Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

STROKE - APAKAH PUNCA DAN CARA MENGHINDARINYA?

Pada 28 Februari yang lalu aku di kejutkan oleh satu panggilan telefon dari kampung. Rupa-rupanya, ayah tiriku telah di masukkan ke ward hospital akibat serangan angin ahmar atau lebih mudah di kenali sebagai stroke. Terperanjat aku di buatnya dan di dalam fikiran aku ni sudah bermain pelbagai-bagai situasi termasuklah lumpuh dan sebagainya. Tambahan pula ayah kandungku dulu telah pergi di jemput Ilahi kerana serangan sakit jantung secara mengejut maka apabila mendapat panggilan sebegini sudah semestinya boleh membuatkan aku cemas seluruh tubuh.

Menunggu tibanya masa melawat untuk ziarah ayah di ward

Stroke boleh berlaku disebabkan sumbatan pada salur darah ataupun salur darah di bahagian otak pecah menyebabkan fungsi otak terganggu. Dalam situasi ayahku turut terdapat darah beku di kepalanya dan ia telah menganggu sedikit tindakbalas ayahku untuk bertutur, bergerak dan sebagainya pada ketika itu. Di sini aku kongsikan sedikit info tentang punca stroke dan beberapa cara untuk mencegahnya. 

Stroke terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

  • Haemorrhagic stroke (Strok berdarah) - disebabkan oleh salur darah yang pecah dibahagian otak
  • Ischemic stroke (Strok iskemik) - disebabkan oleh salur darah tersumbat

Stroke boleh menyebabkan si pesakit menjadi lemah dan lumpuh. Mata juga akan menjadi kabur dan boleh menyebabkan si pesakit tidak sedarkan diri dalam masa yang agak lama. Selalunya kebanyakkan pesakit stroke ini akan mengalami lumpuh anggota badan (hemiparalysis) ataupun lemah anggota badan (hemiparesis).

Ayahku amat berisiko mendapat serangan angin ahmar atau stroke ini kerana beliau merupakan salah seorang pesakit darah tinggi dan cuaca yang panas serta pengambilan makanan seimbang yang kurang di praktikkan menyebabkan semakin tinggi risiko ini. Sudah puas kami nasihatkan ayah supaya sentiasa menjaga diri dan pola pemakanannya namun faham-fahamlah. Tidak sepanjang masa di ikutnya. Hmmm... ayah ooo ayah..

Cara Menghindarkan Diri Dari Terkena Penyakit Stroke

1. Cari Faktor Penyebab Penyakit Supaya Dapat Di Hindari
Langkah pertama yang harus kita lakukan adalah mencari penyebab kepada masalah stroke. Penyebab stroke biasanya dipengaruhi oleh kondisi kesihatan seseorang, contohnya penyakit stroke ini selalunya menyerang mereka yang mempunyai masalah darah tinggi. Faktor risiko stroke yang lain adalah usia, jantina dan genetik. Dengan mengetahui itu semua kita boleh lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan. Mulai sekarang kita perlu menilai faktor kesihatan diri kita sendiri samada kita berisiko mendapat penyakit ini atau tidak, jika ya, sama-sama kita menjaga kesihatan diri masing-masing dengan lebih rapi. 

2. Jauhkan Diri Dari Amalan Merokok Dan Asapnya
Punca lain yang boleh menyumbang kepada serangan stroke adalah amalan merokok. Amalan merokok ini dipercayai  boleh menjadi penyebab kepada penyakit stroke kerana rokok boleh menyebabkan gangguan di pembuluh darah si perokok sebanyak dua hingga tiga kali ganda.
Asap rokok yang masuk ke dalam tubuh boleh menjadi sumber penyakit kerana asap rokok itu tadi akan membuat pembuluh darah menjadi semakin sempit. Apabila pembuluh darah menjadi semakin sempit, makasudah semestinya oksigen akan terganggu dari sampai ke otak dengan normal. Selain daripada itu, asap rokok ini juga boleh menyebabkan pengerasan di bahagian dinding pembuluh darah dan jika di biarkan pembuluh darah itu tadi boleh pecah . Hal ini tidak berlaku kepada perokok aktif saja namun turut berlaku pada perokok pasif. Langkah tepat untuk mencegah stroke ini adalah dengan menghindari rokok dan juga asapnya.
3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Faktor penyebab kepada penyakit stroke yang seterusnya adalah obesiti atau berat badan berlebihan. Seseorang yang memiliki timbunan lemak pada dinding pembuluh darah amat tidak bagus sekali. Timbunan lemak itu boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit dan tersumbat juga sama seperti rokok tadi. Oleh sebab itu cara efektif untuk mencegah stroke adalah menjaga berat badan yang sesuai dengan ketinggian masing-masing.

