KASIH SERTAI CONTEST BABY COMEL APRIL 2018

Assalamualaikum ualls....
Masa tengah beronline baru-baru ni, ternampaklah status pertandingan bayi comel untuk april 2018 yang sedang di anjurkan oleh beberapa seller online yang giat menjual pakaian bayi di facebook. Terus terdetik kat hati untuk turut serta. Manalah tahu ada rezeki untuk Kasih.


Alhamdulillah, aku pun follow rapat-rapat semua syarat yang ditetapkan tetapi apa yang membuat aku berasa sedikit pelik adalah apabila ada sesetengah peserta terus tag nama kenalan mereka untuk mohon LIKE ke atas photo baby mereka tu.

Terdetik kat hati ni.."eh.. tarikh voting 14/4 - 25/4... napa mohon LIKE awal? Nanti kalau LIKE tu tak di kira kan dah rugi..."

Rupa-rupanya aku yang lurus bendul! Aku ingatkan LIKE yang di kutip lebih awal dari tarikh yang sepatutnya sama sekali tak akan di kira tapi hakikat sebenarnya memang akan dikira juga. Aku tahu ni apabila terbaca salah satu komen yang di buat oleh admin itu sendiri.



Walau tahu boleh kutip undi lebih awal daripada 'tarikh voting' sepatutnya tapi daku tetap tak tag sesiapa minta LIKE untuk gambar Kasih tu sebelum 14/April. Redha je lah kalah atau menang.

Cuma harapan aku, harapppp sangat pada mana-mana seller online yang buat contest sebegini... apakata, ualls up status di wall pages hanya untuk terima penyertaan dan beri syarat-syaratnya.

Kemudian ualls buatlah satu album baru di pages FB tu dan pindah masuk semua gambar yang di terima sebagai penyertaan tadi kat album tersebut dengan tajuk CONTEST BABY COMEL. Bila tiba masa tarikh untuk voting barulah publish album tersebut pada umum untuk semua orang mulakan sesi kutip 'LIKE' ni. Barulah semangat untuk nak bertanding secara adil tu ada...





5 comments :

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates | Re-Edit By Sis Hawa