Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

40 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu

Nak tahu hal sebenar tentang diri wanita tidak susah. Di sini aku kongsikan fakta-fakta menarik tentang perempuan. Fakta ini bukan dari segi penampilan seperti perempuan suka bawa tas tangan, pakai jam, suka kasut tumit. Tapi aku kongsikan fakta tentang perempuan yang berkaitan dengan 'percintaan'.

Fakta tentang perempuan berkaitan percintaan ini aku bahagikan kepada beberapa kategori untuk lebih mudah faham. 

Jom kita lihat apakah fakta menarik tentang perempuan yang wajib lelaki ambil tahu. Wahai si lelaki lelaki di luar sana, sila  baca dan jadikan panduan ya.



40 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu 

Jika korang rasa pening kepala sebab tak faham tentang perempuan, di sini ada beberapa fakta tentang perempuan yang telah disenaraikan.

Ini memang sifat semulajadi wanita. Apa yang perempuan nak sebenarnya, inilah dia. 

SAAT PERKENALAN

1. Perempuan suka di pikat
2. Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang suka bergurau
3. Walau hati tertarik tapi perempuan akan main tarik tali.
4. Suka tunjuk jual mahal sedangkan dalam hati nak.
5. Sengaja manjakan suara tika bercakap di talian telefon.
6. Sering berlagak macam diri banyak peminat.
7. Bertambah jatuh hati jika terasa diri di sayangi dan dilindungi

SAAT DALAM PERHUBUNGAN

8. Perempuan akan mula cambahkan rasa sayang
9. Sangat mudah berasa cemburu.
10. Kalau boleh mahu umum siapa kekasihnya pada satu dunia
11. Akan mula memasak dan lain-lain untuk menunjuk kepandaian.
12. Bersikap baik sehabis daya.
13. Akan cuba mengambil hati ibu ayah kekasihnya semampu yang boleh.
14. Suka merajuk untuk minta di pujuk. Kadang merajuk yang sengaja di buat-buat. 
15. Mood swing bila datang period
16. Andainya sudah putus, hati masih sayang tapi rasa sakit hati melebihi segalanya


SETELAH BERKAHWIN

17. Isteri akan mula berlaku jujur, setia seikhlas hati.
18. Jangan sesekali pandang perempuan lain
19. Jangan sesekali cakap isteri sudah gemuk atau tak cantik lagi.
20. Lebih suka tinggal di rumah sendiri daripada rumah mertua.
21. Tidak suka diri di arah itu dan ini.
22. Akan masak menu yang sama berulang kali jika suami puji sedap.
23. Ada hari terlajak malas.
24. Ada hari terlebih rajin.
25. Seronok jika dapat makan luar seminggu sekali (cuti masak)
26. Teruja jika dapat pakai warna baju yang sedondon.
27. Nak pegang tangan untuk tunjukkan kemesraan pada umum sebagai the best couple ever!
28. Jangan sesekali lupa tarikh lahir kami
29. Beritahu kami 2 jam lebih awal jika tak mahu lewat


KETIKA MENGANDUNG

30. Mood akan sentiasa berubah
31. Mahu semakin di belai suami
32. Sangat suka jika perut di pegang suami
33. Mahu tidur beralaskan lengan suami
34. Mahu makan macam-macam dengan alasan takut kempunan
35. Terasa nak makan itu ini tapi dalam masa yang sama takut gemuk
36. Sentiasa berbicara dengan anak di dalam kandungan
37. Pinggang dan kaki akan mula terasa sakit, seronoknya jika suami boleh urutkan
38. Teruja tunggu masa untuk shopping barang baby
39. Nervous dan takut apabila tarikh untuk melahirkan semakin dekat


APABILA TELAH MENJADI IBU

40. Anak sendiri adalah yang paling comel di atas muka bumi ini =D


Kesimpulan

Apa yang tertulis di sini adalah berdasarkan pengalaman ku sendiri sebagai seorang perempuan dan semoga apa yang telah di senaraikan di sini dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk bakal-bakal suami dan juga para suami di luar sana. 

Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis. Tapi dalam banyak-banyak pujian, dipuji oleh suami atau kekasih sendiri adalah yang paling baik. Tak kan lupa sampai bila-bila.

Satu lagi fakta yang menarik tentang perempuan, kebanyakan dari kami adalah ratu drama. Kalau tengok drama tu, bukan sekadar fokus pada episod tayangan semasa jer, siap dah bayangkan kesudahannya macam mana. 

Itulah serba sedikit fakta tentang perempuan dan semoga ikatan yang di bina akan kekal sehingga ke jannah, aamiin. 

7 comments for "40 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu "

  1. mood terlebih rajin tu, i ols lah tu kan!kahkahkahkah!

    ReplyDelete
  2. ada hari terlajak mls jugak...sama la jugakk..hihihihi

    ReplyDelete
  3. no..noo..xbuat suara manja tuu.,xreti smpi la nii..ihikss

    ReplyDelete
  4. hee.ada yg sama ada yg x. tp banyak yg sama.

    ReplyDelete
  5. Elok dibaca org perempuan juga utk mengenali diri

    ReplyDelete