Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 TIPS UNTUK PERGI BERCUTI BERSAMA BAYI

Aku yakin ramai di kalangan ibubapa terutamanya yang baru menimang cahayamata jadi penasaran tentang cara yang betul untuk bercuti dengan bayi. Jangan risau ualls kerana pergi bercuti dengan bayi ini bukannya susah seperti yang sering di gembar gemburkan. Sebagai contoh daku sendiri yang telah selesai pergi bercuti dengan jayanya ke utara bersama baby Kasih yang baru berusia 4 bulan. Bukan hanya Kasih malah aku turut bercuti bersama lima lagi anak lelakiku yang lain. Dipendekkan cerita aku dan suami bercuti bersama enam orang anak kami.



10 Tips Untuk Bercuti Bersama Bayi

1. KURANGKAN JUMLAH BEG YANG AKAN DI BAWA
Kena diingat yang bercuti bersama bayi memerlukan kita untuk mengendong mereka saban masa maka dengan mengurangkan jumlah beg pakaian akan dapat membantu kita bercuti dengan lebih aman.


2. GUNAKAN BABY CARRIER
Of course kena ada baby carrier kalau tidak penat mendukung saban hari. Nak bawa stroller baby pun boleh sebenarnya tapi bagi daku yang anak ramai ni rasanya baby carrier lebih afdal untuk di bawa. Masa tak guna lipat atau biar je tergantung di badan dan masa nak guna just perlu letakkan baby. Jika stroller tu nak kena lipat bukalah, nak kena simpan lah dan kalau time baby minta di dukung terpaksa bawa juga stroller tu sekali.. lagipun jenis aku ni, aku suka baby ada dekat dengan aku sendiri. Almaklumlah, aku ni bukannya kaki shopping hahaha.. Thats why aku suka baby carrier daripada stroller. Sambil bercuti aku dapat snap gambar aku yang sedang mendukung baby.


3.  HADKAN PAKAIAN IBU AYAH, LEBIHKAN PAKAIAN BAYI
kerana tidak perlu bersusah payah dengan beg pakaian yang banyak. Ada baiknya bawa pakaian yang boleh hanya cukup untuk beberapa hari saja dan jika mahu bercuti dengan kadar yang lebih lama ualls boleh basuh pakaian yang telah di gunakan di kedai dobi layan diri. Apa yang penting, hadkan pakaian ualls supaya tidak membawa muatan lebih yang agak berat. Baju bayi bawa lebih sikit sebabnya susah untuk kita jangka. Kadang-kadang muntah, poo poo atau apa jer lah. Susah nak duga. So ada baiknya bawa lebih sikit dalam beberapa helai lagi. Just in case.


4. BAWA BEG KALIS AIR / BAG PLASTIK UNTUK BAJU KOTOR
Haa.. ini penting. Kan tak pasal baju yang masih belum digunakan akan berbau busuk gara-gara bercampur dengan bau busuk yang dah di gunakan. Jalan terbaik adalah dengan membawa sebuah bag kalis air mahupun plastik untuk mengasingkan baju-baju kotor dan bersih dengan mudah.


5. BAWA NURSING COVER
Ini wajib untuk yang menyusu badan seperti aku sendiri. Sebabnya tak semua tempat yang kita pergi tu ada di sediakan tempat menyusu khas jadinya inilah cara terbaik untuk kita menyusu di tempat awam tanpa perlu mendedahkan aurat.

6. BAWA MAINAN KESUKAAN BAYI
Sampai di suatu tempat baru nak beli mainan? Itupun sebab bayi meragam jadi kena beli mainan ni untuk mudah nak pujuk. Ehh janganlah membazir. Apa salahnya jika di bawa satu dua mainan kesukaannya untuk di gunakan tika perlu. Setakat mainan bayi yang tidak sebesar mana dan ringan tu apalah sangat untuk di bawa bersama.


7. BOTOL SUSU KOSONG DAN AIR MINERAL
Walaupun Kasih menyusu badan namun botol susu tetap ada bersama. No! Bukan untuk di beri susu sebaliknya untuk di beri air mineral. Almaklumlah Kasih ni kecil lagi so lebih mudah jika memberinya minum air kosong dengan botol. Meskipun susu itu sudah boleh mengisi perut dan hilangkan dahaga namun jika sedang bercuti dengan cuaca yang panas, elok di berikan juga air mineral untuk badannya.


8. ASINGKAN BARANGAN KHAS BAYI KE DALAM SEBUAH BEG KHAS
Aku sendiri suka beg pakaian yang bergaya backpack untuk mengisi barangan baby Kasih. Dengan cara ini aku boleh mendukung Kasih dengan lebih selesa dan dalam masa yang sama masih boleh membawa barangan asas keperluan Kasih dengan cukup. Antara barangan tersebut adalah beberapa keping lampin pakai buang, beberapa helai baju, stoki, topi, kain napkin dan juga tuala kecil.


9. PERALATAN KECEMASAN
Peralatan kecemasan ni takde la tahap safety kids yang wajib ada kat rumah tu. Untuk travel memadailah bawa yang asas-asas saja seperti ubat luka, plaster luka, ubat demam, termometer bayi dan minyak angin. Haa bercakap tentang minyak angin, aku tak guna minyak angin yang jenis sapu berminyak tu sebaliknya aku lebih suka yang jenis balm.


10. BAWA BERSAMA BALM BAYI TOK SYED
Inilah balm yang aku maksudkan. Balm Bayi Tok Syed ni sangat berguna untuk kembung, sakit perut, punca demam, selesema dan batuk. Balm Tok Syed ini juga bukan hanya berguna untuk bayi kita yang masih kecil malah berguna juga untuk anak-anak lain yang lebih besar termasuk juga untuk diri kita dan suami/isteri. Pendekata ianya amat berguna untuk di bawa bersama semasa sedang bercuti atau travel baik untuk jarak yang jauh mahupun dekat. Aku dah pernah review semasa mula-mula menggunakan balm ini. Boleh baca review penuh tu kat link ni >> Balm Bayi Tok Syed


Apabila kelengkapan kita cukup barulah baby tak meragam sepanjang percutian. Baby buat perangai kerana dia tak selesa. Nak beritahu apa yang tidak selesa agak susah kerana dia tak boleh bercakap jadi cara terbaik adalah meraung, mengamuk dan menangis. Maka kerana itulah kita sebagai ibu bapa kena peka dan siap sedia untuk mengatasinya.

Bukan hanya mengatasi ketika sedang bercuti malah persiapan tu perlu ada sebelum tiba ke destinasi lagi. Sebagai contoh dengan penggunaan Balm Bayi Tok Syed tu. Sebelum naik bot ke Langkawi lagi daku dah sapukan ke dada, belakang dan tapak kaki Kasih. Maka di dalam boat semasa dari Kuala Perlis ke Langkawi tu Kasih tak meragam sama sekali. Kasih happy dan tidur dengan mudah di dalam boat tanpa sebarang tangisan. Kiranya dia selesa walaupun suhu aircond di dalam boat ut agak sejukkkkk giler.... huhu...



Tengoklah tu.. Kasih tidur dengan lena di dalam dakapan abahnya. Jeles pulak kita tengok Kasih tidur dengan nyenyak macam tu. =D

Bila tiba di Langkawi, Kasih tak meragam juga. Yeahhh suka suka suka. Ketika berada di Langkawi ni memang aku cukup risau kerana badan Kasih yang masih kecil di tambah dengan cuaca dan udara Pulau Langkawi yang agak panas. Sudah lah tadi berada selama 45 minit di dalam suhu boat aircond yang sejuk kini sampai je ke Langkawi dah kena hadap cuaca pantai yang panas terik. Tapi mujurlah Kasih cool ajer. Kiranya badan dia dapat adapt suhu yang sudah berubah tu dengan baik. Pernafasannya juga stabil dan dia dapat menikmati pemandangan sekelilingnya dengan senyuman.  Meskipun aku pasti yang Kasih susah nak ingat balik semua kenangan ni dengan mudah bila dia dah besar nanti, tapi......

"Takpe Kasih, blog mama ni kan ada... nanti Kasih imbas balik kenangan Kasih di Langkawi kat sini, jangan lupa ingat juga balm bayi Tok Syed yang setia menemani Kasih ni ye..." 



Setelah check in aku mandikan Kasih dan sapu sekali lagi balm bayi Tok Syed ke perut, dada dan telapak kaki Kasih. Bukan untuk Kasih saja malahan turut di sapu pada anak-anakku yang lain. Manalah tahu tiba-tiba rasa nak demam ke sebab berlakunya perubahan cuaca so at least aku dah cuba atasi masalah tu sebelum berlaku dengan menyapu balm bayi Tok Syed ni.

Nak main pasir? Nak mandi pantai? Nak berjemur di bawah matahari? Takde masalah... sapulah balm bayi Tok Syed! Sebelum aku terlupa. Balm Bayi Tok Syed ini juga telah menjadi penyelamat kepada anak sulung Sis Gee yang turut bercuti bersama aku pada ketika tu. Anak sulungnya, Arshad tetiba je sakit perut so terpaksa stay kat bilik. Mujurlah ada balm Tok Syed ni.



Kesimpulannya, Balm Bayi Tok Syed harus digunakan di mana saja baik di dalam kereta, di rumah, ketika kecemasan kena gigitan serangga mahupun sedang bercuti atau balik kampung. Alah, bukannya susah pun... hanya perlu letakkan di dalam bag pakaian mahupun begpack atau handbag. Beratnya pun bukannya sampai 1kg so apa lah yang nak dirungsingkan sangat. Lagipun sebagai ibu bapa mana yang lebih penting? Bercuti dengan penuh keriangan atau bercuti dengan perasaan resah kerana anak mengamuk dan tak selesa....



Apa tunggu lagi??? Segera dapatkan balm bayi Tok Syed hari ini dengan harga yang sangat berpatutan.... Tak cuba tak tahu, sekali cuba terus suka dan tidak perlu lagi melihat anak-anak orang lain yang tenteram ketika bercuti dengan perasaan cemburu. =D




- TERIMA KASIH BALM BAYI TOK SYED -



2 comments for "10 TIPS UNTUK PERGI BERCUTI BERSAMA BAYI "