Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

15 RESEPI MUDAH BUKA PUASA YANG RINGKAS DAN SEDAP

15 Resepi Buka Puasa Yang Ringkas Dan Sedap | Apabila tibanya bulan Ramadhan, para ibu dan isteri mula pening kepala nak fikir menu yang best. Semua ingin masak yang special dan sedap untuk di nikmati seisi keluarga terutama yang punya anak-anak.

 Masa ni juga isteri-isteri teruja nak tunjuk skill untuk hidangkan makanan lazat penuh khasiat sebagai menu berbuka puasa untuk keluarga. Tapi tak semuanya punya banyak masa atau kepakaran untuk menyediakan menu yang sesuai, sedap dan menyelerakan setiap kali berbuka terutama bagi wanita yang baru nak belajar masak dan juga yang berkerja. 

resepi mudah buka puasa


Jangan risau... di sini sis kongsikan pelbagai resepi yang ringkas tapi sedap, inshaAllah. Sis akan ajar masak hanya dengan menggunakan bahan yang paling wajib saja. Soal rasa, InshaaAllah masih menepati apa yang di hajati. Dengan cara ini kita bukan hanya dapat menjimatkan masa malahan juga kos dan tenaga. 

Antara resepi tersebut adalah....

1. Resepi Ayam Percik Utara Cara Mudah


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)
segenggam cili kering (di rebus) *
2 inci halia *
3 batang serai *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar (merah) *
3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)
1 kotak santan pekat
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air sekadar perlu

CARA-CARA :
1 - Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kalau tak nak rebus dan terus masak atas bara pun tak apa. Daku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak. 
2 - Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air. 
3 - Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
4 - Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air
5 - Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebati 
6 - Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada. Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)
7. Sekarang, letak ayam pada pemanggang dan bakarlah sehingga ayam masak dan kelihatan sedikit garing pada luaran. Setelah itu bolehlah diletakkan kuah percik. 

2. Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung


Bahan-bahan:
1 kg ikan tongkol - bersihkan dan potong ikut citarasa
1/2 isi nenas - potong ikut citarasa (awa guna nenas manis size kecik je) 
1 batang terung - bersihkan dan potong ikut citarasa
1 kotak santan Ayam Brand™
1 keping asam gelugur
1 sudu makan rempah gulai ikan 
garam 
serbuk perasa (jika suka)
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang besar 
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi (boleh kurangkan jika tak suka pedas)
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak bersama rempah gulai ikan di dalam kuali/periuk.

2. Masukkan 1/3 santan kotak Ayam Brand™ bersama 1 1/2 cawan air diikuti dengan terung dan nenas. Kacau sebati.
3. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan isi ikan yang telah dibersihkan. 

4. Masak sehingga isi ikan menjadi separuh masak.
5. Setelah itu masukkan baki lebihan santan Ayam Brand™ yang ada, asam keping, garam dan juga serbuk perasa. Jika kuah terasa pekat boleh tambah air dan jika rasa terlalu cair boleh tambah santan lagi. (Ada baiknya beli santan lebih untuk backup)
6. Kacau supaya santan tidak pecah minyak sehingga isi ikan benar-benar masak dan bolehlah dihidangkan panas-panas.  

3. Rendang Ayam Berkuah 



BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam (potong kecik)
10 tangkai cili kering *** (rebus dulu)
4 biji cili padi ***
2 inci kunyit hidup ***
2 inci halia ***
2 batang serai ***
6 ulas bawang merah / 2 ulas bawang besar ***
1/2 helai daun kunyit
2 sudu makan kerisik
1 kotak santan
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMASAK:
1. Blander bahan yang bertanda ***
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah di blander tadi sehingga pecah minyak
3. Masukkan ayam, gaul sebati

4. Setelah air ayam kering, masukkan 1/2 kotak santan berserta dengan sedikit air. Kecilkan api dan kacau sehingga hampir kering.

