Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENGINAP DALAM SUASANA DESA YANG AMAN DI KTH HOMESTAY & COTTAGE, PERLIS

Alhamdulillah... perjalanan kami dari Kelantan ( Baca Sini ) semuanya berjalan dengan lancar dan kedatangan kami dari Pantai Timur ke Utara ini tidak mengalami apa-apa masalah yang tidak sepatutnya. Mungkin juga di sebabkan perancangan kami yang telah membuat tempahan dari awal untuk semuanya termasuk tempat penginapan, tempat menjamu selera dan lain-lain lagi.

Setelah tiba ke bumi Indera Kayangan kami di serang situasi perubahan cuaca yang agak drastik. Patutlah Perlis ni negeri terpanas, memang panas pun tapi di sebalik panasnya tu ada kelebihannya yang tersendiri. Maksudku dari segi aspek pertanian dan hasil buminya seperti anggur, harum manis, padi dan lain-lain lagi.

Untuk penginapan di malam pertama kami di Utara ini, kami membuat keputusan untuk bermalam di KTH HOMESTAY & COTTAGE. Penginapan di sini makin meriah dengan adanya Mek Yuni yang baru tiba dari Kelantan berserta dengan Kak Sheila yang sememangnya berada di Utara (Changlun).

Dari kiri  : SIS GEE, SIS HAWA, MEK YUNI & KAK SHIELA 

Kami berempat yang sememangnya adalah ahli-ahli utama di dalam #teambpt #bloggerpantaitimur menggunakan kesempatan ini untuk bertemu bertentang mata untuk sama-sama saling mengeratkan silaturrahim yang telah terjalin di antara kami melalui blog.

Pelbagai aksi.... pelbagai tema..... actually susah gila nak buka mata, panasssss oiiii.... 

KTH Homestay & Cottage ni terletak di betul-betul bersebelahan dengan Sek Keb Oran, Mata Ayer Perlis. Jika ualls nak ke sini tak perlu susah hati, ualls cari je Sek Keb Oran dan akan terbentanglah papan tanda dan anak panah tunjuk arah untuk ke KTH Homestay sebaik saja sampai di sana nanti. Seperti mana yang aku cakapkan tadi cuaca di Perlis agak panas maka di sebabkan itulah kami mengambil keputusan untuk menginap di KTH ini.

KELEBIHAN UTAMA KTH HOMESTAY & COTTAGE, MATA AYER PERLIS

Homestay ini diwujudkan dengan konsep suasana kampung yang permai dengan berlatarbelakangkan kehijauan pokok, kicauan burung, keharmonian penduduk setempat dan lain-lain lagi. Pendek kata KTH Homestay & Cottage ini seolah-olah sebuah desa kecil yang boleh di huni sebagai tempat untuk melarikan diri dari suasana hiruk pikuk kota. Cuaca panas bukan penghalang malahan sebuah keistimewaan kerana ualls suasana di KTH Homestay & Cottage ini agak redup akibat di tutupi oleh pokok-pokok yang tumbuh merendang di sekelilingnya.

Perkara pertama yang ku suka adalah tempat parkingnya yang luas dan bersebelahan dengan bilik masing-masing. Pilih je nak parking di kawasan mana satu dan yang pasti kenderaan masing-masing tidak akan terlepas dari tinjauan pandangan mata.

Welcome to KTH Homestay & Cottage

Di sebabkan kami tiba sudah lewat petang maka kami mengambil keputusan untuk segera daftar masuk ke bilik masing-masing. Setelah menerima kunci, kami semua mula memantau keadaan bilik penginapan masing-masing, berehat dan membersihkan diri yang dah melekat lekit dek peluh sepanjang hari sejak pagi tadi.

Di sini ku senaraikan sekali harga untuk bilik-bilik yang ada di sini. Terdapat dua jenis ruangan penginapan sebenarnya. Yang pertama adalah sebuah rumah yang agak besar dan yang ke dua adalah chalet yang lebih kecil. Jika datang dengan famili yang besar boleh menginap di dalam sebuah rumah manakala jika hanya berdua (berbulan madu) mungkin bertiga atau berempat ( punya anak seorang hingga dua orang), bolehlah menyewa bilik chalet yang mempunyai satu katil double berserta satu katil single.

Pandangan halaman homestay dari bilik atas
ANTARA JENIS BILIK YANG TERDAPAT DI KTH HOMESTAY & COTTAGE :
*** KTHA 
mempunyai 2 bilik ( 1 bilik kipas + 1 bilik aircond ) RM 110

*** KTHB 
mempunyai 3 bilik ( 1 bilik kipas + 2 bilik aircond ) RM 140

*** KTHD 
mempunyai 3 bilik ( 1 bilik kipas + 2 bilik aircond ) RM 160

*** KTH Cottage 
mempunyai 11 unit standard chalet ( katil double , bilik aircond ) RM 85

Kemudahan lain, ada menyediakan:-
1. breakfast (RM6 perpax)2. Lunch & Dinner (RM15 perpax)
3. Kolam renang mini (air dari mata ayer- jernih)- 2 unit


Aku dan Mek Yuni memilih untuk menginap di bilik KTH Cottage yang comel dengan harga RM85 semalam secara bersebelahan manakala Sis Gee dan Kak Shiela menginap di KTHD yang lebih luas. Bilik yang ku duduki ini mempunyai sebuah katil double berserta sebuah katil single. Selain daripada itu turut terdapat wifi, penghawa dingin, waterheater, iron with board, peti sejuk mini, TV, cerek elektrik, cermin besar dan lain-lain lagi. Walau bilik ini agak sempit untuk jumlah aku sekeluarga namun alhamdulillah kami dapat tidur dengan lena. Pendekata semuanya cukup lengkap!!

