HIGHLIGHT

11 Mar 2018

Beli Barangan Segar Di Pasar Tani FAMA - Simpang Empat, Perlis

Apabila tiba di Perlis, aku sentiasa cuba luangkan masa untuk ke pasartani yang banyak terdapat di sekitar Negeri Perlis. Bagi penduduk setempat, mereka memanggil pasar tani ini sebagai 'nat' dan pasar ini di kendalikan oleh pihak FAMA sepenuhnya. Pasar tani ini bersifat kekal dan beroperasi sekali seminggu pada setiap hari Khamis bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 2.00 petang. 

Kedudukannya yang terletak betul-betul di dalam pekan kecil Simpang Empat dengan keadaan gerai-gerainya yang terletak di dalam satu kawasan berbumbung memudahkan para pembeli membuat pembelian dengan lebih mudah dan selesa. Suara ramah dan senyuman mesra para penjual yang terdiri daripada penjaja setempat membuatkan aku semakin teruja untuk mencuci mata di sini.  


Terdapat pelbagai barangan basah dan kering yang di jual di sini. Antaranya daging, ayam, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, rempah ratus dan jual makanan. Angin yang sepoi-sepoi daripada laut yang agak hampir membuatkan suasananya nyaman dan menyeronokkan. Dalam banyak-banyak barangan yang di jual di sini, mata aku lebih tertancap pada ikan yang segar bugar. Harganya juga bagi aku amat-amat murah sekali. 

Aku memilih untuk membeli 2 kilogram ikan termenung bersaiz kecil dengan harga RM6 sekilo. Kalau ualls nak tahu Perlis amat terkenal dengan ikan termenung. Ikan ini rupanya seakan-akan ikan kembung namun bentuknya kelihatan lebih pendek dan lebar dengan rasa isinya yang lebih halus dan manis. Ikan ini cukup sedap di buat gulai, bakar dan goreng garing.


 Sambil membeli ikan termenung, mata tertancap pula pada mentarang. Eh eh sedang musim mentarang rupanya. Mr.Qamar dari dulu sampai sekarang menggelar mentarang ini sebagai 'menatang arang'. Hmmm suka suka hati dia ja. Sabar je la.

Walau dah lama tak makan namun aku tak berniat lagi untuk beli sebabnya bagi aku size tu terlalu kecil dan macam tak sepadan dengan harga. Biasalah, belum ramai yang jual lagi so of course lah sedikit mahal. Sebenarnya, aku lebih berminat dengan mentarang bersaiz besar sebabnya aku suka masak dengan kaedah bakar atau rebus. Jika sebesar tu alamatnya berat kulit dari isi la adik kakak oi. =(


Misi pencarian di teruskan dan kali ini langkah kaki terhenti di gerai menjual kuih-kuih melayu. Langkah kaki terus melekat melihat adanya kuih qhasidah, seri muka (pulut sekaya), tepung talam dan lain-lain lagi. Melihat wajah kuih qhasidah dengan aroma bawang gorengnya membuatkan aku terus teringat pada arwah ayah kandungku. Inilah dia kuih yang amat di gemarinya terutama ketika di bulan puasa. Oh ayah.... aku rindu padamu...

Kuih ini di potong memanjang dan di balut dengan plastik. Setiap satu balutan itu berharga RM1. Aku turut membeli beberapa potong dan alhamdulillah rasanya sedap dan amat berbaloi.


Ketika melangkah keluar, Awwal mula buat perangai. Rupa-rupanya dia ternampak seekor kucing bertompok oren berdekatan dengan pintu masuk pasar tani. Hmmm apalagi, mulalah Awwal berlari suka mengejar 'si oren' yang tidak bertuan ini. Mungkin juga 'si oren' terhidu bau ikan termenung yang aku beli tadi. Jadi, apalah salahnya berkongsi sedikit rezeki dengan 'si oren'. Tika 'si oren' sedang asyik menjamah makanannya, kami terus paut Awwal dan membawanya ke kereta.

Awwal bersama sahabat barunya, Si Oren.

Kesimpulannya, aku amat berpuashati dengan mutu barangan yang di jual oleh peniaga-peniaga di pasar tani ini. Semuanya tampak segar dan keadaan pasar juga amat selesa dan bersih. Tidak hairanlah kenapa pasar ini sentiasa di kunjungi masyarakat setempat saban minggu. Tahniah diucapkan kepada pihak FAMA kerana berjaya merealisasikan pasar sebegini bagi membantu masyarakat setempat. =D


Jom jalan-jalan Perlis....




3 comments:

  1. assalamualaikum awa.
    lama aida x jejak sini.
    mentarang tu aida x pernah makan. kalau jumpa pun surely aida x brape kenal :)
    cantik pasar nya. nampak segar dan bersih.

    ReplyDelete
  2. Jenjalan Perlis ke kak Awa...

    Aduhh mai sudah jatuh hati dengan Awwal la,,, sebab sama jenis je kalau pergi market sibuk cari kucing. Sampai tua ni pun sama. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. awwall boleh jadi geng cik ash ni suka kucing hahahhaha

    ReplyDelete