HIGHLIGHT

22 May 2018

10 JENIS IKAN YANG BOLEH DI MAKAN KETIKA DALAM PANTANG BERSALIN

Sewaktu sedang berpantang sis lebih banyak makan ikan daripada daging. Ikan yang paling sis gemari adalah haruan dan juga gelama. Hmmmm sedapnya sup ikan yang panas-panas. Di tambah pula dengan rasa isi ikan yang manis.. yummmyyyy....


Semasa berpantang anak sulung berbelas tahun yang lalu, sis keliru juga tentang jenis-jenis ikan yang boleh dan tidak boleh di makan ni. Bila tanya pada emak, kata emak ikan yang boleh di makan adalah yang berisi putih dan tidak punya isi perut hitam. Mula tu sis pelik juga, isi perut hitam??? Apa tu??
Mak cakap, kalau nak mudah faham elakkan saja ikan yang isinya hitam seperti bawal hitam, tongkol, duri, pari, sembilang, parang.

Ikan yang emak benarkan makan ketika berpantang adalah....

1. IKAN HARUAN

2. IKAN KERISI

3. IKAN GELAMA


4. IKAN SELAR



5. IKAN SENANGIN
6. IKAN TENGGIRI 

7. BAWAL PUTIH
8. IKAN MERAH

9. IKAN YU


10. IKAN JENAHAK


Itulah 10 jenis ikan yang boleh di makan di dalam pantang. Tetapi ingat ya, lain orang lain penerimaannya. Jadi sebaiknya, cuba makan dulu sikit kalau okay tanpa ada apa-apa tanda alahan seperti gatal-gatal dan sebagainya barulah di teruskan. 

Lain orang lain ragam dan untuk sis ni, sewaktu di dalam pantang, emak sis cakap cencaru tak boleh makan tapi emak mertua cakap boleh makan tetapi dengan syarat kena abaikan part isi yang hitam tu. So sis pun cubalah makan ikan cencaru ni dalam pantang dan alhamdulillah sis  boleh terima. Sis makan ikan cencaru dengan hanya ambil part isi putihnya saja dan masak dengan kaedah bakar semata-mata.



Seperkara lagi.... ada ramai yang berkata ikan bilis boleh makan ketika berpantang tetapi kena pilih ikan bilis yang putih tu... walaubagaimanapun sis sama sekali tak makan ikan bilis tika dalam pantang sebabnya mak sis tak kasi. Mertua pun sama. Mereka cakap ada banyak lagi ikan lain dan elakkan ikan bilis ni. Bila di tanya mereka risau kalau-kalau ikan bilis ni dah bercampur dengan ikan bilis lain ketika penghasilan. Hmmmm.. mungkin! Ye lah, ikan bilis tu kan kecik.


Itulah orang tua-tua... ada yang boleh dan ada yang tak boleh. Begitu juga dengan diri masing-masing, ada yang makan rasa okay dan ada yang tidak. Walaubagaimanapun, sila hati-hati dan fahami penerimaan diri masing-masing ketika sedang berpantang ini. Jika rasa was-was terus elakkan. Jangan risau, ada banyak lagi pilihan lain untuk di makan.

Sis alhamdulillah dah berjaya pantang untuk 6 anak tetapi soal makan sis masih lagi berhati-hati. Jika ada kisah yang ingin di kongsikan boleh ceritakan di ruangan komen... 

Selamat berpantang.... 


1 comment:

  1. sekarang ramai pantang ikut cara moden tak mau dah ikut cara orang dulu-dulu, tapi terpulang kepada masing-masing sebab yang sakit nanti badan dia orang sendiri...

    ReplyDelete