Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES - PERCUTIAN HUJUNG MINGGU DI KOTA BHARU, KELANTAN

Bagi yang punya anak-anak semestinya cuti sekolah akan membuatkan mereka teruja untuk berseronok. Masing-masing dah mula bertanya kat mana akan di bawa mereka jalan-jalan. Tapi, masalahnya apakah ibu dan ayah punya masa dan kewangan yang cukup untuk tunaikan keinginan anak-anak itu? Ualls jangan panik dan susah hati kerana aku ada satu cadangan yang bagus untuk gembirakan anak-anak walau dengan budget yang ciput. Cara ini telah pun aku gunapakai di HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES, Kota Bharu Kelantan.




CIPTA PERCUTIAN HUJUNG MINGGU SENDIRI
Selalunya nak bercuti je mesti kena tunggu cuti panjang. Why?? Tak kan kegunaan semua hotel, resort, chalet dan homestay ni hanya masa cuti panjang saja? Salah tu. Hotel ni di buka setiap hari dan setiap masa maka kita gunakanlah peluang tu untuk cipta cuti kita sendiri bersama keluarga di hujung minggu. Tak perlu pilih hotel yang jauh-jauh memadai dengan hotel yang ada berdekatan dengan rumah kita.

Tak membazir ke bercuti hanya di dalam kawasan tempat tinggal sendiri? Mungkin ini yang akan di tanya oleh ualls di luar sana tapi untuk aku ianya tidak membazir sama sekali asalkan ualls kena pastikan hotel yang ualls pilih tu ada pelbagai kemudahan yang sememangnya tidak ada di dalam rumah kita sendiri.

Antara kemudahan yang aku maksudkan di sini adalah....
  • Bilik yang best
  • Kolam renang 
  • Restoran
  • Shopping mall
  • Gym
  • Pemandangan menarik
Ruang legar yang menarik dan selesa

KELEBIHAN BERCUTI DI LUAR WAKTU PEAK SEASON
Peak Season!! Hmmm inilah istilah yang memang aku kurang gemar sebenarnya. Kerana apa? Semestinya di sebabkan terlalu ramai orang lain di luar sana yang sedang bercuti dalam satu waktu yang sama. Sememangnya waktu begini di gunakan untuk bersenang lenang bersama keluarga bagi melepaskan stress dan lain-lain tapi bagi aku yang punya anak ramai ini waktu ini aku cuba elakkan kerana tak larat nak bersesak-sesak. Hahaha. 

Tak salah bercuti time peak season tapi pastikan sudah ada persediaan dan perancangan untuk bercuti dengan lebih awal. Jangan buat kerja last minute hingga diri sendiri rasa tak puashati. Yelah, walau peakseason ualls boleh je tempah hotel lebih awal dengan cara atas talian tapi di buatnya juga last minute punya kerja, alih-alih bilik hotel penuh..!! Alamak.... siapa yang susah? Eh eh aku ni dah terlajak masuk bab lain pula hahaha... jom jom berbalik semula kepada tajuk yang tadi.

Antara kelebihan bercuti di luar waktu peak season ialah:
  • Harga bilik lebih murah
  • Tidak perlu bersesak-sesak
  • Tidak perlu menghadap traffic jammed
  • Dapat 'family time' bersama keluarga dengan lebih santai
Bilik simple dengan harga sepadan

HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES, KOTA BHARU
Inilah hotel yang pertama sekali di pilih. Ini di sebabkan dah terjatuh hati dengan kawasan Wakaf Che Yeh yang amat terkenal sebagai syurga membeli belah. Dari hotel 'Holiday Villa' hanya perlu berjalan kaki saja kerana pasar Wakaf Che Yeh terletak betul-betul di hadapannya. Jadi hanya perlu biarkan saja di tempat parking dan senang juga nak jalankan proses punggah memunggah daripada pasar Wakaf Che Yeh ke bilik hotel. Wakaka... eh idok laaa aku ni bukannya hantu shopping tahap extreme pun. (ayat tak berani nak mengaku)

Tambahan pula di hotel tersebut turut terdapat swimming pool dan juga hanya terletak bersebelahan dengan Mc'Donalds. Selain daripada itu turut terdapat gym dan kriteria ini semua ternyata memenuhi kehendak aku, suami dan anak-anak secara keseluruhannya.



Maka, berangkatlah kami ke Kota Bharu Kelantan yang hanya memakan masa lebih kurang 45minit saja dari rumah. Walau tidak sejauh mana namun terpancar cahaya kegembiraan di wajah anak-anak. Di sebabkan jarak yang tidak terlalu jauh maka baby Kasih sama sekali tidak merengek dan baju juga tak perlu di pack dengan jumlah yang terlalu banyak. Ala-ala macam sedang lari dari rumah pun ada.


HARGA BILIK SESUAI DENGAN BUDGET
Di hotel ni ada pelbagai bilik. Ualls pilih je mengikut budget masing-masing. Jika takut bilik kosong takde, ualls boleh booking lebih awal hanya secara atas talian melalui pelbagai website tempahan hotel. Antara website yang bagus untuk di gunakan adalah TRAVELOKA.


Berehat sekejap sebelum mandi kolam...



Ini pemandangan kolam renang dari bilik di duduki. Kolam renang ini terletak di dalam bangunan jadi takde la isu panas di tengahari. Disebabkan kolamnya indoor maka ada juga pelanggan yang menempah lokasi ini untuk mengadakan private party seperti majlis makan malam, candle light dinner dan juga majlis harijadi.


Nampak je kolam renang apalagi terjun lah. Kalau di ikutkan hati mau terjun sekali tapi malu punya pasal aku duduk atas bangku yang banyak di sediakan di tepi kolam saja. Bagus juga ada bangku-bangku sebegini, sebabnya ia bukan hanya memudahkan pengunjung untuk bersantai malah memudahkan ibu ayah seperti aku untuk memantau keselamatan anak-anak kecil ketika mandi di dalam kolam.

Rasa macam nak tumpang sekaki... 

Kolam renang ini turut di bahagikan kepada tiga tahap kedalaman. Yang pertama untuk bayi dan kanak-kanak yang masih kecil, yang ke dua tahap remaja yang baru nak pandai berenang manakala tahap ke tiga adalah untuk yang sudah pandai berenang sepenuhnya. Tahap pertama yang cetek tu turut di sekat dengan pagar demi keselamatan. Anak-anak aku memilih untuk berada di kedalaman yang ke dua.



PARKING YANG SANGAT TERHAD
Inilah satu-satunya masalah yang aku hadapi. Oh la la. Parking sangat-sangat limited ualls. Sebab itu jika ualls nak pergi shopping ke Wakaf Che Yeh di seberang jalan tu elok sangat biarkan saja kereta kat tempat parking kalau tidak alamatnya ualls payah pula nak dapat parking lagi. Tapi jangan susah hati kerana masih ada tempat parking lain yang banyak di kawasan sekitar so parking je bersama pengunjung Wakaf Che Yeh yang lain.

MENCARI TEMPAT MAKAN YANG BEST
Di hotel terbabit turut mempunyai restoran yang telah sememangnya di sediakan tapi hati aku ni teringin sangat nak makan ketam pada hari tersebut. Maka fikir punya fikir akhirnya kami memilih dua buah restoran sebagai tempat untuk kami mengisi perut pada hari tersebut.

Yang pertama JL FARA CRAB, Wakaf Che Yeh dan yang ke dua MR CRAB KELANTAN. Ke dua-dua restoran terbabit tidak terlalu jauh dengan HOTEL VILLA HOTEL & SUITES

Jl Fara Crab terletak di kawasan yang sama dengan jalan utama yang sama. Tempoh jarak masa untuk ke Jl Fara Crab daripada hotel 'Holiday Villa' hanyalah sekitar 10 minit saja. Di pendekkan cerita kalau duduk di tingkat atas hotel sudahpun nampak bumbung restoran JL Fara Crab tu. Kalau malas nak cari parking dan mahu mudah hadamkan makanan lepas makan, ualls boleh berjalan kaki saja sambil menjamu mata dengan pelbagai barangan yang terpamer di kedai-kedai di sepanjang perjalanan.

Untuk makan malam kami memilih Mr Crab Kelantan yang terletak di Wakaf Baru, jalan yang menghala ke tumpat. Jarak restoran ini dengan hotel adalah sekitar 20 ke 30 minit. Bagi yang kurang arif dengan jalan Kelantan ualls boleh gunakan aplikasi waze. Gerenti jumpa.




Yang pasti, aku dah berjaya jalankan satu misi percutian yang ringkas tanpa perlu tunggu tibanya cuti sekolah yang panjang. Apa pendapat ualls? =D




10 comments for "HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES - PERCUTIAN HUJUNG MINGGU DI KOTA BHARU, KELANTAN"

  1. best hotel nih
    tak silap dekat dengan mcd dengan wakaf che yeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA mmg best! betul la tu... dekattt giler ngan mcd wakaf che yeh =D

      Delete
  2. tiap kali aida ke KB, ni la hotel aida singgah.
    so far lom pernah lagi bertukar ke hotel lain, awa.
    pool nyer indoor. depan dgn wakaf che yeh.
    mudah nak shopping and makan2.
    biasanya aida akan amik bilik hadap mcD. luas. tapi mahal skit la dari bilik lain.
    and aida akan minta bilik yg berkarpet, mudah nanti mlm nak tido. dan tak sejuk kaki kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. betul2 depan wakaf che yeh!! mmg mudah nk gi shopping kalau stay sini. kalau aida dtg lg nnti roger la kat awa, boleh kita jumpa.

      Delete
  3. kita kelik kampung tak sempat nak makan kat mr crab hhahahah tutup sokmo

    ReplyDelete
  4. bab parking tu meme betol awa,, baru ni g kebetulan ado kosong,, 1 parking,, kalo tak menangis,, sebab jenis nervous bab parking ni @_@

    ReplyDelete
  5. terima kasih kasi review yang padat. next week nak kena kesana atas urusan kerja. harap2 mencapai keseronokan yang diidamkan la..hehe

    ReplyDelete