Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Paling Tepat Untuk Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan

Cara Paling Tepat Untuk Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan | Di sini aku ingin berkongsi pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui berkaitan cara yang paling tepat untuk tahu jantina bayi dalam kandungan. 

Setelah menjadi ibu kepada enam orang anak sekarang ini, barulah aku dapat membuat kesimpulan apakah cara yang paling tepat sekali untuk tahu jantina bayi di dalam kandungan ini sebenarnya. 

Mungkin orang lain akan menepis kesimpulan yang akan aku kemukakan di sini namun inilah cara yang paling tepat yang boleh aku kongsikan bagaimana untuk mengetahui jantina bayi di dalam kandungan samada lelaki ataupun perempuan (baby boy or girl).


Excited Nak Tahu Jantina Bayi Bila Mengandung 

Setiap kali mengandung aku juga akan berperangai sama seperti ibu-ibu yang lain. Sebolehnya sebaik saja dimaklumkan yang aku mengandung, waktu itu juga aku mahu tahu apakah jantina bayi yang sedang aku kandungkan. 

Tambahan pula aku amat-amat dambakan seorang bayi perempuan setelah melahirkan lima bayi lelaki sebelum itu. Pastinya ualls boleh bayangkan betapa tingginya hajat aku untuk menimang cahayamata perempuan setiap kali mengandung kan?

Keterujaan tu telah membuatkan aku mencuba pelbagai tips. Antaranya dengan mengikut tarikh kalender cina, meneka dengan tahu jumlah degupan jantung bayi dan dengan 'mengkaji' fizikal diri aku sendiri seperti yang sering di gembar gemburkan.

 

Bagaimana cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan? Lelaki atau perempuan? Girl atau boy? Ini antara cara dan tips mudah yang aku pernah baca.

Ramalan tentang jantina baby boleh dilakukan dengan beberapa cara. Dari pembacaan, dikatakan jika mengandung anak perempuan, maka :
  • Perut lebih menjadi bulat
  • Mengalami ‘morning sickness’
  • Sering mual pada menu yang beraroma tajam
  • Wajah tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
  • Kulit menjadi lebih lembut
  • Rambut makin menipis dan tidak bermaya
  • Punggung kelihatan lebih besar
  • Akan mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
  • Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  • Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
  • Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
  • Jika daku mendokong bayi perempuan maka bayi itu akan menangis
  • Ikat cincin perkahwinan dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna sedang hamil anak perempuan.

Pernah Juga Cuba Guna Cara Mengetahui Jantina Bayi Tanpa Scan

Cara mengetahui jantina baby tanpa scan ada juga yang aku cuba setelah terbaca dari beberapa sumber perkongsian di Internet. 

Antaranya : 

1. Mengetahui jantina bayi menggunakan soda bikarbonat (tepung penaik). Caranya campurkan sedikit soda bikarbonat ni bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.

2. Guna kalkulator kelahiran jantina bayi. Boleh tahu ikut bulan kelahiran berdasarkan tarikh jangkaan bersalin.

3. Tahu jantina bayi dari degupan jantung

Banyak Kali Buat Scan Kehamilan Untuk Tahu Jantina Baby

Untuk pengetahuan semua setiap kali mengandung aku juga amat teruja untuk membuat scan dek kerana mahu cepat tahu jantina baby. Malah aku turut membuat scan 3D walau bayarannya mahal hanya untuk melihat keputusan yang lebih jelas dan tepat. 

Tips sebelum scan, kena banyak minum air kosong supaya mudah untuk doktor lihat pergerakan dan keadaan bayi ketika pemeriksaan.

Siap google cara nak tengok scan tu, girl ke boy. Kalau girl, nanti scan nampak bentuk macam burger sign, kalau boy, nampak bonjolan.

Tapi, setiap kali scan aku berasa sedikit hampa apabila doktor memberitahu aku sedang mengandung anak lelaki hinggakan aku sendiri berasa 'pelik' kenapa aku hanya akan melahirkan anak lelaki saja semata-mata. Anak aku dari yang pertama hingga yang nombor lima, semuanya lelaki secara berturutan.

