SINOPSIS TELEMOVIE AKU NAZMI - TV3
Mengisahkan Nazmi seorang orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai sebuah perniagaan online berupa barangan doorgift dengan si bantu oleh ibu dan sepupunya yang bernama Rafi.
Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang untuk seorang pelanggan perempuan yang bernama Ilya Farhana. Walau tampak cantik dan menarik namun hakikatnya Ilya merupakan seorang OKU juga kerana mengalami kekurangan pekak dan bisu.
Nazmi telah jatuh hati pandang pertama dengan Ilya dan sedaya upaya cuba mendekatinya. Nazmi tertarik dengan sikap lemah lembut dan comel. Ibu Nazmi ikut tertarik dengan rupa Ilya selepas melihatnya di gambar.
Hubungan Ilya dan Nazmi di rahsiakan dulu daripada ibu Ilya namun akhirnya ibu Ilya iaitu Puan Juha mendapat tahu dengan siapa anak gadisnya berhubungan dan Puan Juha nekad untuk membantah keras hubungan tersebut kerana memikirkan masa depan Ilya yang agak kurang terjamin jika terus bersama Nazmi.
Nazmi tetap berusaha demi Ilya. Bagi Nazmi tiada insan lain yang lebih layak untuk menjadi isterinya selain Ilya. Berjayakah Nazmi untuk memperisterikan Ilya sebagai satu-satunya permaisuri di hati?
Lakonan hebat Aida Jebat, Jay Iswazir dan Sheila Rusly.
Drama ini dipertontonkan buat kali pertama pada SABTU 31 MARCH 2018 bersempena dengan
DFKL (Drama Festival Kuala Lumpur) 2018.
_________________
Suka dengan blog ini? Jika ya, bolehlah menjadi salah seorang followers dengan KLIK DI SINI
Ala tak sempat tengok
ReplyDeletecite ni memang win !
ReplyDeletememang semua yang berlakon tu menjadi !
allah, tergelak gelak tgk diaorang berlakon.
dan mesej yg disampaikan juga amat bermakna.
antara suka, cinta dan kehidupan realiti.
Tak sempat nak layan semalam. Apa-apa pun selamat berkenalan awak 😄
ReplyDeletemenarik la cerita ini..
ReplyDeletecerita cinta yang agak luarbiasa..
pasti syok tengok