Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PROLONG JAUNDICE - DI LEMA IBU UNTUK BAYI BERDARAH O

Assalamualaikum ualls...
Hari ini sudah sebulan lebih aku berpantang. Ini bermakna sudah lebih sebulan usia Kasih dan selama sebulan jugalah Kasih menghidap jaundis. Dalam erti kata lain prolong jaundice.


Dalam masa sebulan lebih ini pelbagai tips dan petua telah aku cuba tetapi takada yang menjadi. Mungkin bukan rezeki Kasih untuk itu. Disebabkan tahap bilirubin Kasih belum stabil maka suka ataupun tidak aku dan MrQamar sentiasa berulang alik ke hospital dalam masa sebulan ini untuk sesi mengambil darah. Nyaris jugalah Kasih hendak di masukkan ke hospital.

Pada mulanya Kasih di ambil darah pada bahagian tumit kaki setiap hari selama hampir seminggu. Kemudian selang beberapa hari dan bila umur Kasih sudah menjangkau 14 hari maka doktor meminta izin aku untuk mengambil darah Kasih dengan kuantiti yang lebih banyak untuk di hantar ke makmal. Kali ini aku lepaskan Kasih pada nurse dan doktor yang bertugas. Aku tak sampai hati nak temankan Kasih di dalam bilik doktor. Aku tak tega nak lihat tangan Kasih yang berurat halus itu untuk di masukkan dengan jarum.

Nyaring suara tangisan Kasih menyebabkan airmata aku pecah. Sedih hati lihat Kasih yang masih kecil di suntik dengan jarum yang hampir sama size dengan urat tangannya namun demi untuk masa depan Kasih aku relakan saja. Tambahan pula aku sudah pernah lalui dugaan yang lebih hebat saat anak ke tigaku di maklumkan punya masalah bengkak buah pinggang satu masa dulu.

Selepas memberikan darah, aku perlu menunggu result dari pihak hospital. Debaran menunggu result juga bukan main hebat. Tapi aku tetap bersyukur kerana susu aku sudah keluar dengan banyak tidak seperti sebelum ini.

Akhirnya hari yang di nanti-nati telah tiba. Syukur alhamdulillah... doktor sahkan darah Kasih normal dan tiada apa yang mencurigakan namun.... aku di minta untuk menghantar urine Kasih pula untuk pemeriksaan. Lebih detail kata doktor... Aku sebagai ibu hanya mengikut saja demi masa depan Kasih.

BUKU CHECK-UP KASIH YANG PENUH DENGAN PELBAGAI BORANG TEST DARAH & URINE


08.01.2017
Aku dan MrQamar ke hospital lagi. Dalam hati hanya tuhan saja yang tahu. Dup dap dup dap macam nak pergi berperang. Resah gelisah dalam hati menyebabkan aku tak senang duduk. Biasalah, hospital kerajaan ada ramai pesakit maka hampir dua jam juga aku dan MrQamar menunggu sambil bergilir-gilir mendukung Kasih.

Akhirnya.... doktor memberitahu result urine juga normal. Yes yes yes!! Macam nak peluk je doktor perempuan yang comey dan kecil tu. Sekali tengok terus teringat Hanan di #kekasihpaksarela. Hehe

Alhamdulillah.. kini Kasih sudah semakin sembuh dari prolong jaundice yang di hidapinya. Pada rakan-rakan yang mendoakan terima kasih banyak-banyak. Pada yang memberi tips dan petua juga, terima kasih di ucapkan.

Akhir sekali, pada ibu ayah yang punya kategori darah 0 tu... jika anak menghidap jaundice tolong bawa banyak-banyak bersabar.. yang penting susu ibu adalah penawar utama dan susuilah baby sekerap yang boleh walau hingga tak boleh tidur malam dengan lena.

Ualls macamana? Pernah ada pengalaman sebegini tak?


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

13 comments for "PROLONG JAUNDICE - DI LEMA IBU UNTUK BAYI BERDARAH O"

  1. Alhamdulillah... betul tu mmg dugaan bila anak prolog jaundice.. liez dah alami dengan Niyaz. Tapi niyaz kena tahan ke wad 3D2N untuk pemantauan padahal xtinggi pun...but its an experinced

    ReplyDelete
  2. ank saya dua2 prolong jaundis jugak sbb sy darah O....sian sgt tgk abby kena cucuk...last sekali, sy tak g antar klinik da...biar dia baik sendiri

    ReplyDelete
  3. anak sy pun prolong jaundis, sempat la bermalam di hospital.. dugaan betul tiap kali lepaskan ank utk ambil darah di tangan.tabahkan hati dengar ank menangis.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Kasih dah sihat. Yeaaaa ! Dalam masa yang sama takut juga sebenarnya sebab ira golongan darah O huhuu

    ReplyDelete
  5. alahai kesian Kasih, semoga cepat la sembuh segalanya ye kak. akak juga jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  6. kesiannya kasih...dah lah gegirl kesayangan...ahamdulilah kasih dah sembuh...

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah..kasih dah sihat..jaga kesihatan ya sis hawa.

    ReplyDelete
  8. siannyer Kasih...sedih jer baca entry nih..alhamdulillah kasih xde pape,..ibu mane x risau kalau jaundice x baik2..

    semoga besar nnt Kasih baca coretan mama dia kat sini dan dia tau bertapa sayangnya mama pada kasih. semoga besarnya kasih jadi anak yang solehah..amin2

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, kasih dah baik-baik :D

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah kasih dah normal dah.

    ReplyDelete
  11. Sis awa.. anak dilah skrg ni kena prolong jaundice jugak.. sedih sgt bila tgk baby asyik kena ambil darah jer.. 1st experience anak kena prolong jaundice ni..

    ReplyDelete
  12. Salam..my baby pon kena prolog jaundice..sis tolong saya...sedih sangat2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam awak... bawak2 sabar ya.... yg penting bawa gi klinik.. mmg amik darah tu cian kat bby tapi x de cara lain dh awak huhu

      Delete