Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENIKMATI MAKANAN ALA BARAT DAN ASIA DI - SAM CAFE WANG ULU, PERLIS

Berada di Perlis memang banyak tempat makan yang menarik. Sebut saja nak makanan barat atau asia semuanya boleh di dapati dengan mudah namun tidak semua restoran mempunyai suasana dan rasa makanan yang bagus. Dek kerana itu ada tempat makan yang menonjol dan patut untuk di cuba dan ada yang hanya biasa-biasa saja tanpa apa-apa keistimewaan. Jika mahukan tempat makan hipster dalam suasana istimewa termasuklah untuk menyambut hari lahir dan sebagainya, SAM CAFE yang terletak di kawasan Wang Ulu Perlis adalah jawapannya.


Jarak antara bandar Kangar ke Sam Cafe Wang Ulu hanyalah sekitar 5 kilometer saja. Lokasinya yang boleh di cari dengan menggunakan landmark kampus kediaman pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Wang Ulu lebih memudahkan misi pencarian. Walau kedudukannya agak 'tersorok' tapi penyembunyian tersebut dapat di jejak dengan cepat dan senang.

Kenapa aku cakap tersorok? Ini kerana Sam Cafe terletak di tepi sebuah jalanraya yang agak lengang. Almaklumlah kawasan tersebut hanyalah sawah bendang yang terbentang dan juga rumah-rumah penduduk setempat selain  kampus kediaman pelajar-pelajar Unimap yang boleh di lihat dari jauh. Restoran ini memang amat-amat sinonim di kalangan pelajar Unimap yang sudah menjadi salah satu daripada restoran kegemaran mereka.

SAM CAFE dengan berlatarbelakangkan kehijauan bendang dan bukit

Menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Sam Cafe membuatkan hati aku sedikit kagum. Apa tidaknya, kawasan parking yang luas, suasana malam yang nyaman dan dingin, dekorasi yang menarik dan suasana persekitarannya yang nampak cool telah berjaya menangkap perhatian mata aku untuk terus masuk dan mencari tempat duduk. 

suasana makan malam di Sam Cafe yang happening

Agaknya mungkin sebab ini ramai yang perlu menempah dulu jika ingin makan di sini. Lagi pula owner Sam Cafe mementingkan soal kualiti dan rasa jadi mereka hanya boleh menyajikan makanan mengikut limit dan piawaian yang sudah mereka tetapkan dari awal setiap hari. Exclusive pula jadinya apabila terpaksa membuat tempahan terlebih dahulu jika ingin menjamu selera di Sam Cafe ini.

Terdapat beberapa bahagian tempat makan untuk di pilih. Satu di bawah kanopi dengan hiasan lampu yang agak romantis. 

Ruangan kanopi dengan cahaya chandelier untuk yang mahukan suasana romantis

Ke dua di bahagian atas yang bersifat terbuka dengan tiupan angin yang agak sejuk dan ke tiga di bahagian bawah yang berbumbung. Bahagian bawah yang berbumbung tu terbahagi kepada dua iaitu terbuka dan bertutup.

Ruangan atas yang sepoi sepoi bahasa..... syok berangin!!

Bagi aku yang datang dengan kumpulan famili berserta kanak-kanak yang tidak boleh duduk setempat, kami buat keputusan untuk duduk di bahagian bawah yang berbumbung dengan kawasan terbuka. Jika duduk di atas alamatnya mereka akan lari dan turun naik tangga tak henti-henti so baik duduk di bawah. At least, kalau hujan sekalipun takde la kami kena susah payah lagi. 

dibuka seawal jam 6 petang lagi

Sebaik saja duduk, anak-anak dah mula sukahati. Apa tidaknya, di bahagian bawah tersebut ada pula sebuah buaian kayu. Hmmmm main buai pulak! Jangan kata hanya anak-anak, mak dan ayah pun ikut naik sekali. 

Ruangan tempat makan berbumbung, terbuka dan bertutup - buai kayu pun ada jugak

Sambil anak-anak hiburkan diri mereka kami lihat pada menu yang di hulur oleh salah seorang pelayan di situ. Tu diaaaaa macam-macam ada. Hangpa sebut ja nak apa. Makanan melayu? Makanan cina? Makanan mamak? Habaq maii. Tu belum kira tang minuman lagi. Terbeliak mata kami hangpa tau dak?

