HIGHLIGHT

12 Jan 2018

HAK-HAK ISTERI KE ATAS SUAMI MENURUT PERKAHWINAN ISLAM


Sebagai wanita, aku mahu di cintai dan menyayangi. Bukan hanya aku seorang malah aku yakin semua wanita begitu. Bertambah seronoknya rasa hati jika di kurniakan seorang suami yang dapat mencurahkan kasih sayang secara ikhlas dan jujur setia. Setelah berkahwin, wanita yang telah bergelar isteri ini akan mempunyai hak ke atas sang suami. Hak yang di tegaskan di dalam agama Islam tergolong kepada dua kategori iaitu:

  • Hak yang berkaitan dengan masalah harta
  • Hak yang tidak berkaitan dengan masalah harta

Hak yang berkaitan dengan masalah harta ini adalah mahar dan nafkah. Manakala bagi hak yang tidak berkaitan dengan masalah harta pula adalah dari aspek layanan suami terhadap si isteri.

1. MAHAR
Mahar adalah hak isteri yang telah di tetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah. Ia bukannya satu rekaan semata-mata. Malah Allah SWT sendiri telah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 4 yang bermaksud:
Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
 
Antara benda yang boleh di jadikan sebagai mahar di dalam sesebuah perkahwinan adalah:
  • Matawang
  • Barangan perhiasan diri seperti cincin, gelang tangan, pakaian dan sebagainya
  • Pekerjaan seperti menghafaz AlQuran
  • Makanan
  • Dengan memerdekakan
Mahar adalah hak mutlak seorang isteri dan si suami tidak boleh mengambilnya sesuka hati melainkan jika si isteri itu sendiri sudi memberikannya secara relahati tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, si suami boleh berhutang mahar kepada isterinya dengan syarat si suami wajib melunaskan hutang tersebut. Suami yang tidak mahu melangsaikan hutang mahar ini terhadap isterinya akan di ancam oleh Allah SWT dengan ancaman yang sama terhadap orang lain yang berhutang dengan niat tidak mahu membayarnya padahal mampu untuk membayar.

Mungkin ada suami yang terlupa setelah berhutang mahar ini kerana sudah hidup sebagai suami isteri dalam satu jangka masa. Dalam situasi ini si isteri boleh memperingati si suami tentang hutang tersebut.

Walaubagaimanapun, mahar yang rendah adalah lebih baik dan menurut Saidatina Aisyah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda; "Nikah yang paling besar barokahnya itu adalah yang murah maharnya." (HR Ahmad 6/145) 

2. NAFKAH
Nafkah juga tergolong kepada dua kategori iaitu:
  • Nafkah Zahir
  • Nafkah Batin 

Syarat-syarat mendapatkan nafkah adalah :
  • Akad nikahnya sah
  • Isteri menyerahkan dirinya kepada suami
  • Isteri melayan suami
  • Isteri tidak menolak di ajak berpindah ke tempat yang di pilih suami
  • Isteri memiliki kemampuan untuk melayani suami

a. NAFKAH ZAHIR
Nafkah zahir adalah tanggungjawab yang perlu suami  sediakan untuk isterinya. Nafkah zahir ini merangkumi tempat tinggal, pakaian dan makan minum. Nafkah ini bergantung pada tahap kemampuan si suami. Suami juga tidak boleh memberi makanan dan pakaian isterinya lebih buruk daripada apa yang di makan dan di pakainya.

Walaubagaimanapun, seorang isteri tidak boleh meminta-minta apa yang di luar kemampuan suaminya. Tetapi.... sekiranya si suami itu mampu memberi lebih tetapi sengaja tidak tidak di berikan (kedekut dan sebagainya) maka si isteri boleh mengambil harta suaminya sekadar yang cukup untuk kegunaannya. Jangan pula ualls pergi ambil duit dari kocek suami untuk pergi shopping barang kemas atau beri kepada orang lain... itu cari penyakit namanya =D

b. NAFKAH BATIN
Nafkah batin adalah hubungan intim (persetubuhan).

Firman Allah SWT:

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui- Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)


Di dalam Islam, si isteri boleh menolak permintaan suaminya dengan baik dan penuh sopan tetapi penolakan itu haruslah di sebabkan keadaan darurat seperti dalam tempoh berpantang selepas melahirkan (nifas), haid, dalam ihram dan sebagainya. Selain daripada itu keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan turut boleh membolehkan si isteri menolak daripada melayan si suami. Sebagai contoh, penat berkerja, mengantuk yang teramat sangat dan stress.

Sekiranya si suami tidak boleh bertolak ansur sehingga ke tahap memukul dan memaksa si isteri dengan kekerasan maka si isteri boleh membawa perkara ini kepada pihak pengadilan dan pihak mahkamah akan memberikan hukuman yang sepatutnya.

Namun, harus di ingat! Isteri harus melayani suami kerana kegagalan isteri untuk memenuhi kehendak suaminya boleh menyebabkan berlakunya kecurangan di dalam rumahtangga. Isteri yang tidak menjaga kebersihan, daya penarik dan pesonanya boleh mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Jika pada suatu malam si isteri sengaja menolak permintaan suaminya untuk bersama sehingga suaminya marah, lalu suami meninggal pada malam itu maka si isteri akan di seksa di neraka meskipun si isteri terbabit seorang yang sangat rajin solat dan berpuasa.

Rasullullah SAW pernah bersabda:
"Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke bilik tidur lalu isterinya menolak, sehingga dia tidur dalam keadaan marah kepada isterinya, maka malaikat melaknat isterinya itu sehingga pagi" (HR. al-Thabrani dan Ibnu Khuzaimah)


3. LAYANAN
Layanan adalah perkara yang tidak kurang pentingnya di dalam sesebuah ikatan rumahtangga. Si suami perlu menghormati dan berlaku baik dengan isterinya. Si suami juga perlu memberikan perkara-perkara yang baik mengikut tahap kemampuannya dan bersabar atas kekurangan yang ada pada si isteri.

Allah SWT berfirman:
"Bergaullah dengan mereka secara baik. Jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-nisaa':19)

Berlaku baik, menyayangi dan mengambil berat akan isterinya adalah salah satu akhlah yang di puji dan dapat memupuk perasaan indah berumahtangga. Suami boleh memuliakan isterinya dengan cara bergurau senda dan bercanda. Rasullullah SAW sendiri suka bergurau senda dengan isterinya, Aisyah RA.

Para suami juga harus menasihati dan mengarahkan isterinya kepada kebenaran jika si isteri telah melakukan kesalahan. Wanita lebih di pengaruhi oleh emosi  daripada akalnya sedangkan lelaki lebih di pengaruhi oleh akal daripada emosinya. Ke dua-dua perwatakan ini harus saling melengkapi.

Nasihatilah isterimu dengan baik. Sebab, wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok, dan yang paling bengkk di tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika engkau hendak meluruskannya, ia patah, dan jika engkau membiarkannya, ia tetap bengkok. Jadi, nikmatilah isterimu walaupun keadaannya demikian." (HR- Al-Bukhari dan Muslim)

Moga-moga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info dan panduan untuk mendapatkan rumahtangga yang bahagia mengikut Islam. 

5 comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian yang berguna sis.. Insha Allah akan dipraktiskan dalam rumahtangga saya,..

    ReplyDelete