HIGHLIGHT

21 Jan 2018

KAMI BLOGGER SATU MALAYSIA

Assalamualaikum ualls... Kami BLOGGER 1 MALAYSIA! Ya.. betul... kami ni nama jer penulis blog dari pelbagai negeri tapi hakikatnya kami semua berkawan-kawan dan tiada istilah perkauman. Walau aku ni dari team #bloggerpantaitimur namun itu tak bermakna aku hanya bersahabat dengan rakan-rakan penulis blog dari Kelantan Terengganu dan Pahang saja.


DUNIA BLOG TIDAK BESAR
Dunia blog ini bagaikan bumi yang bulat. Ke sana ke sini pasti akan terserempak dengan nama-nama penulis blog yang di kenali. Tidak di nafikan ada blog yang daku belum sempat nak kenal-kenal namun tak bermakna tak boleh nak bertegur sapa. Jika salam di hulur pasti akan di sambut dengan tangan yang terbuka tambahan pula aku ni rasanya dalam kategori peramah juga. Malah jenis cakap banyak pun, ops.. dengan perempuan je la. =D

TUMPANG GEMBIRA
Sejak aku lahirkan Kasih, satu-satunya puteri yang sekian lama di nanti.... ramai blogger telah menghantar hadiah untuk Kasih. Ya Allah terharu sangat rasanya. Terasa bagaikan dunia menulis blog ini seperti sebuah ahli keluarga yang besar. Ucapan tahniah masih lagi di terima sehingga ke hari ini walaupun Kasih sudah berusia hampir dua bulan.

ANTARA HADIAH YANG DI TERIMA
SET BAJU BABY dari MIMIE, KL [www.mlcasaservices.com]

ROMPER BABY dari MRS.PIP, Sabah [www.mrspip.com]

BAJU + FLASHCARD dari MRS.LIEZ, Selangor [www.mrsliez.com]


TUALA BERSULAM NAMA dari KAK NOOR, Selangor [www.sulamancomel.com]

SALING BANTU MEMBANTU
Baru-baru ni aku dan beberapa rakan yang lain dapat satu job dari Kuala Lumpur dan di sebabkan kami ni tinggal jauh dari KL maka nak tak nak terpaksa minta bantuan dari team blogger yang ada di sana dan alhamdulillah... ramai yang sanggup membantu untuk terima job tersebut bagi pihak kami dan poskan apa yang patut pada kami di sini. Tiada apa-apa ganjaran pun yang di minta. Itulah dia sahabat namanya.

Terima kasih..... terima kasih banyak-banyak dan semoga di murahkan lagi rezeki... Pada yang baru nak berjinak-jinak dengan blog, selamat datang di ucapkan dan semoga beroleh kejayaan. 

Ameen... 


6 comments:

  1. Betul. Inspirasi sangat ! Kita bernafas pun guna udara yang sama je nak sombong ke mana lah sangat hehe.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dari team BPT. hee :)

    ReplyDelete
  3. Betul sangat sis..1malaysia mana-mana pun kita tetap 1 bumbung

    ReplyDelete
  4. baik2 semua rakan blogger..ramai yg sayang kasih ye....bila nak tengok wajah comel si kasih tu awa..nampak sipi2 jer hihi

    ReplyDelete
  5. Klau nama blogger, ceruk mn duduk pun, group mn pun mmg xkisah.. buat baik dibalas baik.. insyaaALLAH mengeratkan silaturahim

    ReplyDelete
  6. semua blogger ekin kenal.. Support kalau depa x support kita tak pe hihihihi

    ReplyDelete