Di sebabkan kepala dah pening tengok nama menu yang punyalah banyak!! so kami ambil keputusan untuk minta owner rekomenkan mana satu yang sedap, mana satu yang best. Sambil menunggu kami sempatlah snap-snap gambar sebagai kenangan.

Bahagian kaunter dan tempat sediakan jus fresh yang ala-ala Hawaiian
Di sebabkan aku baru pertama kali jejakkan kaki ke Sam Cafe ini, sempatlah juga berbual dengan pelanggan lain. Macam yang aku cakap tadi, rata-rata pelanggan adalah dari kalangan student Unimap tapi dalam masa yang sama ianya turut mendapat perhatian penduduk setempat hinggakan ada yang sengaja memilih Sam Cafe sebagai tempat untuk meraikan hari manis mereka. Antaranya sambutan hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan lain-lain lagi. 

Terserempak dengan adik ni semasa kat sana, syoknya dapat hadiah besar. Hehe.. happy 20th birthday dik..
Jika nak sambut dengan bilangan ahli keluarga dan rakan yang agak ramai, ualls boleh minta booking untuk keseluruhan tempat di bahagian atas. Bayangkan, dengan suasana berangin, santai, pemandangan cantik dan di tambah pula lampu neon yang menarik akan membuatkan suasana majlis tu sangat-sangat menarik.  Sebut saja berapa budget dan bolehlah berbincang dengan pihak Sam Cafe untuk menu, dekor dan lain-lain lagi. 

Sempoi kan? Aku pun nak jugak kalau macam ni... 

Ohya sebelum terlupa.. awal-awal sekali daku nak pesan... make sure ualls call dulu sekurang-kurang sejam sebelum cafe di buka, kiranya call dalam pukul 4.30pm hingga 5.30pm gitu.

Bukannya apa, sebab ramai giler orang nak singgah makan kat sini. Kami malam tu pun mujur dah call booking dari awal juga kalau tidak mesti dah takde tempat duduk. Sebabnya pelanggan yang di layan adalah amat limited. Jangan nanti ualls datang takde tempat duduk pastu terpaksa balik dengan mulut makcik pakcik bawang. Tak mau tak mau... ni daku ingatkan dari awal supaya perkara seperti itu dapat di elakkan. At least, pihak Sam Cafe seronok nak berikan layanan dan ualls juga akan seronok menerima layanan. Haa gitu =D

Untuk lihat suasana cafe secara langsung ketika kami ada kat sana malam tu, boleh klik video di bawah ni.


Asyik menjamu mata akhirnya makanan dihidangkan. Pertama sekali yang sampai of courselah Sang Kaya bersama roti gebunya. Tak lupa juga kueteau kantonis. Sang kaya ni owner buat sendiri tau, no beli beli eh.... kiranya kaya ni adalah salah satu daripada signature dish untuk Sam Cafe. Jika datang ualls wajib cuba sang kaya yang akan di makan bersama roti ni. Sedap! Memang sedap! Rasa lemak lemak manis gitu... punyalah nak habiskan juga sekaya ni hinggakan Mek Yuni cicah sekaya ni dengan french fries malam tu. Kalaulah ualls sampai sana pastu orang agak ramai, so ualls boleh order dulu kaya dan roti ni untuk alas perut sementara tunggu dish lain yang ualls order tu siap. 


Aku ni memang cukup sukakan makanan cina dan apabila adanya kuateau kantonis ni alhamdulillah rasa puashati. Selalunya makanan begini akan cepat muak sebab kuahnya yang pekat dek penggunaan tepung jagung (selalunya laa) tapi tidak untuk menu di Sam Cafe. Memang kuahnya pekat tapi tak berbau tepung dan bahan sampingan yang di gunakan juga banyak. Kiranya, penuh la sepinggan. 

Jika datang dengan perut lapar dan mahukan nasi, jangan rungsing jangan susah hati. Macam yang ku cakap di tajuk entry ni dari awal.... makanan ala barat dan asia jadi mana mungkin makanan asia takde nasi. Haaa... cakap je nak nasi apa. Nasi goreng? Nasi putih? Shellout? Semua ada cik kak cik abang cik adik oiii... Untuk shellout sebegini ini pertama kali aku try. Aku ni memang kaki shellout dan untuk aku shellout di Sam Cafe kureng sikit ngan aku sebabnya aku dah terbiasa ngan gaya shellout pantai timur yang lebih creamy and sweet. Untuk shellout di sini lebih pedas susah sikit untuk aku yang kurang makan makanan pedas ni.. but dari segi rasa alhamdulillah, cukup masin manisnya.


