Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Bihun Sup Ayam Simple Paling Mudah & Cepat

Resepi Bihun Sup Ayam Simple Paling Mudah & Cepat  | Assalamualaikum, kali ni daku nak share resepi ringkas mi hoon sup atau lebih mudah di panggil bihun sup. Aku ni cukup suka bihun sup versi utara walau ada pelbagai lagi bihun sup yang lain. Tak kisah lah versi apa janji sedap dan kena dengan tekak. 

Bihun sup ni boleh di masak menggunakan ayam, daging dan tulang tapi untuk cara yang paling ringkas dan mudah elok di masak bihun sup ayam je. Yelah, ayam ni kan cepat untuk di masak. 

Hidangan ni juga tidak terlalu berat dan sesuai untuk di makan pada bila-bila masa. Paling best jika di makan pada waktu petang dan malam. Makan pula panas-panas dengan sambal. Ohhh syok! 

Macam yang ku cakap tadi bihun sup ni ada pelbagai versi dan di bawah ini adalah untuk versi yang paling simple dan cepat untuk di masak. 



Bahan-bahan untuk masak resepi bihun sup :

1 bungkus bihun (rendam dengan air biasa)
1/2 ekor ayam (bersihkan, potong kecil size ikut suka)
1 bungkus sup bunjut Tulang ADABI
2 inci halia *
7-8 ulas bawang merah *
4-5 ulas bawang putih *
1/2 camca lada hitam (tumbuk halus)
1 kiub pati ayam (jika mahu)
1 bungkus meatball / fishball (jika suka)
sedikit taugeh (jika suka)
Air secukupnya (dalam 3 cawan)


Hiasan : 

Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng


Guna sup bunjut tulang untuk mudahkan kerja memasak

Cara-Cara Masak Resepi Bihun Sup Ayam Paling Mudah & Cepat 

1. Rendam bihun bersama sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning. Kemudian celur di dalam air yang panas dan setelah lembut terus toskan semua airnya. Masukkan ke dalam air biasa selama beberapa minit dan toskan semula sekali lagi. InshaAllah bihun tidak akan melekat.

2. Kisar sehingga halus bahan yang bertanda (*). 

3. Panaskan minyak sebanyak 3-4 camca besar di dalam periuk / kuali besar yang dalam. Masukkan bahan2 tumis daripada sup bunjut tulang (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) dan tumislah hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik minyak. 

4. Masukkan lada hitam dan ayam tadi. Gaul rata sekejap dan terus masukkan air berserta 1 uncang bahan sup di dalam bentuk bunjut itu tadi. 

5. Jika nak bau sup yang lebih umppp ualls boleh masukkan juga akar daripada daun bihun sup yang telah di beli tu. Basuh bersih-bersih dan potong. Daun dan batang boleh guna sebagai hiasan dan akarnya pula sebagai penambah rasa dan bau untuk sup.

6. Biarkan sekejap sehingga mendidih.

7. Setelah mendidih bolehlah di masukkan meatball / fishball (jika mahu) berserta garam dan kiub pati ayam (jika mahu).

Lebih baik meatball tapi dek kerana ada fishball je kat kedai tadi, boleh la


Untuk sambal untuk bihun sup , boleh ikut resepi Puan Kamsiah

1. Sambal Merah

  • blend bawang putih,bawang merah -tumis hingga keperangann warnanya
  • masukkan cili kering yg telah diblend
  • masukkan garam dan sedikit gula perang
  • tumis hingga pekat


2. Sambal Hitam

  •  blend segengam cili padi bersama kicap dan sedikit sos tiram
  • kemudian masak sekejap / hingga pekat


Credits to Pn Kamsiah



Cara Hidang

1. Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk

2. Letakkan taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng

3. Letakkan sup ayam.


Kesimpulan

Resepi Bihun Sup Ayam Utara yang mudah dan sedap rasanya., tak susah nak buat. Simple je pun dah okay. Resipi sedap dan mudah untuk BeeHun Sup Utara lagi best bila makan bersama sambal merah dan sambal hitam tadi.

Selain dari resepi bihun sup ayam simple ini, korang boleh juga cuba resepi bihun sup ayam che nom, resepi bihun sup thai dan resepi bihun sup utara azie kitchen. 

Bihun sup resepi ni ada pelbagai versi. Google dan ikutlah mana yang rasa okay serta kena dengan selera. 

Selamat mencuba. 





7 comments for "Resepi Bihun Sup Ayam Simple Paling Mudah & Cepat "

  1. Thank you for the recipe!! ^^ kebetulan tengah nak belajar masak! heee :D

    ReplyDelete
  2. Nampak macam best la sis. Dah lama tak makan. Boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  3. sedapnya... pernah buat lebih kurang jah resepi kita hihihih

    ReplyDelete
  4. sedapnya
    lama tak makan bihun sup

    ReplyDelete
  5. sedappp lama tak buat di rumah.. ni dh tgk mesti kena buat hehe

    ReplyDelete