5. Setelah itu, masukkan lebihan santan, sedikit air, kerisik, garam dan juga daun kunyit. Jika mahu kuah yang lebih, masukkan air lebih banyak.
6. Kacau lagi sehingga ayam tadi benar-benar masak dan kuahnya menjadi pekat.
7. Tutup api dan bolehlah di hidangkan =D

4. Sup Sayur Campur
BAHAN-BAHAN :
1/2 batang Carrot
sedikit Sawi
sedikit Kobis
sedikit Bunga Kobis
1 biji Tomato
1 biji cili besar
Daun sup (wajib!)
Fish ball
Daging / Udang / Sotong
1 inci halia
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
2 cawan Air


CARA-CARA :
1. Potong semua sayur mengikut size yang di sukai. Ketepikan.

2. Hiris halus bawang merah, bawang putih dan juga halia kemudian tumis dengan sedikit minyak hingga kelihatan sedikit garing. Sedikit garing tau bukannya hangit ye ualls.. =D

3. Masukkan air dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.

4. Apabila telah mendidih, masukkan ke semua sayur-sayuran yang telah di potong tadi, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Masa menunggu untuk mendidih bagi kali yang ke dua ni tak lama tau. Kejap je.

5. Sebaik saja telah mendidih, segera masukkan daging / udang / sotong dan fishball.

6. Kacau sekejap selama 2-3 minit atau sehingga daging / udang / sotong bertukar warna kemudian masukan garam secukup rasa.

7. Tutupkan api dan sedia untuk di makan.


5. Ayam Masak Lemak Kuning 



BAHAN-BAHAN

1/3 ekor Ayam (potong size ikut suka dan bersihkan)
7 biji cili padi (kurangkan jika tak suka pedas) *
1 inci kunyit hidup *
5 ulas bawang merah *
1 batang serai *
2 inci halia *
1 sudu teh serbuk kunyit
1-2 keping asam gelugur
1 kotak santan kelapa segera ( aku guna jenama Ayam Brand)
2 biji ubi kentang (jika suka)


CARA-CARA MEMASAKNYA

1. Kisarkan semua bahan yang bertanda (*) sehingga lumat

2. Masukkan 1/3 santan berserta dengan 2 cawan air ke dalam kuali besar dan buka api yang sederhana.

3. Sekarang masukkan bahan yang telah di kisar tadi. Kacau sebati kemudian terus masukkan ayam dan ubi kentang.

4. Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan semua baki lebihan santan tadi ke dalam kuali. Masukkan juga serbuk kunyit dan asam keping. Kacau sebentar tanpa henti supaya tak pecah minyak selama beberapa minit.

6. Sekarang bolehlah di masukkan garam. Kalau semuanya dah ok, tutup api dan bolehlah di hidangkan.


6. Nasi Kari 



Ok tak nak tunggu lama-lama di sini sis kongsikan bahan dan caranya mengikut style sis yang suka masak cara simple ringkas ni...

Bahan-Bahan :
3 cawan beras (basmathi / biasa)
1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
4 sudu besar kari ayam daging Babas
2 sudu besar serbuk kurma ayam daging Babas
1 kotak santan pekat Ayam Brand
3 sudu besar marjerin planta
3 sudu besar minyak masak
sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 biji bawang besar (di mayang)
2 ulas bawang putih (di mayang)
1 inci halia ( di mayang)
2 sudu besar stok ayam Knorr


Cara-caranya:

1- panaskan minyak dan masukkan marjerin planta bersama bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga semuanya naik bau.


2. Bancuh serbuk kari dan serbuk kurma dengan sedikit air dan kemudian tumis hingga pecah minyak. Pastikan guna api yang perlahan. Masukkan ayam dan biarkan air ayam keluar.  Apabila air ayam telah kering, masukkan santan dan stok ayam.



3. Sekarang masukkan beras berserta dengan air mengikut sukatan biasa yang sering di masak. Masukkan juga sedikit garam dan biarkan semuanya masak seperti biasa.