Keinginan untuk menimang cahayamata perempuan memang amat membuak-buak hinggakan setiap kali mengandung aku bermimpi dan tanam azam yang kuat supaya bayi yang aku kandungkan untuk kali itu adalah perempuan. 

Akhirnya, ketika mengandungkan anak yang ke lima, sebaik saja membuat scan 3D, doktor memberitahu bahawa bayiku adalah perempuan. Keterujaan aku membuatkan aku berkongsi berita itu dengan sedara dan rakan terdekat.



Tak Boleh Percaya Jantina Bayi Dari Result Scan 100% 

Ternyata, harapan itu sia-sia saja apabila hakikatnya aku melahirkan anak lelaki juga. Mujurlah aku masih boleh redha atas apa yang berlaku dan masih boleh menerima dan menyayangi anak lelakiku itu sepenuh hati. Akhirnya aku pasrah! 

Aku pasrah sepasrah pasrahnya dan aku sama sekali tidak mahu memikirkan soal anak perempuan lagi. Aku sama sekali tidak menyalahkan takdir sebaliknya aku beranggap baik bahawa apa yang berlaku ini ada hikmahnya di depan hari cuma buat masa ini aku sendiri tidak tahu lagi apakah hikmah tersebut.

Setelah pasrah itulah doktor memaklumkan bahawa aku mengandung lagi. Kandunganku yang ke enam ini adalah pada tahun 2017 yang lalu. 

Allah Ajar Aku Belajar Erti Redha Dan Berserah

Ketika tu, aku berdoa pada Allah SWT semoga kandunganku selamat dan aku serahkan segalanya pada Allah SWT saja semata-mata . 

Seandainya aku layak untuk didatangkan seorang anak perempuan maka aku bersyukur dan seandainya aku terus di datangkan anak lelaki maka aku andaikan bahawa aku tidak layak untuk membesarkan seorang anak perempuan. 

Tak salah untuk buat scan tetapi memadailah untuk tahu tahap situasi dan keadaan kesihatan bayi kesayangan terlebih dahulu.


Read This : 

Akhirnya, Berjaya Kesan Jantina Baby Dengan Naluri Sendiri

Ketika sedang mengandung untuk kali yang ke enam itu aku dapat merasakan satu naluri. Naluri ini terasa amat kuat dan berada di dalam tubuh aku sendiri. 

Naluri ini dengan sendirinya membuatkan diri aku tahu yang aku sedang mengandungkan anak perempuan. Naluri ni timbul ketika kandungan aku sedang berada di tremister ke dua.

Namun aku tak beritahu pada sesiapapun tentang hal ni sebaliknya aku diamkan jer sampai selamat melahirkan. 

Disebabkan naluri tu juga aku sama sekali tak scan untuk tahu jantina anak seperti yang sering aku lakukan ke atas kandungan sebelum ni. Aku dengan kuat mahu mempercayai naluri aku sendiri daripada sebarang alat imbasan.

Saat itu juga aku cuba ingat kembali kenangan lama ketika mengandung sebelum ni dan memang betul aku pernah berperasaan yang sama. 

Apa yang membezakan sebelum ni aku dah dapat rasa sedang mengandungkan anak lelaki tapi dek kerana inginkan anak perempuan aku cuba tepis naluri tu.

saat mengandungkan anak ke 6


Pernah Tanya Rakan Lain Tentang Naluri Ketika Mengandung

Demi mendapatkan jawapan yang lebih pasti, aku turut bertanyakan pada rakan yang lain sama ada mereka turut pernah merasakan apa yang aku rasa berkaitan dengan naluri ketika mengandung ni dan jawapan yang aku terima adalah YA. 

Rupa-rupanya bukan aku seorang saja yang pernah melalui semua ini cumanya macam yang aku cakap tadi ramai yang pergi scan untuk mendapatkan jawapan yang kononnya lebih tepat walau dah pun mendapat naluri tersebut.

Yakin dan Berserah Adalah Pilihan Yang Terbaik 

Disebabkan sebelum ini aku sama sekali tidak yakin dengan naluriku sendiri hingga ulang alik scan ke doktor maka kali ini aku berazam untuk mempercayai naluri aku sepenuhnya. 

Untuk kali ini aku sama sekali tidak scan untuk tahu jantina baby sebaliknya aku hanya sabar menunggu hingga saat untuk melahirkan itu tiba.

