Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MAKAN SEDAP DENGAN PANORAMA INDAH DI SHAR'NIS CORNER - KUALA PERLIS

Setiap kali pulang ke Perlis aku suka untuk luangkan masa sekejap bersama suami dan anak-anak di sekitar pantai Kuala Perlis. Meskipun pantai Kuala Perlis tidak mempunyai pasir yang memutih dan halus tetapi di ia tetap cantik dengan panorama senjanya yang sangat menarik. Antara tempat yang aku suka pergi adalah SHAR'NIS!

Apa itu SHAR'NIS? Shar'nis sebenarnya nama sebuah kedai makan yang terletak betul-betul di dalam kawasan medan ikan bakar Kuala Perlis.



Medan ikan bakar ini terletak berhadapan dengan Putra Brasmana Hotel dan bersebelahan dengan Masjid Terapung Kuala Perlis. Maka, jika ualls datang ke sini pada waktu petang merangkak senja pun tidak mengapa kerana ada masjid yang sangat hampir untuk ualls tunaikan solat maghrib.

 

 Inilah pemandangan waktu senja yang ku rakam ketika sedang berada di Shar'Nis. Cantik kan? Nunnn jauh di sana adalah wajah Pulau Langkawi yang kelihatan samar-samar dari kejauhan.





Macam yang ku cakap tadi, pantai Kuala Perlis tidak mempunyai pasir memutih seperti tempat peranginan yang lain sebaliknya pantai di sini adalah berlumpur dan lumpur inilah yang membantu memberi rezeki pada penduduk setempat. Bila pulang ke Perlis sangat-sangat wajib pekena makanan laut yang fresh dan sedap!! Kerana itulah aku suka berada di Shar'Nis.

Di sebabkan malam itu kami sudah berjanji untuk makan bersama keluarga di rumah maka aku dan suami mengambil keputusan untuk memesan ABC dan sotong goreng tepung saja. Walau menu sangat ringkas yang di pesan namun wajah anak-anak tetap tampak happy kerana dapat luangkan masa menikmati pemandangan yang cantik di depan mata. 


Terus terang aku katakan, sudah banyak restoran yang menyediakan sotong goreng tepung ini aku singgah namun di sini lah yang paling best sekali aku rasa. Tepungnya yang sangat rangup dengan sos yang manis pedas membuatkan kami makan tanpa boleh berhenti. Hahaha. Kerana sotong goreng tepung ini jugalah kami akan cuba singgah ke Shar'nis ini setiap kali punya masa terluang ketika berada di Perlis.


Selain daripada sotong, ualls boleh order makanan yang lain seperti udang dan ketam.. Semuanya fresh dan terbaik. Harga juga berpatutan. Jika datang untuk makan malam ualls boleh order sekali dengan nasi putih dan jika mahu makanan laut ini di masak dengan resepi yang lain juga boleh. Sebut saja semuanya ada. Baik tomyam, tiga rasa, stim dan sebagainya... segalanya sedapp!!


Apa yang pasti, sekiranya berkunjung ke Kuala Perlis, ualls wajib singgah ke medan ikan bakar Kuala Perlis dan di dalam banyak-banyak kedai yang terdapat di situ, ualls pilihlah Shar'Nis kerana masakannya memang sedap dan terbaik... ops, jangan lupa untuk order sotong goreng tepungnya tau!

SHAR'NIS CORNER - KUALA PERLIS - THE BEST !!

Jika singgah waktu petang InshaAllah meja masih banyak namun jika mahu datang untuk makan malam aku sarankan ualls call untuk booking meja terlebih dahulu. 

 Untuk sebarang tempahan dan booking meja boleh hubungi:
 SHAR'NIS CORNER
Kuala Perlis SM6, Laman Brasmana
02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
Tel: 019-4325039
 Buka setiap hari : 5pm and above

3 comments for "MAKAN SEDAP DENGAN PANORAMA INDAH DI SHAR'NIS CORNER - KUALA PERLIS"