4. Setelah betul-betul masak, boleh di hidangkan dengan daun bawang / daun ketumbar dan bawang goreng jika suka.

7. Ayam Goreng Tempura 


Bahan-bahan:
  • Ayam
  • Tepung Tempura Original (jenama Bestari)
  • Tepung Goreng Ayam (brand apa takpe, kalau nak style hot and spicy beli yang pedas, kalau nk rasa original ambil yang biasa)
  • Telur ayam (di pukul)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1- Campurkan 1 cawan tepung tempura original Bestari bersama 1/2 cawan tepung goreng ayam. 

2- Gaulkan ayam ke dalam telur yang telah di pukul sepenuhnya.

3- Salutkan ayam tadi dengan tepung sehingga menutupi keseluruhan ayam.

4- Gaulkan ayam yang telah di salut tepung tadi dengan telur sekali lagi.

5- Kemudian salutkan semula dengan tepung sehingga sebati.

6- Pastikan minyak betul-betul panas dan boleh lah di goreng cara deep fry (guna minyak banyak) dan masak dengan api yang perlahan... (ingat ya, kena guna api perlahan, kalau tak tepung hangus, isi dalam tak masak)

Kiranya celup ke dalam telur dan tepung adalah sebanyak 2x ya.. Ini untuk pastikan tepung lebih tebal dan rangup, makan pun barulah puas. Jika ayam banyak, ulang langkah demi langkah sehingga selesai.


8. Bebola Kentang 



BAHAN-BAHAN :
1 guni kecil kentang (lebih kurang 10 biji)
1/2 kilogram tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar garam
1 sudu teh gula pasir
air secukupnya


CARA-CARA:

1. bersihkan semua ubi, basuh dengan bersih kemudian cucuk-cucuk dengan garpu dan rebus dengan air yang mampu menggelamkan semua ubi tadi. Jika nak lebih cepat masak, kupas dan potong dengan size yang lebih kecil.

2. Setelah ubi tadi semua masak dan empuk lembut, masukkan semua ubi ke dalam bekas yang besar dan lenyek sehingga galus dengan menggunakan belakang garfu.

3. Masukkan garam, gula, tepung dan telur. Masukkan juga air sedikit demi sedikit dan adun sebati sehingga adunan tadi tidak lagi melekat di tangan. Jika terlebih air, ualls boleh tambah tepung. Tapi awas, jangan terlebih tepung pula nanti kuih ualls akan menjadi keras.

4. Setelah itu bentukkan menjadi bebola dan letakkan apa saja inti yang ualls suka. Boleh letak gula, kelapa, sosej, daging, ayam dan apa-apa sajalah . Kemudian bolehlah di goreng dengan cara deep fry (guna minyak banyak) dengan api sederhana warnanya bertukar menjadi kekuning-kuningan.


9.  Serunding Ikan Sardin


Okay, untuk serunding ikan sardin (selayang) ini ada pelbagai versi sebenarnya. Ada yang guna kelapa parut, santan dan lain-lain lagi. Tapi di sebabkan daku ni suka memasak dengan cara yang super ringkas maka aku kongsikan cara untuk buat serunding dengan cara yang paling simple.

BAHAN-BAHAN :
2 kg Ikan sardin (selayang)
segenggam cili kering
2 ulas bawang besar - hiris halus
6 ulas Bawang merah *
4 batang Serai *
2 inci Halia *
2 inci Lengkuas *
Garam
Gula


CARA - CARA :

1. Rebus ikan dengan air yang sedikit kemudian asingkan semua isi daripada tulang

2. Rebus cili kering hingga lembut dan satukan dengan bahan-bahan lain yang bertanda (*) di dalam blander kemudian kisar semuanya hingga halus.

3. Tumis bawang besar hingga naik bau kemudian masukkan bahan yang telah di kisar tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan semua isi ikan dan juga garam dan teruskan proses menggaul tu. Pastikan guna api yang perlahan ya.

