HIGHLIGHT

28 Mar 2018

CARA PALING TEPAT UNTUK TAHU JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN

Setelah menjadi ibu kepada enam anak sekarang ini, barulah aku dapat membuat kesimpulan apakah cara yang paling tepat sekali untuk tahu jantina bayi di dalam kandungan. Mungkin orang lain akan menepis kesimpulan yang akan aku kemukakan di sini namun inilah cara yang paling tepat yang boleh aku kongsikan bagaimana untuk mengetahui jantina bayi di dalam kandungan samada lelaki ataupun perempuan (baby boy or girl).


TERUJA NAK TAHU JANTINA BAYI
Setiap kali mengandung aku juga akan berperangai sama seperti ibu-ibu yang lain. Sebolehnya sebaik saja dimaklumkan yang aku mengandung, waktu itu juga aku mahu tahu apakah jantina bayi yang sedang aku kandungkan. Tambahan pula aku amat-amat dambakan seorang bayi perempuan setelah melahirkan lima bayi lelaki sebelum itu. Pastinya ualls boleh bayangkan betapa tingginya hajat aku untuk menimang cahayamata perempuan setiap kali mengandung kan?

Keterujaan tu telah membuatkan aku mencuba pelbagai tips.... antaranya dengan mengikut tarikh kalender cina, meneka dengan tahu jumlah degupan jantung bayi dan dengan 'mengkaji' fizikal diri aku sendiri seperti yang sering di gembar gemburkan. Antaranya, jika mengandung anak perempuan, maka :

 
  • Perut lebih menjadi bulat
  • Mengalami ‘morning sickness’
  • Sering mual pada menu yang beraroma tajam
  • Wajah tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
  • Kulit menjadi lebih lembut
  • Rambut makin menipis dan tidak bermaya
  • Punggung kelihatan lebih besar
  • Akan mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
  • Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  • Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
  • Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
  • Jika daku mendokong bayi perempuan maka bayi itu akan menangis
  • Ikat cincin perkahwinan dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna sedang hamil anak perempuan.
  • Guna soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.

MEMBUAT SCAN KEHAMILAN
Untuk pengetahuan semua setiap kali mengandung aku juga amat teruja untuk membuat scan dek kerana mahu cepat tahu jantina baby. Malah aku turut membuat scan 3D walau bayarannya mahal hanya untuk melihat keputusan yang lebih jelas dan tepat. Setiap kali scan aku berasa sedikit hampa apabila doktor memberitahu aku sedang mengandung anak lelaki hinggakan aku sendiri berasa 'pelik' kenapa aku hanya akan melahirkan anak lelaki saja semata-mata.

Keinginan untuk menimang cahayamata perempuan memang amat membuak-buak hinggakan setiap kali mengandung aku bermimpi dan tanam azam yang kuat supaya bayi yang aku kandungkan untuk kali itu adalah perempuan. Akhirnya, ketika mengandungkan anak yang ke lima, sebaik saja membuat scan 3D, doktor memberitahu bahawa bayiku adalah perempuan. Keterujaan aku membuatkan aku berkongsi berita itu dengan sedara dan rakan terdekat.

TIDAK BOLEH PERCAYA JANTINA BAYI MELALUI SCAN 100%
Ternyata, harapan itu sia-sia saja apabila hakikatnya aku melahirkan anak lelaki juga. Mujurlah aku masih boleh redha atas apa yang berlaku dan masih boleh menerima dan menyayangi anak lelakiku itu sepenuh hati. Akhirnya aku pasrah! Aku pasrah sepasrah pasrahnya dan aku sama sekali tidak mahu memikirkan soal anak perempuan lagi. Aku sama sekali tidak menyalahkan takdir sebaliknya aku beranggap baik bahawa apa yang berlaku ini ada hikmahnya di depan hari cuma buat masa ini aku sendiri tidak tahu lagi apakah hikmah tersebut.

Setelah pasrah itulah doktor memaklumkan bahawa aku mengandung lagi. Kandunganku yang ke enam ini adalah pada tahun 2017 yang lalu. Ketika tu, aku berdoa pada tuhan semoga kandunganku selamat dan aku serahkan segalanya pada Allah SWT saja semata-mata . Seandainya aku layak untuk didatangkan seorang anak perempuan maka aku bersyukur dan seandainya aku terus di datangkan anak lelaki maka aku andaikan bahawa aku tidak layak untuk membesarkan seorang anak perempuan. Tak salah untuk buat scan tetapi memadailah untuk tahu tahap situasi dan keadaan kesihatan bayi kesayangan terlebih dahulu.

Cara membaca result ultrasound kehamilan, baca sini...


BERJAYA KESAN JANTINA ANAK DENGAN NALURI SENDIRI
Ketika sedang mengandung untuk kali yang ke enam itu aku dapat merasakan satu naluri. Naluri ini terasa amat kuat dan berada di dalam tubuh aku sendiri. Naluri ini dengan sendirinya membuatkan diri aku tahu yang aku sedang mengandungkan anak perempuan. Naluri ni timbul ketika kandungan aku sedang berada di tremister ke dua. Namun aku tak beritahu pada sesiapapun tentang hal ni sebaliknya aku diamkan jer sampai selamat melahirkan. Disebabkan naluri tu juga aku sama sekali tak scan untuk tahu jantina anak seperti yang sering aku lakukan ke atas kandungan sebelum ni. Aku dengan kuat mahu mempercayai naluri aku sendiri daripada sebarang alat imbasan.

