :D Selamat menyambut ulangtahun kelahiran blog sis Hawa. Buat Siqah pun nak tengok date blog Siqah lahir. Serius tak ingat nanye. Hehe.

    Semoga tahun 2018, akak lebih berjaya dan dilimpahkan kebahagiaan dan rezeki. Ameen.

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru Sis Awa..semoga kita terus maju dan lebih menjadi seorang yang baik dan memberi kebaikkan kepada orang lain..

    ReplyDelete