4. Teruskan proses mengacau dengan api yang perlahan tersebut sehingga ia menjadi kering.

10. Bihun Sup Utara Cara Senang 




Bahan-bahan:

1 bungkus bihun (rendam dengan air biasa)
1/2 ekor ayam (bersihkan, potong kecil size ikut suka)
1 bungkus sup bunjut Tulang ADABI
2 inci halia *
7-8 ulas bawang merah *
4-5 ulas bawang putih *
1/2 camca lada hitam (tumbuk halus)
1 kiub pati ayam (jika mahu)
1 bungkus meatball / fishball (jika suka)
sedikit taugeh (jika suka)
Air secukupnya (dalam 3 cawan)


Hiasan:

Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng


Guna sup bunjut tulang untuk mudahkan kerja memasak

CARA-CARA : 
  • Rendam bihun bersama sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning. Kemudian celur di dalam air yang panas dan setelah lembut terus toskan semua airnya. Masukkan ke dalam air biasa selama beberapa minit dan toskan semula sekali lagi. InshaAllah bihun tidak akan melekat.
  • Kisar sehingga halus bahan yang bertanda (*). 
  • Panaskan minyak sebanyak 3-4 camca besar di dalam periuk / kuali besar yang dalam. Masukkan bahan2 tumis daripada sup bunjut tulang (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) dan tumislah hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik minyak. 
  • Masukkan lada hitam dan ayam tadi. Gaul rata sekejap dan terus masukkan air berserta 1 uncang bahan sup di dalam bentuk bunjut itu tadi. 
  • Jika nak bau sup yang lebih umppp ualls boleh masukkan juga akar daripada daun bihun sup yang telah di beli tu. Basuh bersih-bersih dan potong. Daun dan batang boleh guna sebagai hiasan dan akarnya pula sebagai penambah rasa dan bau untuk sup.
  • Biarkan sekejap sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih bolehlah di masukkan meatball / fishball (jika mahu) berserta garam dan kiub pati ayam (jika mahu).

11. Ketam Masak Cili 


BAHAN-BAHAN : 

4-5 ekor ketam (belah dua @ 4 )
8 biji cili kering (di rebus) *
1 inci halia *
1-2 batang serai *
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
gula dan garam secukup rasa


CARA-CARA :
1. Kisar semua bahan bertanda ( * ) sehingga lumat dan tumis dengan api yang perlahan sehingga naik bau.

2. Masukkan sos tiram dan sos cili.

3. Masukkan ketam dan gaul semuanya sehingga sebati.

4. Air ketam akan keluar dan jika mahukan kuah yang lebih boleh di tambah sedikit air berserta sos tiram dan sos cili.

5. Perasakan dengan garam dan gula.


12. Kuih Cek Mek Molek Kelate 




BAHAN-BAHAN:

1kg ubi kentang (pilih yang bersize kecil @ sedang saja)
1 sudu kecil garam halus
Tepung gandum
Gula


CARA-CARA MEMBUATNYA:

1.  Bersihkan ubi dan rebus berserta kulit sehingga empuk. Nak rebus ni mudah je, ualls masukkan semua ubi ke dalam periuk. Letakkan air sehingga paras menenggelamkan ubi, kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan ia masak dengan sendirinya sehingga empuk dengan api yang perlahan @ sederhana.
 

2.  Setelah ubi sejuk, buangkan kulitnya. Nak lecet pakai tangan pun boleh sebab kulitnya memang boleh di tanggalkan dengan senang dan cepat.


3. Hancurkan isi ubi menggunakan garfu sehingga lumat kemudian taburkan 1 sudu kecil garam dan masukkan juga 5 sudu makan tepung gandum. Kemudian adunkan adunan ini sehingga sebati.



 4.   Tambahkan sedikit lagi tepung jika perlu menggunakan sudu sambil terus menguli sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan. Awas! Jangan masukkan tepung banyak sangat nanti tak pasal-pasal kuih ualls akan menjadi keras... huhu..