Saat itu juga aku cuba ingat kembali kenangan lama ketika mengandung sebelum ni dan memang betul aku pernah berperasaan yang sama. Apa yang membezakan sebelum ni aku dah dapat rasa sedang mengandungkan anak lelaki tapi dek kerana inginkan anak perempuan aku cuba tepis naluri tu.

saat mengandungkan Kasih
Demi mendapatkan jawapan yang lebih pasti, aku turut bertanyakan pada rakan yang lain samada mereka turut pernah merasakan apa yang aku rasa berkaitan dengan naluri ketika mengandung ni dan jawapan yang aku terima adalah YA. Rupa-rupanya bukan aku seorang saja yang pernah melalui semua ini cumanya macam yang aku cakap tadi ramai yang pergi scan untuk mendapatkan jawapan yang kononnya lebih tepat walau dah pun mendapat naluri tersebut.

YAKIN DAN BERSERAH PILIHAN TERBAIK
Disebabkan sebelum ini aku sama sekali tidak yakin dengan naluriku sendiri hingga ulang alik scan ke doktor maka kali ini aku berazam untuk mempercayai naluri aku sepenuhnya. Untuk kali ini aku sama sekali tidak scan untuk tahu jantina baby sebaliknya aku hanya sabar menunggu hingga saat untuk melahirkan itu tiba.

Akhirnya, lahirlah bayi yang ku tunggu dengan penuh debaran ini. Ternyata, naluri yang memberitahu bahawa aku sedang mengandungkan anak perempuan adalah benar. Rupanya, Allah SWT telah pun menyuntik 'rasa' supaya si ibu tahu dari awal cumanya aku sendiri yang masih sanggup berhabis duit untuk membuat scan berulangkali.

KASIH SUFI - tahu jantina lebih awal berdasarkan naluri
Bila di fikirkan balik, ternyata kejadian ni benar-benar menyedarkan aku bahawa aku sendiri yang silap. Untuk apa aku terlalu mahu tahu jantina bayi sedangkan yang lebih penting adalah supaya baby selamat dan sempurna. Mungkin dek kerana itulah Allah SWT lambat memberikan bayi perempuan yang ku idamkan ini supaya aku boleh tersedar dari kesilapan sendiri.

Bagi ibu-ibu di luarsana, seandainya sedang mengandung.... tanyalah pada diri ualls sendiri. Renunglah dalam-dalam. InshaAllah akan timbul naluri yang akan boleh di baca oleh fikiran sendiri hingga kalian akan dapat jawapan bahawa bayi yang sedang di kandung itu lelaki atau perempuan. Seandainya ualls tersangat mahukan bayi lelaki mahupun perempuan seperti aku tetapi masih belum berjaya lagi, redhalah... redha sepenuh hati... pasrahlah dengan merendah diri kerana apa yang kita tidak dapat itu sebenarnya akan membantu kita di kemudian hari.

Kesimpulanku, cara yang paling tepat untuk tahu jantina bayi di dalam kandungan adalah NALURI SI IBU ITU SENDIRI.... Sesungguhnya, naluri ibu mengandung memang sangat berkaitan dengan jantina si anak yang sedang di kandungkan. InshaAllah...

Hakikatnya.... Baru kini daku yakin sepenuhnya bahawa naluri ibu ketika mengandung berkait rapat dengan jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan.




11 comments:

  1. allaalaaa... comenya qaseh.... akak guna instinct, wlupun semua anak girl tp lain bila mengandung kat jannah lain sgt alahannya, tapi instinct mmg girl juga wlupun alahannya lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kak shila pun comey tomey... kalau leh jumpa lgi best kan? Sama la awa pun alahan lain2 tpi instinct mmg betul la kak.. huhu

      Delete
  2. Tak leh nak bagi pendapat lg xde pengalaaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... inshaAllah nnti akan tiba juga saat tu.. keep trying my fren! =D

      Delete
  3. alhamdulilah termakbul juga impian hawa....rezeki dapat baby girl yang comey..yg penting jgn putus asa kan awa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. alhamdulillah. itulah jangan putus asa. cuba sedaya yang boleh =D

      Delete
  4. mrs pip pun guna naluri juga time preggy nak teka jantina anak...1st and 2nd tu mmg rasa boy, yg kluar pun boy juga...yg ni rasa mcm gegirl pula, so kena tunggu ogos ni la baru tau naluri tu betul ke tak...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mrs pip. Awa naluri yang lain smua boy tapi gatal gi scan juga dek kerana nak gegurl punya pasal. Lastly tak nak tolak naluri dah. yakin 100% and yes im right. thank god its a girl. so awa yakin mrspip kali ni mesti gurl. tak sabar pula nk tengok rupa baby mrspip nanti. mesti mata sepet mcm chinese gak kan? =D

      Delete
  5. bestnyaaa ada baby.. nnti in shaa Allah thun ni akan dapat 2 anak buah! anak sendiri tak ada lagi.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay la tu.. anak buah pun boleh gak tumpang happy =D syoknya bau baby baru lahir. Wangiiiii

      Delete
  6. Kalau baby first mcm mana eh ? Untuk kandungan 4 bulan ..

    ReplyDelete