Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SEDAPNYA AIR ASAM PERUT DI RESTORAN WARISAN BONDA - MACHANG KELANTAN


Air asam perut lembu adalah antara menu yang paling popular di Kelantan terutama ketika masa Hari Raya Korban. Cara nak buatnya nampak simple dan aku sendiri pernah minta ibu mertuaku ajar bahan dan cara untuk membuatnya namun rasa dari air tangan yang membuatnya ternyata tidak sama. Air asam perut lembu resepi Kelantan perlu mem'balance'kan antara rasa masin, masam, pedas dan untuk membalancekan tu buat aku failed! Omg...

Di pendekkan cerita, aku ni baru lepas pantang hampir sebulan yang lalu dan tiba-tiba terasa nak makan air asam perut maka bermulalah misi aku bersama Mr.Google mencari di manakah restoran yang ada menyediakan menu ini. Cari punya cari akhirnya Allah SWT pertemukan aku dengan RESTORAN WARISAN BONDA yang di miliki oleh Cik Eyla berlokasi di jajahan Tanah Merah / Machang, Kelantan. 


Perjalanan ke Restoran Warisan Bonda milik Cik Eyla tidak lama kerana lokasinya hanya sekitar 15 minit saja dari Bandar Baru Taman Harmoni. Sampai saja di sana, aku dan keluarga terus di sapa oleh angin petang yang damai di dalam suasana kampung. Makin best bila ada pondok buluh yang di jadikan sebagai salah satu tempat untuk menjamu selera. Hmmm makin syoklah hati aku ni kerana dapat makan makanan tradisi di dalam suasana kampung. Ini baru betul-betul umph!


Sebaik saja duduk kami terus di datangi pelayan yang peramah. Melihat pada menu yang di sediakan, aku dah mula jadi pening kepala. Apa tidaknya, banyak betul menu yang tersedia. Daripada nasi putih dengan lauk pauk, mee bihun sehinggalah nasi goreng. Itu belum masuk tentang minuman lagi. Soal harga, alhamdulillah... sangat-sangat berbaloi dan tidak cekik darah! Hahaha.

Kalau tak percaya, ualls boleh lihat sendiri sebahagian daripada harga menunya kat bawah ni... kan ku dah kata, harganya sangat-sangat berbaloi.


Di sebabkan kepala dah pening dengan pilihan menu yang pelbagai, akhirnya aku meminta pihak Cik Eyla sendiri rekomenkan menu mana yang best. Sambil menunggu makanan tiba, aku berikan dulu kek coklat buatan sendiri yang turut ada di situ kepada Awwal. Lagi pula si Awwal ni cukup liat makan nasi. Mujurlah ada kek coklat ni haaa.... dapatlah pujuk Awwal untuk duduk diam-diam. Kalau tidak penat juga nak kawal si Awwal yang lasak ni.


Tidak lama selepas itu, tibalah makanan dan minuman yang di nanti-nanti. Sebaik saja tersedia di depan mata, terus rasa kecur air liur.

Sup tulang + Air asam perut + perut goreng + telur dadar + nasi goreng ikan masin

Aku dan anak-anak decide untuk makan nasi putih dengan lauk pauk yang lain manakala suami aku memilih untuk makan nasi goreng ikan masin. Ingatkan makan nasi goreng dah tak nak lauk pauk tapi mana boleh tahan bila aroma sup dan air asam dah harum semerbak di depan hidung. =D






Untuk minuman pula, aku dan suami memilih cendol dan ABC manakala anak-anak memilih untuk minum air laici.

Cendol & ABC

Pada mulanya, anak-anak aku ni tengok je sebabnya mereka ni agak kurang gemar dengan perut lembu. Kalau sup tulang dan telur dadar tu no hal la. Tapi, lepas je bagi diaorang rasa... eh suka pulak! Mungkin kerana rasanya yang sesuai untuk selera semua. Maksud aku tidak terlalu pedas dan masam. Sedang elok jer.

Makan time....



Ohya, bagi yang tidak berminat dengan nasi, ualls boleh order mee, bihun atau kueteau. Sambil-sambil menjamu selera aku sempat menjeling sekilas pandang pada pelanggan lain yang sedang makan dan rata-rata makan dengan berselera sekali. Ada juga yang singgah untuk bungkus di bawa balik. Sepanjang aku berada di sana pelanggan tidak putus-putus singgah. Nampaknya kedai ni memang agak terkenal di kalangan penduduk setempat cuma aku je yang lambat tahu ni. 

 

PUASHATI !!!
Ya! Sangat puashati. Ini kerana bukan hanya rasanya yang sedap dan menepati selera semua kategori umur malahan jumlah bahan yang di gunakan untuk santapan pelanggan juga cukup berbaloi baloi. Penuh semangkuk kata orang! Ternyata Cik Eyla sangat sayangkan pelanggannya hingga sanggup hidangkan menu yang padat dengan harga yang amat berpatutan. Takde lah jadi macam sesetengah restoran, order bihun sup perut tapi yang datang hanya ada beberapa ketul potongan je. Sedihhh..

Seperkara lagi, tak ada bau yang agak kurang menyenangkan. Jadi walau ualls bukan penggemar perut lembu sekalipun, aku rasa ualls boleh makan menu-menu yang di masak oleh Cik Eyla ni. Haaa.. jangan terkejut kalau aku katakan yang owner sendiri adalah tukang masaknya.

Puashati !! Licin..... =D


So pada yang berminat untuk merasa AIR ASAM PERUT JELIRO SENGOTI versi Kelate, ualls boleh terjah ke RESTORAN WARISAN BONDA milik Cik Eyla yang comel dan peramah ni. Seronok pula dapat kenal ngan Cik Eyla sebab dia cukup murah dengan senyuman dan masih sudi melayan para pelanggannya walau agak sibuk di dapur. Mujurlah ada ramai pekerja yang sedia berkhidmat di sisi Cik Eyla.

Kalau ualls nak tempah dalam kuantiti yang banyak pun boleh tau tapi kena beritahu Cik Eyla lebih awal la. Cara nak hubungi Cik Eyla mudah je, selain daripada pergi terus ke kedainya, ualls boleh hubungi beliau melalui facebook dan juga whatsapp di : 019 - 9253127
Inilah Cik Eyla yang berperanan sebagai owner dan juga tukang masak!! Muda-muda dah jadi tauke... Hebat betul...

  Kedai di buka 6 hari seminggu, Sabtu hingga Khamis (Jumaat cuti) dari jam 9pagi - 7malam.

Di sini aku sertakan sekali lokasinya. Apa tunggu lagi, jom terjah!!!



10 comments for "SEDAPNYA AIR ASAM PERUT DI RESTORAN WARISAN BONDA - MACHANG KELANTAN"

  1. huk alos..dkt jah rupanya..hihi..nnt cik nor terjah..:)

    ReplyDelete
  2. Kita pun xsure pernah pergi ke tak makan sini, padahal orang Machang. Sebab kita memang jarang makan kat luar. Hehe tapi tengok air asam perut dia tu memang mengancam. Nyumnyum.

    ReplyDelete
  3. Ala KAk Wa ni buat org terliur. Kat KL mana nak carik

    ReplyDelete
  4. aishh meleleh tengok sup perot tuh..

    ReplyDelete
  5. Tuh diaaaa tgok menu sambil baca apa yg sisawa tulis mmg mengancam. Tertelan ayaq liur. InsyaAllah nanti cuti cuti ke kelantan boleh singgah

    ReplyDelete
  6. Memey sedak sengoti ... Yam yam

    ReplyDelete
  7. Memey sedak sengoti ... Yam yam

    ReplyDelete
  8. sedaaaaapnya..!! fevret ni perut tapi skrang kena kurangkan. sesekali boleh tp tu pun kena catu..

    ReplyDelete