Akhirnya, lahirlah bayi yang ku tunggu dengan penuh debaran ini. 

Ternyata, naluri yang memberitahu bahawa aku sedang mengandungkan anak perempuan adalah benar. Rupanya, Allah SWT telah pun menyuntik 'rasa' supaya si ibu tahu dari awal cumanya aku sendiri yang masih sanggup berhabis duit untuk membuat scan berulangkali.

KASIH SUFI - bayi ke 6, aku tahu jantina lebih awal berdasarkan naluri


Pengajaran Untuk Aku Sendiri 

Bila di fikirkan balik, ternyata kejadian ni benar-benar menyedarkan aku bahawa aku sendiri yang silap. Untuk apa aku terlalu mahu tahu jantina bayi sedangkan yang lebih penting adalah supaya baby selamat dan sempurna. 

Mungkin dek kerana itulah Allah SWT lambat memberikan bayi perempuan yang ku idamkan ini supaya aku boleh tersedar dari kesilapan sendiri.

Bagi ibu-ibu di luar sana, seandainya sedang mengandung, tanyalah pada diri korang sendiri. Renunglah dalam-dalam. InshaAllah akan timbul naluri yang akan boleh di baca oleh fikiran sendiri hingga kalian akan dapat jawapan bahawa bayi yang sedang di kandung itu lelaki atau perempuan.

Seandainya korang tersangat mahukan bayi lelaki mahupun perempuan seperti aku, tetapi masih belum berjaya lagi, redhalah... redha sepenuh hati... pasrahlah dengan merendah diri kerana apa yang kita tidak dapat itu sebenarnya akan membantu kita di kemudian hari.

Kesimpulan 

Semua pasangan yang berkahwin pastinya bersetuju bahawa mengetahui jantina anak merupakan antara saat yang dinanti-nantikan apabila isteri disahkan hamil. Mengetahui jantina bayi merupakan antara saat yang dinanti-nantikan.

Ibu-ibu mengandung mesti teruja kan nak tahu jantina bayi yang dikandung. 

Apapun, pada pendapat aku sendiri yang pernah mengandung dan melahirkan sebanyak enam kali ini, cara yang paling tepat untuk tahu jantina bayi di dalam kandungan adalah NALURI SI IBU ITU SENDIRI.

Sesungguhnya, naluri ibu mengandung memang sangat berkaitan dengan jantina si anak yang sedang di kandungkan. Allah Maha Besar.

Hakikatnya, baru kini aku yakin seyakin yakinnya yang naluri ibu ketika mengandung berkait rapat dengan jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



24 comments for "Cara Paling Tepat Untuk Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan "

  1. allaalaaa... comenya qaseh.... akak guna instinct, wlupun semua anak girl tp lain bila mengandung kat jannah lain sgt alahannya, tapi instinct mmg girl juga wlupun alahannya lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kak shila pun comey tomey... kalau leh jumpa lgi best kan? Sama la awa pun alahan lain2 tpi instinct mmg betul la kak.. huhu

      Delete
  2. Tak leh nak bagi pendapat lg xde pengalaaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... inshaAllah nnti akan tiba juga saat tu.. keep trying my fren! =D

      Delete
  3. alhamdulilah termakbul juga impian hawa....rezeki dapat baby girl yang comey..yg penting jgn putus asa kan awa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. alhamdulillah. itulah jangan putus asa. cuba sedaya yang boleh =D

      Delete
  4. mrs pip pun guna naluri juga time preggy nak teka jantina anak...1st and 2nd tu mmg rasa boy, yg kluar pun boy juga...yg ni rasa mcm gegirl pula, so kena tunggu ogos ni la baru tau naluri tu betul ke tak...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mrs pip. Awa naluri yang lain smua boy tapi gatal gi scan juga dek kerana nak gegurl punya pasal. Lastly tak nak tolak naluri dah. yakin 100% and yes im right. thank god its a girl. so awa yakin mrspip kali ni mesti gurl. tak sabar pula nk tengok rupa baby mrspip nanti. mesti mata sepet mcm chinese gak kan? =D