Inilah rupa bilik yang ku huni bersama famili....







Nak tahu kenapa aku memilih bilik ini daripada tinggal di dalam bilik KTH lain yang lebih besar? Aku bukannya tak sedar diri dengan anak-anak yang ramai ni cumanya aku sedaya upaya mahu elakkan anakku, Awwal daripada tangga yang ada terdapat di dalam KTHD tersebut. Inipun dia asyik ulang alik masuk ke situ dek kerana nak main tangga tu... hmmmm... Awwal oooo Awwal... 

Inilah rupa bilik KTH yang jauh lebih besar daripada bilik yang ku duduki tadi. Ini bukan bilik dah sebaliknya sebuah rumah 2 tingkat dengan 3 buah bilik. Rasanya hingga lima famili boleh stay dalam rumah ni sebabnya toto turut di sediakan bagi yang ingat melepak sepanjang malam di hadapan TV di ruang tamu.

Inilah tangga yang amat menarik hati Awwal
Anak-anakku dah tak boleh tahan sabar. Akibatnya bukan mereka mandi di bilik sebaliknya terjun ke dalam kolam renang yang ada di situ. Terdapat dua buah kolam mini semuanya dan ualls boleh terjun ke dalam kolam renang yang telah di sediakan ini pada bila-bila masa. Jika tak suka berendam waktu siang ualls boleh berendam di waktu malam kerana kolam renang ini terletak betul-betul di hadapan bilik masing-masing.

Bagi memudahkan ibu ayah pantau anak-anak, owner turut meletakkan bangku di luar bilik sebagai tempat sembang. Jika ualls kaki buku, dapat juga jadikan kerusi ini sebagai port untuk membaca sambil menghirup udara segar yang aman damai berserta bunyi air di kolam.

Bilik yang comel dan memuaskan dengan suasana kampung

Apa yang membuatkan aku makin jatuh hati dengan homestay ini adalah apabila terlihat adanya mesin basuh dan ampaian. Dua perkara ini walau tampak biasa namun bagi aku ia benar-benar telah mampu menunjukkan rasa kasih dan sayang di empunya homestay terhadap para penginap. Apa tidaknya, dengan adanya ke dua-dua 'benda' ini ia telah mampu memudahkan urusan seorang ibu seperti aku yang agak pening kepala apabila memikirkan baju kotor kami sekeluarga.

Puteri Kak Sheila sedang seronok berendam di kolam... bestnyaaaaa

Seperkara lagi ianya amat membantu situasi aku yang terpaksa melayan kerenah anak-anak yang asyik nak berendam di dalam kolam renang tu. Dengan bantuan pemilik homestay aku bebas membasuh pakaian dan mengeringkan baju anak-anak selepas aktiviti mandi kolam terbabit. Yesss!!! I like it so much.

Dua anakku bersantai di wakaf sambil mengambil angin

Sesudah mandi kolam, kita bebas untuk melakukan aktiviti masing-masing seperti berehat di wakaf (pondok), melihat tanaman sekitar seperti sayur, anggur dan buah-buahan malah dapat bermain bersama anak-anak penghuni yang lain dengan mesra. Selain daripada itu dapat juga melakukan aktiviti BBQ kerana owner turut menyediakan barangan lain seperti dapur, pinggan, cawan dan sebagainya di bahagian pantri. Bagi yang tidak mahu lakukan BBQ ualls boleh masak makanan yang lain kerana pihak homestay turut menyediakan dapur gas, periuk dan lain-lain lagi bagi yang ingin memasak.

BerBBQ beramai-ramai bersama sebahagian dari ahli keluargaku yang turut datang ke situ untuk berkenalan dengan #teambpt


Keesokan harinya menjadi makin menarik apabila anak-anak melompat riang melihat kelibat ayam belanda yang tetiba hadir di situ. Kata owner ianya milik jiran sebelah dan sekali sekala jejakkan kaki datang ke situ menampakkan dirinya. Mungkin sudah rezeki anak-anakku barangkali. Apalagi, lompat sukalah diaorang bila nampak haiwan sebegini.

          

Kami teruskan misi ambil angin pagi dengan bersiar-siar di sekitar kawasan homestay. Suasana redup dengan angin yang sepoi bahasa membuatkan kami berasa benar-benar segar dan happy. Sambil berjalan mata kami tertancap pada beberapa tumbuhan yang di tanam oleh owner. Apa yang lebih menariknya lagi terdapat ladang mini anggur yang sedang di usahakan oleh si owner. Aku dan Kak Shiela sekeluarga turut tak lepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan di sini.