- Rupa doh yang perfect! -

 5.  Ambil sedikit adunan, bentukkan menjadi bebola dan leperkan dengan tangan. Kemudian letakkan sedikit gula di tengah-tengahnya. Tutup kembali dan buatlah mengikut apa saja bentuk yang ualls suka. 


6.  Ulangi langkah ke 5 sehingga doh tersebut habis...



7.  Sekarang bolehlah di goreng dengan api yang perlahan sehingga warnanya bertukar garing kekuning-kuningan. Ingat tau, jangan sesekali di goreng dengan api yang kuat nanti gula di dalam kuih ini tak sempat nak cair.


13. Mee Kuah Simple 



BAHAN-BAHAN:

1 bungkus mee kuning
Isi ayam (boleh tambah udang, sotong dll)
Sayur sawi
Sedikit taugeh
3-4 sudu besar Sos tiram
3-4 sudu besar Sos cili (Awa pakai jenama Kimball / Life)
1 sudu besar cili boh
3-4 sudu Kicap pekat manis
4 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
Air Secukupnya
Telur (jika suka)


CARA-CARANYA:

1- Ketuk bawang putih dan tumis di dalam kuali yang agak besar (awa pakai kuali mudah nak kacau). Kemudian masukkan cili boh dan tumis sekejap hingga agak pecah minyak..

2- Masukkan sos cili dan sos tiram. Kemudian terus masukkan air secukupnya. Jangan letak air banyak sangat!! Memadai letak dalam 1 1/2 - 2 cawan air dulu sebagai basic.. kan cair pula kuah mee ualls tu... Kalau pekat leh letak air kemudian tapi kalau dari awal dah terlebih hmmmm... jahanam!

3- Bila sudah agak mendidih, masukkan isi ayam, seafood dan kicap. Biarkan lagi hingga betul-betul mendidih.

4- Sekarang masukkan telur. Bila telur sudah agak mengeras, terus masukkan mee kuning, sawi dan taugeh.


14. Resepi Gulai Ayam 


Tapi sejak aku beralih duduk di Pantai Timur ni, aku mula perhatikan yang gulai diaorang masak kat sini simple sangat-sangat tapi dari segi rasa dan rupa tetap lebih kurang sama. Terfikir kat kepala, aku masak sebab nak makan dengan sedap dan jika sudah cara kat sini lebih mudah dan bahan yang di gunakan juga lebih simple dan sedikit.. kenapa aku mesti susah payah lagi? Hmmm....

Maka di sebabkan itu, aku ubah style cara aku masak gulai ayam ni dengan lebih simple. Hasilnya ualls boleh tengok kat atas tu, tetap boleh di makan bersama nasi, roti jala dan roti puri. No problem at all. :D


BAHAN-BAHAN:

1/3 ekor ayam yang telah dipotong dan dibersihkan
1 bungkus kecil rempah kari ayam (Alagapas / Babas)
1 inci halia  *
3 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
3 biji kentang di potong dadu
1 kotak santan pekat (Ayam Brand)
3 biji cili padi (di biarkan sebiji sebiji)
1 keping asam gelugur
1/2 sudu teh halba campur
Air


CARA-CARANYA:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda (*) sehingga separuh lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali besar / periuk dan tumis semua bahan yang telah di tumbuk ini bersama halba campur sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah ke dalam tumisan bawang tadi berserta dengan 1/2 cawan air dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

3. Sekarang masukkan ayam dan ubi kentang kemudian gaul hingga sekata dengan seluruh rempah tersebut. Terus masukkan 2 cawan air berserta dengan 1/2 kotak santan. Biarkan sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk.

4. Setelah itu, terus kecilkan api dan masukkan lagi lebihan santan yang berbaki tadi. Kacau perlahan-lahan dan tambahkan air kosong jika nak kan kuah yang lebih.. terpulanglah atas ualls sendiri untuk bab ni ye. Jangan di tambah terlalu banyak air hingga kuah tersebut menjadi terlalu 'cair' sudahlah!

