HIGHLIGHT

3 Apr 2018

5 TIPS UNTUK MEMBETULKAN BAYI SONGSANG DI DALAM KANDUNGAN SECARA SEMULAJADI

Bayi songsang di dalam kandungan sangat-sangat di takuti dan aku sendiri pernah mengalaminya pada tahun 2006 dulu. Pelbagai cara diikhtiarkan untuk memusingkan kembali bayi di dalam kandungan dan ketika itu benar-benar bertungkus lumus mencari cara bagaimana untuk membetulkan kedudukan bayi yang sedang berada di dalam keadaan terbalik tu (pusing baby songsang) dalam perut ibu secara semulajadi.

WWW.SISHAWA.COM
Sebenarnya bayi memang berada di dalam keadaan songsang tersebut sehinggalah berusia  28 hingga 32 minggu. Setelah itu bayi akan berpusing dengan sendirinya untuk memasuki ruangan rahim ibu sehingga proses kelahiran berlaku. Namun, ada sesetengah kes yang menyebabkan bayi tersebut tidak berpusing kedudukan walaupun saat untuk melahirkan sudah hampir. Inilah yang menyebabkan masalah songsang dan ianya ternyata amat merbahaya bagi ibu dan bayi jika masih ingin bersalin secara normal kerana ia bakal mengakibatkan komplikasi akibat posisi bayi itu yang sedang dalam kedudukan ‘terbalik’.

Terdapat tiga jenis kedudukan untuk bayi songsang ini iaitu Frank Breech, Complete Breech dan juga Footing Breech.



Semasa mengalami masalah bayi songsang pada tahun 2006 tersebut, doktor ada menyarankan aku untuk membuat teknik ECV.

Apakah itu teknik ECV?  
Teknik ECV adalah sejenis prosedur yang di lakukan oleh pakar untuk memusingkan bayi ke kedudukan yang betul. ECV ini hanya boleh dilakukan pada usia kandungan 36 minggu pada kehamilan pertama dan 37 minggu untuk kandungan kedua dan berikutnya. Ia akan dilakukan secara manual seperti mengurut oleh pihak yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini berserta dengan pelbagai alatan untuk menjamin keselamatan ibu dan bayi dan teknik ini mempunyai percent yang tinggi untuk berjaya.  Ohya, prosedur ECV ini sama sekali tidak boleh dilakukan terhadap ibu yang mengandung kembar.



Faktor lain yang boleh menyebabkan kehamilan songsang

  • Bayi yang masih belum cukup bulan. Ini normal kerana bayi akan berpusing kepada kedudukan sepatutnya apabila sudah sampai waktunya.
  • Pernah mengalami kehamilan songsang sebelum ini.
  • Ketidaknormalan pada rahim atau uri seperti masalah fibroid dan uri bawah.
  • Hamil kembar
  • Masalah air ketuban yang terlalu banyak 
  • Masalah air ketuban yang terlalu sedikit.
  • Sudah pernah bersalin banyak kali hingga menyebabkan ruangan otot rahim elastik. Keadaan ini memberikan ruang yang lebih pada bayi hingga menyebabkan bayi boleh bergerak dan berpusing ke kedudukan yang lain berkali-kali.
Terdapat beberapa petua bagaimana untuk membetulkan bayi songsang di dalam kandungan. Dengan adanya petua ini kita boleh sama-sama mencuba namun harus di ingat yang keputusannya adalah di tangan Allah SWT jua.


5 TIPS UNTUK MEMBETULKAN BAYI SONGSANG

1. Berenang

Banyak pihak termasuk kajian luar negara mengatakan yang aktiviti berenang merupakan senaman  yang paling bagus untuk membuat otot perut lebih santai dan selesa. Ianya juga  dapat memberi ruang kepada bayi untuk berpusing. Walaubagaimanapun, mana-mana senaman yang melibatkan kedudukan mencangkung (squat) sama sekali tidak dibenarkan sekiranya sedang mengandung songsang kerana ia boleh menyebabkan bayi lebih cepat turun ke pangkal rahim dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bayi lebih bahaya dari sebelumnya.


2. ‘Breech Tilt’

Posisi ini antara posisi yang selalu diamalkan oleh wanita di luar negara. Caranya adalah dengan berbaring di atas lantai sambil menaikkan kaki kita dan lunjurkan secara lurus ke atas sofa. Sasarkan pada kedudukan 45 darjah dan jika berasa kurang selesa kita boleh juga meletakkan beberapa biji bantal untuk menyokong bahagian belakang . Kekalkan posisi ini selama 5 minit atau lebih dan berhenti segera pada bila-bila masa apabila berasa tidak selesa.

Ada juga yang lebih advance dengan menggunakan papan seterika (iron board) sebagai pelapik di belakang.

