Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SIAPAKAH SEBENARNYA ISTERI REMY ISHAK?

Sejak berlakon di dalam drama Kekasih Paksa Rela, nama Remy Ishak kembali meningkat naik dan aku percaya mesti ramai peminat drama tersengih seorang diri macam kerang busuk gara-gara teruja dengan lakonan hebat abang Remy kita yang sado tu.

Maka aku pun cubalah search bersama Mr.Google, siapakah sebenarnya isteri kepada Remy Ishak? Namun apakan daya tiada lagi bayangan yang Remy sudah berkahwin cuma hanya ada berita yang mengatakan Remy adalah tunangan kepada Ezza Yusof.


Ezza Yusof adalah pengasas 2morrowbridestory yang giat memperkenalkan produk kasut pengantin.

- Gambar Pertunangan -

Majlis pertunangan tersebut adalah pada tahun 2017 yang lalu. Menurut berita daripada media yang lain, Remy di katakan belum lagi bersedia untuk menamatkan status bertunang ini kepada status perkahwinan dalam masa yang terdekat kerana masih ada banyak lagi cabaran yang perlu di tempuh dalam tempoh bertunang.

Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu. Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami...
Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa. Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

 

Remy Ishak sememangnya agak terkenal dengan sikap suka 'menyepikan' kisah peribadinya daripada umum. Mungkin kerana itulah pelbagai andaian telah keluar di antaranya Remi di katakan telah pun putus tunang sebenarnya selepas itu.

Dalam masa yang sama, ada juga pihak yang berpendapat bahawa sebenarnya Remy sudah pun bernikah secara rahsia dengan Ezza. Apabila di tanya kata Remy dia sememangnya belum lagi bernikah dan masih mencari tarikh yang sesuai.

Yang pasti, masing-masing belum tahu apakah sebenarnya yang tersurat di hati Remy Ishak dan Ezza Yusof. Walaubagaimanapun, aku doakan semoga Remy Ishak dan insan kesayangannya akan beroleh kebahagiaan dari dunia hingga ke jannah... Ameen

2 comments for "SIAPAKAH SEBENARNYA ISTERI REMY ISHAK?"

  1. Pernah juga terbaca kisah ini Awa tetapi setakat kisah pertunangan..
    Tak pasti kisah seterusnya.. Apa pun drama Kekasih Paksa Rela best.
    Layan jugak sesekali lepas balik kerja..

    ReplyDelete
  2. o... dah bertunang rupanya... hehhe... xdan nak flo citer artis. klu blogger tak tulis tak tahu... hehe... nice info

    ReplyDelete