Bergambar bersama Kak Sheila dan dua puterinya
Untuk pengetahuan ualls, bumi Perlis bukan hanya terkenal dengan mempelam Harum Manis malah juga anggur. Kerana itu di Perlis ini turut terdapat ladang anggur yang agak besar dan ramai penduduk tempatan turut menanam anggur sebegini di kediaman mereka. Dek kerana itu, pihak KTH Homestay & Cottage turut mengambil peluang untuk mengusahakan ladang mini anggur di sini sebagai salah satu daripada tarikan untuk penghuni di sini. Dalam masa yang sama bila menetap kat sini dapatlah bergambar dan merasanya. Kan best tu??

Sayangnya ketika kami sampai di sini, buah anggur belum masak sepenuhnya lagi jadi tak dapatlah kami nak merasa sebiji dua. Walaubagaimanapun, jika ke Perlis ualls wajib singgah ke sini manalah tahu masa ualls sampai tu buah anggur sudah masak sepenuhnya.... dapatlah ualls beli dan rasa buah anggur yang di tanam sendiri di tanah bumi Indera Kayangan ini. Secara tidak langsung ianya dapat membuatkan penginapan kita di dalam suasana kampung sebegini terasa lebih bermakna.



KELEBIHAN LAIN

Aku juga sukakan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah negeri Perlis ini. Pendekata ia nya amat stategik kerana berdekatan dengan lebuhraya utama negeri Perlis bahkan tidak terlalu jauh untuk ke bandar Kangar dan juga tempat tumpuan pengunjung yang lain seperti Nat Pokok Getah, Gua Kelam dan juga Padang Besar.

Perjalanan ke Gua Kelam dan Padang Besar dari KTH Homestay ini hanyalah sekitar 35 minit sahaja dan terdapat anak panah pandu arah yang boleh di ikuti dengan mudah dan senang. Kebetulan kami menginap di situ adalah pada hari Ahad maka dapatlah kami luangkan masa sebentar untuk ke Nat Pokok Getah yang terletak di daerah Pauh tetapi jika ualls malas hendak ke Nat Pokok Getah ualls boleh berjalan kaki ke nat mingguan yang terdapat berdekatan dengan homestay terbabit.

Sempat membeli sarapan pagi di Nat Pokok Getah

PENDAPAT DAN CADANGAN

Pada pendapat peribadiku homestay ni memang okay dan sesuai dengan famili yang ramai macam kami. Suasana juga yang agak sunyi buatkan kami rasa lapang dada dengan kerenah anak-anak yang pelbagai macam ragam ni. Parking yang mudah dan luas serta betul-betul berdekatan dengan bilik membuatkan perasaan bimbang kami hilang. 

Layanan pemilik homestay terhadap kami amat tip top. Senyummm dan peramah orangnya membuatkan kami rasa bagaikan berada di kampung sendiri. Secara keseluruhan, suasana sekeliling homestay amat baik dan menyenangkan. Cumanya dari segi tahap penjagaan bilik mungkin boleh di perbaiki sedikittt saja lagi. Rasanya mungkin pihak owner tak sempat nak buat last check sebelum kami check in dan tak perasan yang kunci bilik air agak bermasalah sikit dan bilik agak berhabuk kerana tidak di sapu / di vakum. Untuk lain-lain, overall semua okay... alhamdulillah.

Mek Yuni with her children and Awwal

Jika di tanya apakah aku berhasrat untuk menginap di homestay ini lagi? Jawapanya adalah YA! Ikhlas aku katakan aku tak menyesal menginap di sini dan aku rekomenkan ualls untuk turut menginap di sini. Memang ada seperkara dua yang perlu di perbaiki namun itu semua hanyalah hal kecil saja.

wakil #teambpt bersama suami dan anak-anak.... meriah giler!
BLOG : http://home-stayperlis.blogspot.my/
FACEBOOK : KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer, Perlis
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/kth_homestay/
TELEFON : 019 5638475
ALAMAT : KTH Homestay & Cottage, No 21,
Belakang Sekolah Kebangsaan Oran,
Kg Hutan Temin,
02500 Perlis.


Dari homestay kami teruskan lagi misi perjalanan di Utara. Teruskan pembacaan anda di entry seterusnya nanti....



6 comments for "MENGINAP DALAM SUASANA DESA YANG AMAN DI KTH HOMESTAY & COTTAGE, PERLIS"

  1. Wahhh meriahnyaaaa.. sesungguhnya diri ini jeles.huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... kebetulan ada peluang cuti. kalau ada CR mesti lg syok ni

      Delete
  2. seronoknya .. mreiah dpt jumpa team blogger :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mrs pip. syok jumpa ramai2 mcm ni =D

      Delete
  3. memang highly recommended.
    mane nak cari homestay ada kolam.

    ReplyDelete