Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUFFET RAMADHAN 2018 - TRADISI NOSTALGIA DI HOLIDAY VILLA KOTA BHARU

Assalamualaikum ualls... 
Ramadhan bakal datang lagi dan bagi mereka yang berada di sekitar pantai timur dan masih tercari-cari di manakah destinasi berbuka yang best dan special, apakata ualls langkahkan kaki bersama insan tersayang ke Hotel Holiday Villa, Kota Bharu Kelantan.

Menariknya buffet ramadhan 2018 ini adalah ianya dibawakan dalam tema 'Tradisi Nostalgia' dengan tujuan untuk mengamit semula kenangan lama ketika berpuasa di zaman dahulu. Dalam erti kata lain, ianya adalah menu unik yang dapat mencerminkan citarasa orang pantai timur. Menurut Chef Norhisyam, orang Kelantan ni lebih tertarik dengan menu masakan yang ringkas tetapi sedap dan sememangnya perkara itu cukup kena dengan kehendak aku juga. 

Chef Norhisyam - Holiday Villa Kota Bharu

Buffet ramadhan ini akan bermula pada 
18 Mei sehingga 14 Jun 2018 dan di jangkakan akan ada 98 jenis menu kesemuanya dengan berkonsepkan tradisi nostalgia Kelantan dan kalau ualls nak berbuka kat sana tiap-tiap hari sekalipun tak akan ada masalah kerana menu sebanyak 98 jenis ini bukannya di hidangkan sekaligus pada satu-satu masa sebaliknya akan di tukar menu itu setiap hari. Ini bagi memberi rasa dan menu baru pada pelanggan sepanjang bulan ramadhan ini nanti. 

Bagi daku yang berasal dari negeri luar tetapi kini menetap di Kelantan, peluang begini sangat bagus untuk aku tahu apakah dia menu nostalgia bagi masyarakat Kelantan. Secara tidak langsung aku dapat mengenali masyarakat di sini dengan lebih mendalam lagi. 

ANTARA MENU YANG DI HIDANGKAN

Mungkin ada yang beranggapan menu bulan puasa di Kelantan ini sama saja dengan negeri lain atau mungkin juga beranggapan yang menu ketika bulan puasa sama saja ketika bukan ketika bulan Ramadhan namun semua itu silap. 

Selama daku tinggal di sini sejak beberapa tahun yang lalu, menu yang ada sepanjang bulan biasa adalah sedikit berbeza dengan bulan Ramadhan. Malah ianya makin meriah kerana pelbagai menu unik akan ada di depan mata hanya ketika bulan istimewa ini saja. Seperkara lagi, terdapat gaya hidup yang agak berbeza sedikit dengan negeriku. Sebagai contoh, jika di utara kami akan berbuka dan selepas pulang dari tarawih, kami mungkin akan terus berada di rumah dan makan makanan yang masih berbaki ketika berbuka tadi.

Tetapi, di Kelantan selalunya mereka akan berbuka, bertarawih dan selepas itu sekiranya masih rasa lapar maka mereka akan singgah di mana-mana untuk menikmati pelbagai jenis colek. Tak kisahlah samada coleh buah, colek perut dan lain-lain lagi. 

Holiday Villa menyajikan Colek Buah

Kuih muih juga sedikit berbeza dan mungkin dek kerana itu aku amat menantikan suasana berpuasa di sini untuk menikmati pelbagai hidangan yang agak special hanya ketika Ramadhan. Apa yang aku tahu, kuih tradisi Kelantan amat banyak dan tidak semuanya mudah di dapati pada bulan-bulan biasa. Bukan tidak ada di jual cumanya susah untuk di cari. 

Sebagai contoh kuih cek mek molek menu kuih harian masyarakat Kelantan tetapi tidak untuk jala mas. Jala mas tidak semua tempat ada menjualnya.

Kuih Cek Mek Molek dan Jala Mas

Maka tidak hairanlah kenapa Holiday Villa Kota Bharu ingin membawa konsep ini kepada ualls. Dengan cara ini ualls boleh lihat, merasa dan melalui suasana gaya hidup masyarakat di sini sepanjang Ramadhan melalui menu-menu di sini.

Tapai sentiasa menjadi pencuci mulut masyarakat di sini
Selain dari itu terdapat juga menu khas istimewa untuk ualls seperti sup gear box dan kuzi rusuk kambing. Kuzi rusuk kambing akan di hidangkan bersama roti pitta yang lembut. Jom kita lihat sekilas sebahagian daripada menu-menu yang akan berada di Holiday Villa Kota Bharu ketika bulan puasa 2018.

