Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KOPI CINTA by SISHAWA - BAB 8


Honey sudah semakin sihat makanya aku akan kembali berkerja seperti biasa bermula hari ini. Selepas bersarapan dengan emak dan Honey, aku mula menapakkan kakinya ke kafe seperti biasa. Sedang asyik melayan keadaan sekeliling, tiba-tiba telefon bimbit berdering. 

Aku : Hello.
Pemanggil : Hello... Assalamualaikum Cik Dhia, ini Mira.

Oh panggilan daripada salah seorang pekerja rupanya.

Aku : Waalaikumsalam... ada pa Mira?
Mira : Cik Dhia masuk kerja tak hari ni?
Aku  : Ya, saya akan datang kerja hari ni. Saya dah on the way pun. Ada apa Mira?
Mira : Cik Dhia tolong datang cepat sikit ya. Teman lelaki cik dah lama tunggu.

Teman lelaki? Bila masa pula aku ada teman lelaki? Aku salah dengar ke apa ni?

Aku : Awak cakap siapa yang sedang tunggu saya tadi?

Mira : Teman lelaki cik Dhia la, siapa lagi. Okaylah cik Dhia. Ada pelanggan baru masuk lagi ni. Cik Dhia datang cepat ya.
Aku :  Hmmm baiklah.

Aku memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam tas tangannya. Kepala mula berdenyut-denyut memikirkan siapakah gerangan yang dengan sewenang-wenangnya sesuka hati sesedap rasa yang berani mengakui diri ini sebagai teman wanitanya. Kurang asam sungguh! 

             989369nkhwxrd6yq.gif
Sebaik saja tiba di kafe, aku cuba mengintai dari balik cermin kaca melalui luar kafe namun tidak nampak kelibat sesiapa pun yang agak mencurigakan di dalam kafe tersebut. Ketika itu hanyalah ada sepasang suami isteri dan dua orang wanita separuh umur sedang menikmati sarapan di dalam Kafe Cinta.

Mana pula mamat yang mengaku sebagai boyfriend aku ni? Tak ada pun. Ini mesti Mira saja nak kenakan aku. Nakal betul Mira ni, sengaja nak main-mainkan aku ya. Siaplah kau Mira. Aku percepatkan langkah dan masuk ke dalam kafe untuk menghukum Mira yang nakal.

Sebelum sempat menghukum Mira, dengan tidak di sangka-sangka Mira dulu yang bersuara.

"Cepatnya Cik Dhia sampai. Ni mesti sebab tak sabar nak jumpa si buah hati kan?" kata Mira dengan suara yang gembira.

Eh eh budak ni. Ada saja idea dia nak kenakan aku ya. Takpe, orang nak main gendang tak ada salahnya ikut menari.

"Yelah. Dah lama saya cuti mestilah tak sabar. Mana teman lelaki kesayangan saya tu?" ucapku tanpa sebarang syak wasangka yang lain.

"Sudah dua hari dia datang sini tapi cik Dhia kan sedang bercuti. Kesian dia. Hari ini dia datang lagi. Awal betul dia sampai pagi ni. Kenapa cik Dhia tak beritahu dia dalam telefon? Kesian dia perlu datang sini tiap-tiap hari." kata-kata Mira ini membuatkan aku berasa makin pelik. 

"Mula-mula dia datang dulu, dia cuma cakap nak mencari salah seorang pekerja perempuan kat sini dan saya sama sekali tak curiga apa-apa. Lepas dia beri gambaran saya yakin orang yang di carinya tu  adalah cik Dhia. Tapi bila saya lihat dia sanggup datang ke sini selama tiga hari berturut-turut saya dah mula syak. Bertuah betul Cik Dhia dapat pakwe handsome! Kaya pula tu! Kalah Zul Ariffin." cara Mira bercerita dengan penuh rasa ghairah telah membuatkan aku bertambah bingung.

"Pergilah cik Dhia... dia dah lama tunggu tu. Kesian dia." 

Betul ke apa yang Mira ni cakap?

Ini semua bukan lawak jenaka ker?

Lelaki yang mengaku sebagai teman lelaki aku ni benar-benar wujudkah?

Satu demi satu persoalan bermain di dalam kepala hingga menyebabkan aku berasa seperti orang sudah hilang akal. Kemarahannya mula menyerbu keluar secara tiba-tiba.

"Cik Dhia..!! Lor... kenapa tercegat lagi kat sini? Pergilah lekas. Dia tengah tunggu cik Dhia tu." Gesa Mira dengan perasaan yang penuh teruja.

"Mana dia?" tanyaku pada Mira.

"Tuuuuuu.... kat sana tu..." Mira menundingkan jarinya ke satu arah.

 989369nkhwxrd6yq.gif

Aku terus menolah ke arah yang di tunjukkan oleh Mira. Kelihatan dari jauh seorang pemuda sedang tersenyum dengan lebar ke arahku. 

