Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tidak Suci Lagi Setelah Terlanjur, Perlukah Beritahu Pada Bakal Suami?

Tidak Suci Lagi Setelah Terlanjur, Perlukah Beritahu Pada Bakal Suami?  | Setiap hari ada saja kes-kes yang tidak elok di kalangan masyarakat kita terutamanya dikalangan remaja baik lelaki mahupun perempuan. 

Sebenarnya, gejala 'remaja liar' ini sudah lama malah ketika zaman aku dulu sudah ada sehingga di beri gelaran bohsia dan bohjan tetapi sebagai manusia biasa siapalah kita untuk menjatuhkan hukum secara melulu. 

Tetapi, apabila adanya aktiviti sosial yang keterlaluan antara lelaki dan perempuan maka ia boleh menghampiri zina malah sudah ramai anak gadis yang  terlanjur dan sudah tidak suci lagi.

Persoalannya di sini, perlukah si gadis yang telah terlanjur itu menceritakan akan perihal dirinya yang lalu sehingga sudah tidak suci itu kepada bakal suaminya sendiri?



Sebelum menjawab persoalan terbabit, suka untuk aku ingatkan yang tidak semua wanita itu hilang kehormatan dirinya dek kerana terlanjur dengan sukarela. 

Masih ada kes yang hilang kesucian kerana di rogol tanpa kerelaan dirinya sendiri.

Walaubagaimana, seandainya diri sudah tidak suci akibat terlanjur baik secara rela mahupun paksa, apakah perlu menceritakan semuanya pada bakal suami? 

Atau, seandainya kejadian itu dirahsiakan dan secara tiba-tiba setelah berkahwin suami bertanyakan samada pernah terlanjur ataupun tidak sebelum ini, apakah perlu berterus-terang menceritakan segalanya sebagai tanda ingin berlaku jujur?

Jawapannya adalah TIDAK!!

Tidak kiralah samada pihak suami bersetuju ataupun tidak namun hakikatnya si wanita ini tidak wajib untuk menceritakan kisah lalunya sama sekali terhadap bakal suami mahupun suami terutama yang melibatkan perbuatan itu. 

Sendainya di tanya, si wanita ini wajib mengelak dari menjawab soalan-soalan tersebut.

Seandainya belum berkahwin dan si lelaki itu mahu tahu siapakah bakal isterinya maka si lelaki terbabit haruslah 'merisik' tentang mana-mana wanita yang ingin dijadikan isteri itu daripada pihak yang lain. 

Jika sudah merisik daripada beberapa orang yang boleh dipercayai dan diyakini dengan sahih, kemudian didapati si perempuan ini tidak berapa molek suatu ketika dulu... maka terpulanglah ke atas lelaki terbabit samada ingin memperisterikannya untuk menjadi pembimbing dan pelindung ataupun sebaliknya.

Tetapi hakikatnya, bagi seorang wanita yang sudah pernah terlanjur, soal sudah tidak punya suci dan pernah terlanjur ini tidak perlu diceritakan pada siapa  jua termasuklah suaminya sendiri. 

Tak perlulah buka aib sendiri sekiranya ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar sehingga boleh memusnahkan rumahtangga kita sendiri.

Pada yang sudah pernah terlanjur segeralah kembali ke pangkal jalan dan jangan sesekali gunakan pepatah 'alang-alang menyeluk pekasam biar hingga ke pangkal lengan' untuk hal-hal seperti ini. 

Sekali tersilap jalan tidak bermakna itu adalah noktah terakhir. Jangan risau, meskipun sudah pernah terlanjur yang kita masih ada Allah SWT yang sentiasa menerima taubat. 

Soal jodoh ada di tanganNya dan jika benar-benar bertaubat pasti akan didatangkan jodoh dari kalangan insan yang sepatutnya untuk terus membimbing kita ke jalan yang benar dan diredhai. InshaAllah.

Pada yang masih belum bertaubat segeralah kembali ke jalan yang benar kerana hukum Allah SWT itu adalah amat pedih !!!




Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

5 comments for "Tidak Suci Lagi Setelah Terlanjur, Perlukah Beritahu Pada Bakal Suami? "

  1. Thanks for sharing. Now I know.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sis hawa menarik enty ni..perkongsian ni selalu menjadi titik penentu buat wanita yang pernah melakukan kesalahan...

    ReplyDelete
  3. Ye betul, berubah la sementara masih ada kesempatan. Sebab hidup ni sementara. Memang ada dosa tp kalau boleh kena selalu taubat. Huhu. Untuk amalan bersama.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana kalau suami sendiri telah siasat dan comfirm isterinya kehilangam dara sblm berkahwin? Adakah perbuatan isteri yg merahsiakan atau menafikan itu dianggap berbohong pada suami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan apa yang saya dengar dr ustaz... (di utube juga ada), si suami sebelum berkahwin sepatutnya perlu siasat dgn siapa dia akan berkhwin... dan jika ada isu begini, samada tanya secara direct atau tidak... si isteri ini wajib berdiam diri utk tidak menjawab soalan tersebut. ia tidak di anggap sebagai berbohong melainkan hanyalah utk menutup aib dirinya sendiri

      Delete