Sup Gear Box - sedut ngan straw best ni

Kuzi rusuk kambing bersama roti pitta
Jom kita lihat lagi apakah menu-menu lain yang akan ada di Holiday Villa untuk Ramadhan 2018.

Tamar dan kismis - elok di makan sebagai suapan yang pertama tika buka puasa
Lepas berbuka dengan tamar, kita makan nasi dengan lauk pauk tradisi masyarakat Kelantan ler... apa agaknya menu yang di sajikan ye....

Ayam percik - wow wow wow!! Menu sedap time buka puasa ni



Kerabu Perut - jeliro tengok aih... sedap tu..
Besarnya udang!! sedapppp ni...



Kerabu pucuk paku- haaa ni dia tradisi betoi ni!
Paru goreng ni memang antara menu kesukaan masyarakat Kelantan tau
Ikan singgang! Haaa ini betul umph... masam masin sesedap rasa.
Eh jangan di lupa, sambal belacan dan budu tempoyak bersama ulam. Takde yang ini mana cukup tradisi tu... Menitik air liuh weh tengok budu.. Haa walau daku bukan orang Kelantan tapi daku makan budu okay ualls... Sejak mula-mula kahwin cik suami dah ajar makan budu.. hehe... 


Selain ulam-ulaman, ikan kering pun ada.

Untuk pengetahuan ualls juga, saban tahun pihak hotel Holiday Villa turut membuat jualan "food pax" pandu lalu dan juga penghantaran terus dengan minimum 10 bungkusan nasi berlauk yang dijual dengan harga RM 10 sebungkus. Sekiranya pembelian 100 bungkus ke atas perkhidmatan penghantaran adalah percuma.

Pada tahun ini juga di sepanjang bulan Ramadhan nanti akan diadakan gerai-gerai di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu ini di mana ianya akan menyediakan pelbagai makanan mengikut pelbagai menu secara terus di hadapan para pengunjung. 


Pada sebelah malamnya pula, setelah selesai tarawih... pengunjung boleh meluangkan sedikit masa menikmati pelbagai aneka menu colek di "Singgah Colek Bazar" sambil menikmati pemandangan malam sekitar bandar Kota Bharu. Harga yang akan di kenakan hanyalah RM18/bersih seorang. Singgah Colek Bazar ini akan bermula pada pukul 9 sehingga 11 malam. 

Bagi mereka yang menginap di Holiday Villa Kota Bharu sepanjang Ramadhan, Buffet Ramadhan ini masih lagi belum termasuk di dalam pakej penginapan walaubagaimanapun ualls boleh berurusan dengan pihak hotel untuk berbuka puasa nanti. Apabila berbuka pastinya ada sahur kan? Okay untuk sahur juga ada, menu sahur ini bukan hanya untuk penginap hotel malahan di buka untuk orang luar juga dengan kadar bayaran RM25 dewasa dan RM 12 kanak-kanak. Waktu untuk hidangan sahur adalah daripada jam 4.30 pagi hingga 5.30 pagi.



 Bagi daku harga yang di berikan adalah sangat-sangat berpatutan dan bagi ualls yang benar-benar ingin kembali ke zaman nostalgia silam negeri Kelantan khususnya, silalah berkunjung ke Holiday Villa Kota Bharu tak kira untuk berbuka, bersahur dan sekadar untuk menikmati colek di sepanjang bulan Ramadhan 2018 ini. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi : 

Alamat 
PT 968 Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh 
15150, Kota Bharu,
Kelantan 

Tel 
609 - 747 4004
Fax
609 - 747 3003

Email 
rsvn@holidayvillakb.com 

Website 

Instagram 

10 comments for "BUFFET RAMADHAN 2018 - TRADISI NOSTALGIA DI HOLIDAY VILLA KOTA BHARU"

  1. Wow,www, sedap belaka.. jom tngok menu orang Johor pulak.hehe~
    http://nonasani.blogspot.my/2018/04/warna-warni-ramadan-buffet-rilek-cafe.html

    ReplyDelete
  2. sedapye...jauh sgt nk g mkn buffet...hehee

    ReplyDelete
  3. kerabu perut tu... terliur sangatttttt :)

    ReplyDelete
  4. menu menguji nafsu mak tang. mujur jauh dan dalam pantang lg

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. Boleh lah pergi Kelantan dari brder sungai golok nie. hehe

    ReplyDelete
  6. wow tampak sedap-sedap betul kulinernya, salam kenal dari saya Bloger Bengkulu-Indonesia.

    ReplyDelete
  7. makanan hotel mana je lah yang tak sedapkan sis...semua sedappp lapar pula ni

    ReplyDelete
  8. Ramadhan dkt kelantan mmg sy akan cari colek jer...huhu..
    Colek perut & colek paru mmg layan...

    ReplyDelete