Aku rasa macam tak ada siapa-siapa pun kat situ tadi. Bila masa pula dia masuk dan tercegat kat situ? Tak perlu nak buang masa, perhitungan perlu segera dilakukan. Harapkan muka saja hensem tapi akal tak ada. Dia ingat aku ni anak patung, anak kucing atau anak gajah yang boleh dia mengaku aku ni kekasih dia sesuka hati.

Namun semakin dekat aku mendekati meja yang sedang diduduki oleh lelaki itu, semakin laju pula degupan jantung ini.  

"Awak ni siapa? Kenapa cari saya? Saya ni ada hutang dengan awak ker? Awak bukannya saudara saya jadi kenapa mesti tunggu saya macam ni? Nak kena karate?" Aku terus mengajukan soalan  seperti machinegun yang baru di isi dengan peluru. 

Tapi, lelaki ini hanya tergelak lalu menarik kerusi yang berdekatan dan memintaku untuk duduk. Kalau diikutkan hati, aku nak terus pergi dari situ tapi bila fikirkan ini adalah tempat kerjaku dan ini juga tempat aku sendiri, maka aku hanya diamkan diri sebentar untuk tahu kisah sebenar bersama sebuah jelingan yang tajam. 

"Awak siapa?!" sekali lagi ku tanya dengan nada yang lebih tinggi sebagai tanda tak puashati. Namun sayang soalan yang diajukan sama sekali tidak berjawab sebaliknya dia hanya merenung dengan pandangan yang cukup mendebarkan.

"Awak pekak ye? Bisu? Ataupun..... awak ni tengah di landa sindrom datang bulan?!" soalan kali ini datang dengan rasa yang agak meluat.

Lelaki itu mula ketawa terbahak-bahak. Yelah, dia kan lelaki. Boleh pula aku ni tanya sama ada dia sedang datang bulan. Bodoh betul aku ni, tak pasal-pasal diri sendiri yang terasa malu. 

"Awak betul-betul nak tahu siapa saya?" akhirnya lelaki ini bersuara juga, aku mengangguk. 

"Awak betul-betul tak ingat siapa saya?" lelaki ini bertanya lagi dan kali ini aku menggeleng. 
 
Melampau betul, sepatutnya aku yang perlu tanya dan di jawab, alih-alih dia pula yang tanya soalan dan aku perlu jawab. 

Tapi renungan lelaki ini benar-benar membuatkan aku rasa bagai nak gila. Lemah longlai seluruh sendi. Pandangan lelaki ini benar-benar membuatkan jantung ini berdebar-debar bagaikan baru selesai berlari seratus meter. 

"Awak ingat lagi tak ada seorang lelaki langgar awak beberapa minggu yang lepas. Lelaki tu sedang lari sebab di kejar oleh orang jahat." 

"Ingat!" jawabku ringkas. 

"Awak betul-betul tak cam saya?" soalnya lagi. 

Aku mula mengamati wajah lelaki ini dari atas ke bawah sebanyak beberapa kali. "Awak lah yang langgar saya kan?" kali ini aku dah betul-betul ingat.

"Awak okay? orang jahat tu macamana?" kali ini aku terasa sedikit lega.

" Mereka semua sudah di tangkap polis. Saya ingat lagi awak beritahu saya yang awak kerja kat sini. Itu yang saya datang cari awak ni."

" Tapi kenapa mesti awak mengaku yang awak ni pakwe saya?" yelah kalau dia tak datang pun, ada ku kisah? Tapi kenapa mesti kenalkan diri sebagai teman lelaki? Hal ini agak melampau! 

"Eh! Bila masa saya cakap saya ni pakwe awak? Saya tak ada cakap macam tu pun." penjelasannya membuatkan aku makin rasa berdebar semula. Malunya aku.

Tapi tadi Mira cakap.. Ish.. ni mesti si Mira ni suka-suka hati buat andaian sendiri. Aduh! malu... malu... mana lah nak letak muka ni..

" Eh tak ada apa-apa lah.. saya gurau jer tadi tu.. Pekerja saya cakap dah dua kali awak datang cari saya kat sini.. kenapa ya? " kali ini aku bertanya dengan nada yang rendah dan baik.

"Saya...saya nak menjemput awak ke majlis harijadi saya.." katanya. 

"Oh... nak jemput ke majlis harijadi. Saya ni kalau bab makan-makan memang tak akan tolak punya. Tapi, kita kan baru kenal. Tak sesuai kot!"

"Malam ni awak mesti datang."  katanya dengan serius.

" Malam ni? Kalau malam ni macamana nak pergi? Mana sempat nak beli hadiah.. Nak tukar baju.. Nak bersiap.. Nak drive lagi." Agak masuk akal alasan ini, yelah malam ni? Hakikatnya mana mungkin daku boleh percayai mana-mana lelaki yang baru pernah jumpa, itupun secara kebetulan. 

"Tak ada tapi-tapi.. malam ini saya akan jemput awak kat sini pukul sembilan." Dia terus bangun 

"Eh... nanti! Nanti...!" Tapi, panggilanku sama sekali tidak di layan. Lelaki itu terus bangun dan keluar dari cafe meninggalkanku yang masih terpinga-pinga seorang diri.


1 comment for "KOPI CINTA by SISHAWA - BAB 8"