3. Posisi Sujud

Posisi bersujud ini sama seperti gerakan ‘knee-chest position’ yang sering diamalkan oleh ramai perempuan di seluruh dunia. Kedudukan  posisi bersujud seolah-olah seperti sedang bersujud ketika di dalam solat. Ianya boleh di lakukan sebanyak dua kali iaitu pada setiap pagi dan petang dalam jumlah masa sekitar 10 minit untuk setiap sesi. Bagi kita yang beragama Islam, kita boleh gunakan peluang ini untuk melakukan solat hajat dan lain-lain solat yang lain sambil berdoa supaya situasi untuk melahirkan bayi kesayangan kita itu nanti akan menjadi lebih mudah. Sesungguhnya, setiap kedudukan yang di lakukan ketika solat ada kebaikkanya masing-masing.


4. Berjalan

Bagi yang tidak tahu bagaimana cara untuk berenag, kita boleh berjalan sekitar rumah atau taman yang berhampiran perlahan-lahan bersama suami tersayang. Aktiviti berjalan ini boleh di lakukan selama 30 minit sehari dan praktikkan selama hamil. Dikatakan aktiviti ini boleh membantu masalah bayi songsang kerana ketika kita sedang berjalan, daya graviti akan menarik bahagian kepala bayi (yang paling berat) dan ianya boleh membantu agar kepala bayi menurun ke posisi normal.

foto credit  : abiummi.com

5. Berdoa

Selain daripada gerakan di atas, sebagai seorang muslim kita di galakkan untuk memperbanyakan doa supaya kita sedar bahawa Allah SWT adalah yang paling agung dan penolong yang boleh membantu kita. Semoga doa kita itu di perkenankan. Ameen


AMARAN!! Doktor menasihatkan supaya jangan sesekali melakukan urutan ke atas perut ibu yang hamil songsang terutama oleh mereka yang tidak bertauliah kerana di khuatiri ianya akan memburukkan lagi keadaan hingga boleh memberi bahaya termasuk mengancam nyawa terhadap bayi dan si ibu.

Apakah yang terjadi pada kehamilan songsangku?
Selepas memahami semua yang berkaitan dengan masalah songsang ni, aku luangkan masa berfikir bagaimana untuk atasi masalah ini. Apa yang lebih penting adalah supaya anakku selamat. Walau doktor menasihati aku untuk cuba dulu proses ECV namun aku nekad untuk menolak. Terus terang aku katakan yang aku sendiri menolak untuk melakukan teknik ECV ini dek kerana tidak berani menanggung risiko walaupun percent kejayaannya agak tinggi. Kerana itu aku akhirnya buat keputusan untuk bersalin secara pembedahan.

Alhamdulillah, dua minggu sebelum tiba tarikh due, aku telah ke hospital untuk 'menyerah diri' dan proses bersalin secara pembedahan ini hanya memakan masa selama 15minit saja dan gembiranya hati aku kerana anakku selamat di lahirkan dengan cepat tanpa ada sebarang kompilasi yang lain


Semoga artikel ini dapat membantu memberi panduan pada yang sedang mengalami masalah bayi songsang ini..



6 comments:

  1. 2nd baby mrs pip songsang... mrs pip buat ecv pada minggu ke 37 kehamilan di hospital pakar ... Allah saja yg tahu betapa sakitnya ecv tu, mmg ujian sgt coz baby sukar dipusingkan .. Dah pusing separuh, baby melawan pusing balik.. Mrs pip rehat 30 minit dan buat sekali lagi ... bukan nak menakutkan, tapi mmg sakit sampai nangis2 mrs pip dlm bilik rawatan ... berjaya dipusingkan, dan minggu ke 38, mrs pip bersalin normal tanpa sebarang kesakitan dan bersalin agak cepat ... Allah maha berkuasa dan maha penyayang kan, Dia bagi sekali ja sakit yg amat sgt time ecv, tp time nak bersalin, mmg sakitnya sangat minima ...

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni. Boleh cuba sekurangnya usaha untuk betulkan baby.

    ReplyDelete
  3. nice info buat ibu2 diluar sana. singgah n follow sini jugak :)

    ReplyDelete
  4. info yg bagus.. mmg mencemaskan kalau tau baby songsang.. takut kena czer kan

    ReplyDelete
  5. bagus info..dulu masa Adik Nur Sha pun risau sebb awalnya songsang..sampai stress takut...tp amalkan tips2 mcm ni InsyaAllah baby pusing..skrg kawan CikMa plak yang risau baby dia songsang dan mengeras.,

    ReplyDelete
  6. oo gitu.
    Amzar pun kadang kat bawah kadang kat ats.
    tp alhamdulillah, 38 minggu elok duk kat bawah kepalanya.
    tapilain pulak critanya bila dia tk nk kluar..

    ReplyDelete