      Delete
  5. bestnyaaa ada baby.. nnti in shaa Allah thun ni akan dapat 2 anak buah! anak sendiri tak ada lagi.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay la tu.. anak buah pun boleh gak tumpang happy =D syoknya bau baby baru lahir. Wangiiiii

      Delete
  6. Kalau baby first mcm mana eh ? Untuk kandungan 4 bulan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak nombor berapa pun InshaAllah ada naluri tu cumanya kena sabar, redha dan fokus untuk bersyukur atas baby yang Allah SWT kurniakan

      Delete
  7. Allahu Akhbar.. Sy menangis bila bab part naluri sseorg ibu. 35wks sy ke O&G baru dpt scan jantina katakan boy. Luluh terus prsaan sy. Smpi skrg sy dpt rskn sy mgandung baby girl sbb Dr mula lg dpt rs pbezaan Dr semua aspek mgandung bby boy dgn yg skrg. Nk pergi scan x tahu bila lg sbb skrg sy mgandung 37wks. Bbaloi kah sy pg scan atau tggu keajaiban smsa bsalin nnt. Naluri hati sy kuat katakan baby girl sbb sy ada minta kwn doakan dpn Kaabah selain sy dan mertua pernah mimpikan budak kecil ppn yg comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam momma zyetha... tahniah kerana bakal menerima cahayamata.. jika di tanya pada pendapat sis, tak perlulah scan lagi.. makin seronok rasanya tahu jantina di bilik bersalin kerana dapat lihat wajahnya sekali. Sis sndiri dah lalui dan terasa betapa indahnya saat tu daripada tahu jantina lebih awal. Yang penting baby di dalam kandungan sihat dan soal jantina serahkan saja segalanya pd Allah SWT. Tunggu detik indah itu yang pastinya akan tiba tidak lama lagi =D

      Delete
  8. Salam . Sy tgh mengandungkn anak sulung. Baru 18 mnggu .
    suami teringin sgt anak lelaki . sy pun teringin anak lelaki jgk . tapi tk kisah pun boy ke girl .

    asalkan sihat je . huhuhu
    sy memang teruja sgt , hari hari search d fb atau goggle nk tngok info jantina baby . hihihi .
    tak sabar sangat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah... truskan search info boleh tambh ilmu dan rapatkan diri dgn baby =D

      Delete
  9. Sy pun mcm sis juga. Now hamil yg ke 6 setelah semuanya boy. Kdg2 saya rasa malas nak tahu tp prasaan nak gurl tu sgt mmbuak2. Takut trlalu mgharap klu x dpt nnt akan frust. Mcm mane nak tau naluri ibu tu sy x pasti sbb saya rasa preggy sama sameje sume2 nya..naluri yg mcm mane tu ye sis rasekan sbnrnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fyza, terima kasih sudi singgah sini. Sis faham apa yg Fyza rasa sbbnya sis dh prnh alami apa y Fyza alami. Nak gurl tu hnya Tuhan saja yg tau! Nakkkkk sngattttt susah nk ckp dgn mulut kan! Tiap kali ngandung mauuuu sgt yg itu adalh gurl. Harapan tu tinggi betoi... serius sis masih ingat semua tu... huhu...

      Tapi apa yg sis dh belajar, masa sis sgt2 nak tu Allah x makbulkan. Sis doa betul2 sbb sis fikir Allah akan bg bila sis x henti doa tapi Allah x makbulkan masa tu sbb rasanya niat sis x betul.

      Apa yg sis belajar akhirnya... sis redha je Fyza. Sis mcm tersedar dr mimpi yg sis ni mcm dh terlalu sgt mngharap nakkan gurl sampaikan sis lupa y soal bg rezeki ni bukan keja sis dan waktu tu sis mula baik sangka dgn Allah dgn tak lg trlalu mngharap. Sis terus redha dgn alasan Allah tak bg kerana Allah tau itu lebih terbaik.

      Masa sis redha tu sis th ngandung anak ke 6 dan mmg dalam doa sis terus ckp jika Allah tak kasi baby gurl sis x marah. Sis x rasa hampa. Sis redha, sis positif. Kerana redha tu sis tak langsung prgi scan kat klnik swasta mcm kandungan yg lepas2. Sis juga x sibuk tanya doktor kerajaan boy or gurl masa scan check kesihatan baby. Sis juga x sibuk tgk baju baby gurl yg cantik2 mcm dulu kat online.

