Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RAMAI MAHU MERISIK MARISSA DANIA - ANAK DARA ABBY ABADI DAN NORMAN HAKIM

Pertama kali aku lihat wajah anak dara sunti kepada Abby Abadi dan Norman Hakim ni aku agak terpukau. MashaAllah cantiknya ciptaan Allah. Bertuah betul Marissa Dania kerana memiliki paras yang cantik. Semakin menawan apabila dia lengkap bertudung dan bersifat lemah lembut.

Malah Norman Hakim sendiri mengakui yang anaknya ketika ini sedang giat berusaha untuk menghafaz Al-Quran.



Ternyata, walau baru berusia 13tahun namun Marissa Dania sudah berjaya mencuit hati ramai jejaka di luar sana namun untuk bergelar seorang imam terhadap Marissa Dania ini bukanlah satu kerja yang mudah. Tambahan pula ibu dan ayahnya (Norman dan Abby) pernah mengalami krisis rumahtangga sebelum ini maka semestinya mereka mahukan yang terbaik untuk menjadi pasangan kepada Marissa.

Marissa yang pandai mengaji Al-Quran dan kini sedang berusaha untuk menghafaznya
Bagi pendapat aku juga, Marissa yang ayu bertudung ini pastinya akan menerima jodoh yang ada ilmu agama yang cukup sesuai dengan penampilan dirinya yang ayu berhijab.



KELUARGA BESAR YANG BAHAGIA
Aku respect cara mereka sekeluarga. Walau sudah terpisah sebagai ikatan suami isteri namun mereka tetap bersatu sebagai sebuah keluarga demi untuk kebahagiaan anak-anak. Soal jodoh itu semua kerja Tuhan dan yang pasti aku gembira melihat mereka bersatu seperti ini.


Dari jauh ku doakan semoga Marissa sekeluarga sentiasa bergembira, sihat dan berjaya di dalam hidupnya. Ameen.

p/s: Bertuah badan siapa yang dapat memiliki hati si Marissa ni... 



7 comments for "RAMAI MAHU MERISIK MARISSA DANIA - ANAK DARA ABBY ABADI DAN NORMAN HAKIM "

  1. cantik anak anak mereka. Alhamdulillah, semua anak anak mereka ingin menjadi hafiz & hafizah. doakan yg baik baik untuk mereka. aaminnn. #salamperkenalan
    http://nineteencapri.blogspot.my/2018/02/nuffnangmy-cpuv-februari-2018.html

    ReplyDelete
  2. Mama pun suka tgk Marissa Dan tgk gambar dia Di ig. Pemalu orgmya Dan cantik Pula tu

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah cantikk nyooo.. x pernah nak intai anak abby ni.. tapi macam farah lee pon ada hii

    ReplyDelete
  4. suka bila family norman ni bersatu demi anak-anak.
    itu lebih membahagiakan.
    perkembangan positif utk anak-anak jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  5. comelnya anaknya... sama cam mak ayahnya

    ReplyDelete