4. Hindari Makanan Berlemak
Untuk mengelak obesiti apalagi melainkan cuba sedaya upaya untuk menghindari makanan yang berlemak. Makanan berlemak yang di masukkan ini seperti lemak daging, kulit ayam dan pelbagai lagi. Lemak yang berlebihan di dalam tubuh boleh menyebabkan gangguan pada laluan oksigen dan kegagalan oksigen berfungsi dengan baik pastinya akan mengundang bahaya yang amat serius.


5. Elakkan Makanan Yang Berkalori Tinggi

Semua orang sedia maklum sekiranya badan mengalami simptom obesiti maka akan mudah di datangi pelbagai penyakit. Obesiti boleh berlaku dengan mudah sekiranya sering memakan makanan yang berkalori tinggi.
Antara makanan yang mengandngi kalori yang tinggi ini adalah : 
  • minyak lemak haiwan
  • minyak sayur
  • kerepek kentang
  • kentang goreng
  • aiskrim
  • dressing salad
  • junk food dan fast food
  • masakan yang mengandungi santan dan minyak


6. Kawal Emosi dan Stress
Emosi dan perasaan yang tidak stabil bukan hanya boleh mengundangn kemurungan malah boleh mengakibatkan pelbagai penyakit serius yang lain. Mereka yang mudah tertekan juga tidak dapat melalui kehidupan dengan ceria dan gembira.
Apabila tertekan, jantung akan rasa berdebar dan berdegup dengan lebih cepat, ulu hati pula akan mula berasa pedih dan otot di kepala mula menegang. Hal ini akan menyebabkan seseorang berasa sangat tidak selesa dan tidak dapat fokus. Jika di biarkan ia boleh mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya. Ramai orang di luar sana mengalami stroke berpunca daripada stress ini. Semakin hari semakin meningkat jumlahnya dan ini mungkin di sebabkan oleh sejarah masing-masing yang amat tertekan dengan dunia pekerjaan. 

7. Rajinkan Diri Lakukan Pemeriksaan Tekanan Darah
Tekanan darah boleh menjadi semakin menurun atau meningkat. Baik menurun mahupun meningkat, situasi ini boleh mengundang kepada serangan stroke. Tekanan darah yang normal harus di titikberatkan dan untuk mengetahui tekanan darah masing-masing bolehlah berkunjung ke mana-mana hospital atau klinik yang dberdekatan dengan kediaman anda.



JALAN TERBAIK UNTUK HINDARI STROKE
Apakah jalan terbaik untuk hidndari diri dari terkenan serangan stroke? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan mengamalkan gaya hidup dan pola pemakanan yang seimbang dengan seisis keluarga. Apabila hanya makan makanan yang seimbang sudah semestinya berat badan akan menjadi  ideal malah tubuh badan juga akan berasa lebih cergas, cerdas dan sihat. 

Untuk memudahkan orang ramai, sudah terdapat carta berupa piramid makanan yang bagus untuk dijadikan sebagai panduan kita sehari-hari. Makanlah mengikut kuantiti yang di syorkan dan besar kemungkinan anda akan dapat mengelakkan diri daripada masalah ini.


Ualls juga boleh membaca lebih banyak info berkaitan kesihatan di website yang bernama Eratuku ini.



Keadaan ayah di ketika ini sudah semakin stabil

Doa dan harapan semoga kita semua akan dapat menjaga kesihatan diri masing-masing dari sekarang supaya dapat menikmati kehidupan ini dengan lebih gembira dan bahagia sehingga ke usia emas nanti. Doakan juga semoga ayahku kembali sihat sepenuhnya seperti sediakala. 


4 comments for "STROKE - APAKAH PUNCA DAN CARA MENGHINDARINYA?"

  1. moga ayah awa smkin sihat..aamiin

    ReplyDelete
  2. semoga ayah sis cpt sembuh dah diberikan kesihatan yang lebih baik..sabar byk2 dengan ujiannya... :(

    ReplyDelete
  3. semoga ayah sis awa cepat sembuh ya..

    ReplyDelete