      Masa tu juga sis rasa tergerak dalam hati y sis sdg kandung baby gurl. Sis rasa mcm ada satu suara bisik yg sis tgh hamil gegurl. Tapi sis x ckp kat sapa2 dan sis juga x beri apa2 harapan kat diri sndiri. Apa yg sis buat sis terus redha dan sis +ve je utk terima apa yg Allah nk bg.

      Saat dalam bilik bersalin, selepas melahirkan, ketika itulah baru sis tahu yang Allah dah beri gegurl utk sis. Allah dah dengar prmintaan sis dgn hadiahkan sis gegurl. So, bg sis.... sis sndiri yg silap sebelum ni. Sebab sis terlalu mengharap. Sis terlalu taksub nkkan baby gurl. Sampai sis lupa yg Allah tu lebih tau apa yg baik dan buruk utk diri sis.

      Jadi nasihat sis, jgn terlalu harap utk dptkan gurl mcm tu. Lepaskan azam tu dan gantikan dgn rasa redha. Berbalik semula yg anak ni rezeki dr DIA. Tak dpt gurl mungkin.... mungkin jika ada baby gurl diri kita semakin lupa pd DIA. Jadikan pa yg sis lalui sebagai pengajaran dan serahkan semuanya pada Allah Taala...

      Paling penting.. tahniah utk kehamilan yg ke 6!! Bukan calang2 orang dpt lalui sehingga 6 kali ni... dan semoga baby lahir dgn selamat dan sempurna. Ameen.... (Ada masa jemput dtg lg ke blog sis)

      Delete
  10. assalamualaikum sis.. alhamdulillah,, ayu skg nie tgh preggy 5bln lebih,, n ini first baby.. tiap hari baby saya slalu aktif.. tendang sana tendang sini.. 😂 masa first scan dkt kk x dpt tgk lgsg jantina baby nie,, sbb ye laa,, tlampau aktif.. punye sabar doktor tu scan,, at last x dpt juga.. last2 doktor kata,, kita tunggu bln ke 7 nti baru scan ye.. tu pun blm tentu boleh nmpk.. sedihnye.. pdhal masa scan tu tepat2 befday husband saya.. husband saya tak laa nak sgt bby girl,, tp naluri kami suami isteri dpt rasakan baby nie bby girl.. so masa scan tu igtkn dpt laa bg hadiah extra surprise utk en husband.. akhirnya hampa.. kena tunggu sebulan lbih lagi.. klu ckp ttg naluri,, naluri saya kata girl,, tp msh ragu2,, ye laa,, first bby kn.. n sampai hari nie,, semua org d skliling saya,, kwn2,, kedua2 belah fmly msh bingung sama ada girl or boy.. tgk bntuk perut mcm boy,, tp bila tgk tanda2 yg lain,, lebih kpd girl.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1ST BABY boy or gurl dua2 ok... sbbnya anak pertama ni sgt special utk kita explore alam ibubapa bersama suami