Western?? Haaa makanan barat aku joget joget lah. Hahaha. nama je melayu tulen tapi sejak kecik suka western food sampaikan mak aku pun asyik dok perli.. nama ja melayu tapi tekak omputih! Oh emak.. bukannya aku ni tekak minah salleh cumanya aku ni memang sorang yang suka makan macam-macam makanan. 

Makanan barat aku suka, makanan cina aku suka, makanan melayu aku suka, makanan mamak aku suka, makanan apa lagi? Seafood? pun aku sukaaaaaa.... haaaa sebut ja apa pun semua aku layan cumanya satu jer.. kalau sedap aku akan cakap sedap dan kalau tak sedap aku akan cakap tak sedap. Sebabnya aku ni memang kaki makan thats why aku boleh cakap macamana tahap sedap dan macamana tahap tak sedap. =D

Antara makanan barat yang ada di Sam Cafe. Makanan barat aku tak nak komen lebih sebabnya dari segi rasa dan lain-lain lebih kurang sama je dengan rasa makanan barat tempat lain. Ye lah namapun makanan barat kan.... cuma apa yang boleh ku katakan, tahap masak daging, gravy dan lain-lainnya memang kenalah gabungannya. Cara penyampaian juga hmmmm not bad.





Tapi..... jangan ingat Sam Cafe ni takde menunya yang killer. Haaa ni dia.... MEE GORENG MAMAK, the best in town!! Aku tak pernah terfikir boleh makan mee goreng mamak yang sedap di sebuah restoran hipster. Serius sedap.... aku suka.... 5 bintang aku kasi untuk mee goreng mamak ni!! Sebab apa aku cakap sedap???

Alasan aku adalah kerana mee goreng mamaknya ni tak terlalu kering seperti kebiasaan. Ia di masak basah-basah sedikit supaya mudah untuk di makan dan bila ia di masak sedikit basah maka gabungan telur dan bahan-bahan lain tu membuatkan rasa mee tu lebih sedap, harum dan umpphhh.... Bahan sampingan lain juga alhamdulillah agak banyak. Cuma kalau aku beberapa keping papadom rasanya mesti lagi kebaboom... hahaha. Mee goreng mamak tambah papadom memang terangkat habis beb!


Eh sibuk bercerita soal makanan, mana airnya? Okay meh sini nak tunjuk sebahagian daripada air yang ada di Sam Cafe ni.


Air yang we all order malam tu adalah Mocha Float dan juga Green Apple Asam Boi. Dua-dua minuman ni best! Sedap terangkat. Paling win green apple asam boi tu walaupun hakikatnya aku ni penggemar western coffee. Kiranya mocha malam tu dapat di kalahkan oleh green apple hahaha. Eh ada satu lagi minuman yang kami try iaitu KOPI LEGEND!! 

Layanan daripada pihak Sam Cafe alhamdulillah tip top cumanya mungkin abang-abang pelayan kat situ malu-malu nak senyum lebih. Senyummm le lebar sikit kasi pelanggan makin syok. Soal gaya penyampaian makanan dan kebersihan memuaskan. Soal rasa juga boleh di terima. Suasana tempat makan jangan ceritalah memang sempoi. Jika di tanya apakah aku akan kembali lagi ke Sam Cafe? The answer is yes! 

bersama team Sam Cafe yang mabeles.. diaorang ni ada kaitan sedara sedara jugak.

Macamana nak tempah kalau takde nombor? Do not worry, ni daku kasi no pihak Sam Cafe kat sini. 
Kalau nak tahu juga, kakak manis tudung merah tu lah yang masak mee goreng mamak... so kalau pergi situ ualls cari dia buat order ye..

FACEBOOK : SAM CAFE WANG ULU


TELEFON : 0164355040 ATAU 04-9764077

WAKTU OPERASI : 5 PETANG HINGGA 11.30 MALAM







2 comments for "MENIKMATI MAKANAN ALA BARAT DAN ASIA DI - SAM CAFE WANG ULU, PERLIS"

  1. kafe hipster di tengah-tengah bendang..mesti best. kalau ke perlis bolehlah singgah

    ReplyDelete
  2. mee goreng mamak dia memang terbaik !

    ReplyDelete