5. Masukkan sekeping asam gelugur, 3 biji cili api yang sama sekali tidak di potong tadi dan perasakan dengan garam.

6. Teruskan di kacau sehingga 10 ke 15 minit lagi, kemudian bolehlah di tutupkan api.


15. Nasi Minyak Guna Beras Biasa



BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras yang telah di bersihkan
  • 2 ulas bawang besar (di mayang) *
  • 5 ulas bawang putih (di ketuk) *
  • 2 inci halia (potong memanjang) *
  • 1 inci kulit kayu manis *
  • 2 kuntum bunga lawang *
  • 5 biji buah pelaga *
  • 3 sudu makan marjerin planta * (aku guna jenama pelangi)
  • minyak masak untuk menumis *
  • air secukupnya
  • 1 sudu garam


CARA-CARA UNTUK MEMASAK 

1- Panaskan minyak masak  berserta marjerin planta di dalam periuk. Masukkan semua bahan yang bertanda ( * ) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.


2 -Kemudian masukkan beras yang telah di bersihkan tadi dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.


3 - Sekarang boleh masukkan air. Air ni ualls agak-agak lah ya. Sukatan air adalah mengikut beras dengan kaedah memasak nasi pakai dapur gas biasa. Kalau ikut sukatan aku memasak, air akan berada di atas beras sedalam 1 ruas jari telunjuk.

4 - Bila dah masukkan air, terus ualls masukkan garam dan kacau supaya semuanya sebati. Masa ni kalau ualls risau takut nasi jadi terlajak masin ke apa... ualls boleh masukkan garam sedikit demi sedikit dan rasa. Takde masalah!!


5 - Sekarang ni hanya perlu tunggu nasi masak seperti biasa. Actually, aku suka masak pakai dapur gas walau ada rice cooker sebabnya aku boleh lihat nasi ni dari masa ke semasa. Tambahan pula, aku suka letakkan sedikit colour bila nasi dah hampir masak.. ala ala nasi hujan panas gitu...

Titik titik kan sedikit pewarna pelbagai colour kemudian terus kacau guna garfu. 



Bingka Ubi Kayu 



Bahan-bahan :
  • 2 cawan ubi kayu yang sudah siap di parut 
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 kotak santan pekat Ayam Brand
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning

CARA-CARA:

1. Mula-mula kena siapkan ubi kayunya dulu lah. Kalau nak ikut cara tradisi, ubi akan di parut sehingga halus tapi kalau ikut cara moden, belasah dengan blander jer. Potong ubi dengan size yang sesuai, blander, tapis untuk ambil isi ubinya saja dan gunakan air yang sama untuk kisaran ubi yang seterusnya. 

Kacau semuanya hingga betul-betul sebati


2. Kemudian satukan semua bahan-bahan yang lain (kecuali pewarna) dengan ubi tadi.  Kacau sehingga gula larut dan sekata.

3. Sekarang boleh rasa, kalau nak lagi manis bolehlah tambahkan gula dan kalau nak lebih rasa berlemak bolehlah di tambah dengan sedikit lagi garam.

4. Bila dah puashati dengan rasa baru masukkan sedikit pewarna kuning, kacau sekata dan terus masukkan ke dalam loyang.

Serahkan tugas membakar pada si ketuhar


BAKAR:

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius dengan api atas dan bawah.

Masukkan loyang ke dalam ketuhar di rak yang paling bawah sekali.

Bakar bingka selama 1jam - 1  1/2 jam, atau sehingga betul-betul masak.

Lagi sedap jika permukaan atas bingka berwarna keperang-perangan (kerak)


[ NEXT RECIPE - klik pada gambar ]







5 comments for "15 RESEPI MUDAH BUKA PUASA YANG RINGKAS DAN SEDAP"

  1. boleh try nnti,... skrg laki kena panmdai masak jugak, x boleh harapkan isteri ja.. hehehe

    ReplyDelete
  2. keno adjust bukak poso umah awa skali ni. bnyk menu dio bleh wat

    ReplyDelete
  3. Sedap2 semuanya..

    Jemput join segmen ejulz

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete