Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KEDUDUKAN BLOG SIS HAWA MENGIKUT KACAMATA ALEXA - FEB 2018

Assalamualaikum ualls...
semalam susah nak tidur lena, tak tahulah sebab apa. Nak buat kerja rasa tak larat pula sebab badan kurang sihat, kepala pun dah pening tengok code.... So, di sebabkan keboringan melanda maka aku ambil keputusan untuk melepaskan lelah bersama dengan ALEXA sekejap.



Pada mulanya, aku check ranking blog sendiri. Alhamdulillah dah ada peningkatan lagi. Harap-harap tercapai lah azam aku untuk berada di kedudukan 10k teratas. Aku memang dah pasang angan untuk terus maju di dalam dunia blogging ini walaupun baru berumur setahun jagung. Ini demi untuk memberi inspirasi pada surirumah lain di luarsana untuk ikut berusaha dan tidak berputus asa untuk menjana pendapatan melalui penulisan blog.

Sambil-sambil tu aku check juga kedudukan blogger yang agak famous. Sebabnya, memang dari dulu mereka-mereka ini telah menjadi pencetus inspirasi untuk aku terus berusaha memajukan blog. Walau tak mampu lagi untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi (statement sedar diri...haha) tapi sekurang-kurangnya aku dapat tahu yang segala usaha susah payah aku untuk memajukan blog selama ini sedang menghala ke arah yang betul.

 Antara blog famous yang sempat aku skodeng rankingnya semalam adalah :


>> Blog Hasrul Hassan

>> Blog Cik Epal

>> Blog Maria Firdz

>> Blog Namee Roslan

>> Blog Ben Ashaari


>> Blog Lyssa Faizureen


Ini hanya berniat untuk suka-suka saja ya jadi jangan nak cakap blog orang itu bagus dan blog orang ini tak bagus. No! Aku tak setuju macam tu kerana bagi aku semua blog itu bagus. Kalau tak bagus mana mungkin sesebuah blog itu masih boleh bertahan di dalam dunia blogging.

Lagipula kedudukan blog mengikut kacamata Alexa ini boleh berubah dari masa ke semasa dan jika ualls nak check ranking blog sendiri dan juga ranking blog orang lain, silalah berbuat demikian di SINI



Pada yang sudi singgah, membaca, meninggalkan komen dan lain-lain, jutaan terima kasih ku ucapkan dan semoga ualls akan terus sudi berkunjung ke sini untuk menatap coretan dariku yang banyak membebel ini. =D



7 comments for "KEDUDUKAN BLOG SIS HAWA MENGIKUT KACAMATA ALEXA - FEB 2018"