      Delete
  11. Assalamualaikum kak..nanges nya saya..kental hati akk..saya tak sekental akk..kandungan ke 4 saya ni xsengaja.makna nya melekat walaupun kami suami isteri dah buat cara planning.saya hari2 pkai bengkung.satu hari tu beh perot rasa saket.2bulan saya xdtg periet perut buncit.bila cek saya ngndung 7mggu.mmg saya suami pun tak besedia nk nmbo 4..jadi saya mkn nenas byk2 hari2..tp kandungan tu maintain sehat kak..saya nanges dan pikir mungkin rezeki ni allah nak bg juga..saya pkir juga mungkin rezeki kali ni girl.sbb ank saya sebelum ni semua boy..jd saya ngndung kali ni alah kuat.ade bau2 je mual la..jadi saya redha dgn kurnian rezeki allah beri..dan naluri kuat saya ngndung bby girl sbb sebelum ni ngndung mmg xsama dgn nmbo 4 ni..saya kne scan klinik mmg xnk tau jantina tp doc sebok dok ckp stiap kali scan.boy.boy.boy..saya sentap bila dgr pula sedara mara tgk perot pun dorg boleh ckp lonjong ke dpn ni...boy yer..saya ckp xtau..dorg ckp boy ni..xpe...cuba lg laen kali...😭ape perasaan akam kalo kat tempat saya..dorg buat saya stress je..xpela kalau boy pun..rezeki allah nk bg kan..yg boleh ckp cuba lg tu saya xtahan..baby dlm perot lg time tu😭😭saya stiap kali g klinik mmg nampak baby girl saya sayu hati.dan menitis ati mata..mmg hati tisu saya ni..saya mmg xde berdoa kat allah kurnia kn ank perempuan ke mmg x. Saya xberharap..tapi ank sulung saya yg berharap..tiap2 mggu dia berdoa..hurm...nanges lg saya..saya kata abg xkisah la kalau boy pun..allah nk bg apa pun adik abg.abg kena terima..ank jwb tp abg nk girl juga.esok tu dia doa lg..allahu..penat dah saya dgr dia berdoa.xnanges dah saya sekarang.saya dah 36w..ank no.3 dlu besalin 34w..yg ni bertahan lg..akak doa kan saya dipermudahkan urusan bersalin yer kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. terima kasih sudi baca kat sini ye... bercerita tentang planning, akak sndiri x prnh plan utk dpt anak hingga 6 org.. masa mula kawin dulu x prnh terfikir nak bersalin hingga 6 org. Tapi dh ini rezeki dan rezeki ni bukannya Allah boleh kasi kat semua org... jdi kita kena syukur sgt2 sbb tiap anak yg lahir Allah akan selitkan bersama dgn rezeki utk kita suami isteri tumpang. betul! x caya cuba fikir balik tiap anak yg lahir rezeki apa yg dia bawa. mesti ada... cuma kdg2 kita x terfikir ke situ =D

      Apapun alhamdulillah kandungan sihat.. dan tahniah sbb segera faham yg itu adalah rezeki dr Allah utk adik jaga... soal jantina, jgn stress walau apa org cakap.. jgn juga fikir yg bukan2 dan jgn juga sedih bila anak sebut nk bby gurl. Anak saya yg sulung dh 14y masa tgh ngandungkan Kasih dia hari2 sebut nak bby gurl. Jawapan akak balas adalah dlm nada gurau yang akak nak boy, sbb akak nk akak sorang je pompuan dlm rumah.. itu jawapan yg selalu di bagi supaya diri x stress dan anak boleh pasrah awal2..

      Soal alahan,, YA ngandung gurl sis alahan teruk dan cukup mudah sentap! sikit2 nk nangis... sikit2 nk sedih.. masa ngandung yg lain tak pula... cuma, tolong jgn berharap itu gurl walau ada naluri... takut nanti bila terlalu berharap Allah ubah last minute.. siapa tahu... jadi banyakkan berserah dan lupakan soal jantina.. fokus utk sayang anak x kira dia siapa.. =D

      Delete
  12. Salam,sis. Saya pun macam sis ada anak 5 boy dan sekarang tgh mengandung yg ke 6.. Nakkk sanggattt baby girl..sampai macam2 dah cuba,keledar cina jwpnny pun girl,uji soda bikarbonat jwpnnya pun girl..tapi baru2 ni pergi scan doktor cakap boy jgk..
    Tp kenapa saya masih lagi harapkan anak yg saya kandung ni girl?dah tak tahu nak tepis perasaan tu..sampaikan saya sangkal yg doktor ckp tu,selagi saya tak tgk dgn mata saya sendiri nanti..kenapa kali ni terlalu tinggi harapan saya? Saya selalu berdoa agar Allah berikan yg terbaik untuk saya dan suami..
    Walaupun mulut kata redho tapi hati ni Allah saja yg tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... sis paham! mmg membuak2 sbb dah lama teringin kan... tapi jangan fikirkan sangat... biarlah hari bersalin tu nanti je tahu boy or gurl. Yang penting tak kira apa saja, kena terima... ingat! itu rezki Allah pd kita. Allah hantar kelahiran bersama dgn rezeki utk ibu bapanya tumpang jd jangan sesekali tolak rezeki tu dgn hati yang berbolak balik. :)

      Delete