Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KUMPUL MAINAN COMEL 'SUKAN RIA' CARRIE JUNIOR

Sebagai seorang mama aku harus bijak membuat pemilihan produk yang aku rasakan bagus dan seronok untuk di gunakan oleh anak-anak terutamanya pada Awwal yang baru berusia 2 tahun. Sesuai dengan usianya yang baru menginjak 2 tahun maka semestinya otak Awwal sedang berkembang pesat untuk mempelajari pelbagai perkara. Kerana itu, aku memilih CARRIE JUNIOR sebagai produk utama untuk Awwal.

Bau yang wangi bercirikan buah-buahan membuatkan Awwal rasa happy ketika di dalam bilik air. Sehinggakan bila di ajak mandi saja Awwal sendiri akan berlari menuju ke bilik air. Mujurlah pintu bilik air tu sentiasa di kunci dari luar jika tidak aku yakin Awwal sendiri akan mandi lama-lama dek kerana asyik dengan Carrir Junior kegemarannya tu.

- SERONOK MANDI DI TEMANI CARRIE JUNIOR -
Apa yang membuatkan aku semakin berasa puashati dengan produk ini adalah kerana kegigihan Carrie Junior ini sendiri yang cuba sedaya upaya untuk memikat hati si cilik yang akan menjadi pengguna mereka. Ya lah, bukan hanya di sediakan dengan bau yang amat wangi memikat malah turut di sediakan mainan secara 'rahsia' sebagai kejutan.

Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk Awwal belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk mengukuhkan kemahiran fizikal, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan untuk Awwal.

Carrie Junior sudah pernah membuat kejutan mainan sebelum ini dan kali ini sebanyak 6 figura mainan comel telah di sediakan dengan konsep 'Sukan Ria'. Wow! Bestnya... =D
Jom kita sama-sama kumpulkan kesemuanya 

6 figura mainan comel yang telah di sediakan itu adalah.....

  •  CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak
  •  SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian
  •  TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat
  •  DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki
  •  SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong
  • TROFI KEJOHANAN SUKAN

Setiap satu mainan ini akan di bungkus di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml. Ikut nasib lah akan dapat yang mana dan itu yang membuatkan acara begini tampak lebih menarik dan mengejutkan.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’. Ini bertujuan untuk menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan.


- SUPRISE....... Carrie Junior telah berjaya memberi kejutan pada Awwal - 
- Awwal dapat Trofi Kejohanan Sukan nampaknya, tahniah Awwal -
Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml
                                            
- Awwal tengak fokus untuk belajar benda baru -

Dari segi bahan yang di gunakan pula, rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. 


Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan kita pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan anak-anak sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian sehari-sehari.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.



" Carrie Junior - koleksi peribadi Awwal untuk kegunaan sehari-hari "
Terima kasih Carrie Junior kerana sudi temankan Awwal teruatama ketika mandi... =D




2 comments for "KUMPUL MAINAN COMEL 'SUKAN RIA' CARRIE JUNIOR"

  1. Sukanya dianya dia mandi dengan set mandian carrie junior tu

    ReplyDelete
  2. mrs pip pun suka, harum semerbak carrie junior ni.

    ReplyDelete