HIGHLIGHT

8 Jan 2018

CARA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM BERLANDASKAN ISLAM

Setiap pasangan yang telah bernikah, bukan berkahwin tetapi bernikah yakni dengan adanya ijab dan kabul yang sah semestinya akan melakukan hubungan intim terutamanya pada malam pertama. Dalam erti kata lain melakukan persetubuhan (hubungan seks). 


Di dalam Islam topik berkaitan hubungan intim ini bukanlah sesuatu hal yang tidak patut di bicarakan sama sekali malahan terdapat beberapa perkara sunat berkaitan persetubuhan mengikut Islam yang harus dilakukan oleh setiap pasangan suami isteri.

Antara langkah untuk melakukan persetubuhan berlandaskan Islam adalah....

1. Suci daripada hadas kecil.

2. Sunat untuk mengambil air sembahyang terlebih dahulu. 
3. Bersihkan diri sepenuhnya (mandi) dan pakailah wangi-wangian.
4. Berdandan dan kenakan pakaian yang mengghairahkan untuk meningkatkan nafsu suami
5. Sunat melakukan persetubuhan pada malam Isnin dan malam Jumaat. 
6. Sunat bersetubuh di waktu yang bersedia (tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang)
7. Sunat bersetubuh dengan di mulai oleh cumbu-cumbuan.
8. Sunat bersetubuh di dalam satu selimut (tidak boleh tanpa bertutup sama sekali.)
9. Sunat membaca Bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.
10. Setelah selesai, segerakan mandi junub. Jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat untuk membasuh kemaluan dan mengambil wudhu'.
Moga-moga dengan panduan ini kita akan beroleh anak yang soleh dan solehan dan semoga juga rasa cinta antara suami dan isteri itu akan kekal sehingga ke jannah... 
Ameen

4 comments:

  1. InsyaAllah..semoga kita menjaga adab walau dalam apa jua keadaan sekalipun

    ReplyDelete
  2. InshaAllah. Setiap apa yang kita lakukan, adab perlu dijaga. TQ for sharing sis Hawa :)

    ReplyDelete