Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

APABILA ISTERI CEMBURU DENGAN BIDADARI SYURGA

Semua orang tahu, para suami yang soleh akan di anugerahkan dengan bidadari-bidadari syurga sebagai isterinya. Aku ulang sekali lagi,... I.S.T.E.R.I.... Isteri untuk mereka ini adalah dari kalangan bidadari-bidadari syurga yang sangattttt cantik, wangi dan sempurna. 

Bidadari ini tersangatlah menjaga kehormatan dirinya dan matanya yang cantik itu hanya akan memandang wajah pasangannya saja. Apa yang ada pada dirinya hanyalah untuk suaminya. Malah setelah bersama, akan dikembalikan semula keperawanannya. Di dada mereka kala ini telahpun tertulis nama lelaki beriman yang bakal menjadi suami kepada mereka ketika di syurga kelak. Jika di dunia ini si suami terbabit tidak di layan sempurna oleh isteri dunia, maka sang bidadari akan mengutuk isteri terbabit kerana tidak pandai menjaga hati suami'nya'.


BUKTI AL-QURAN
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)

NASIB ISTERI DARI DUNIA

Habis... bagaimana dengan nasib para isteri yang sudah bersusah payah dan menjalin cinta dengan sang suami sejak dulu? Apakah para isteri ini hanya menjadi isteri kepada sang suami soleh ini ketika di dunia saja semata-mata dan kemudian perlu lepaskan pada sang bidadari? 

Jawapannya adalah, si isteri yang solehah ini akan kekal menjadi isteri kepada sang suami ketika di sana kelak dan akan bermadu dengan para bidadari ini untuk melayan si suami. Malah, si isteri akan di angkat sebagai ketua bidadari untuk suami masing-masing dengan rupa paras yang paling cantik.

Mungkin para suami yang membaca ini akan terus membayangkan wajah isteri masing-masing dan terus pula membayangkan rupa paras para bidadari dengan wajah isteri paling cantik sekali. Sabar encik sabar.... penerangan saya belum habis lagi... sebelum encik-encik membayangkan sebegitu, sila baca dulu penerangan di bawah ni.


Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy menyebutkan: Rasulullah S.A.W. bersabda: 

“Allah S.W.T,menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. Allah S.W.T menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut hingga dadanya, diciptakan daripada misik. Daripada dada ke lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari meludah ke dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah S.W.T. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”


ISTERI DUNIA ADALAH KETUA PARA BIDADARI SUAMI
Para isteri solehah yang telah bersama dengan anda sejak dulu akan di beri kemuliaan, kecantikan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga dengan tujuh puluh kali ganda lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya dulu semasa di dunia.

Faham ya encik-encik sekalian, bidadari itu memang sangat-sangat cantik tetapi isteri dari dunia yang telah berjaya menjadi wanita penghuni syurga akan dianugerahkan oleh Allah SWT sebanyak 70X ganda lebih cantik dari si bidadari tersebut. Jadi, kecantikan sebenar si isteri ketika di dunia ini akan terserlah apabila tiba di sana nanti.

Manakala bagi mana-mana wanita yang telah berkahwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia ini, maka di syurga kelak beliau akan di beri kebebasan untuk memilih salah seorang dari kalangan lelaki terbabit untuk hidup bersama ketika di syurga. 

Bagi yang tidak punya pasangan, Allah SWT akan kahwinkan di antara lelaki dan wanita yang sedang menghuni syurga kerana Allah SWT telah berfirman bahawa tidak akan ada seorang pun penghuni syurga yang akan hidup berseorangan. Ini bermakna walau di dunia tidak bertemu jodoh jangan risau kerana jodoh awak tu sedang menanti di pintu syurga. 

Berbalik kepada bidadari yang akan bermadu dengan para isteri ini, jangan risau kerana di syurga kelak sudah tidak ada lagi perasaan hasad dengki, cemburu, marah, benci dan lain-lain sikap negetif walau apa sekalipun. Sudah namapun itu adalah syurga maka semuanya adalah perkara yang indah-indah belaka. Masing-masing akan hidup dengan rukun, aman, damai, seronok dan bahagia. 


Cuma satu saja yang ingin daku minta dari ualls yang membaca artikel ini... sila bayangkan semula pengalaman ualls yang lepas-lepas dan kemudian bayangkan pula masa depan yang sedang menanti di hadapan nanti. Bukan masa depan di dunia ni tapi selepas itu.... Ya! Kehidupan yang bakal kita lalui dan akan hidup selama-lamanya di dalamnya nanti. Agak-agak apa yang bakal terjadi pada diri sendiri..?? Jika risau segeralah berubah kerana masa masih lagi ada.


JOM KITA SAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK CUBA MENJADI BIDADARI SYURGA BERSAMA PARA BIDADARI LAIN DI SANA NANTI. 



BAGI YANG TIDAK BAHAGIA TIKA DI DUNIA INI, BERSABARLAH, JANGAN RISAU KERANA BIDADARI SYURGA AKAN DI PASANGKAN DENGAN LELAKI DARI SYURGA JUGA.


 Anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat? Jika YA, jadilah salah seorang followers blog ini  >> DI SINI << sebagai tanda support. Terima kasih.




14 comments for "APABILA ISTERI CEMBURU DENGAN BIDADARI SYURGA"

  1. Replies
    1. Hans dh ada couple belum ni? Kalau takde juga nantikan yang kat sana

      Delete
  2. Replies
    1. Ameen... sama2 kita doa dpt jumpa balik pasangan masing2 kan abg ben

      Delete
  3. Barrakallah, terima kasih sharenya Sis salam kenal dari Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ssama-sama kasih.. terima kasih sudi singgah ke blog Malaysia =D

      Delete
  4. Waduh takut juga yaaa..serem juga nanti istri harus rela bagi suami sama bidadari lain hiks2,, iklas ga yaaa? yang penting aku pengennya nanti bisa bertemu lagi dengan suami di dunia dan akhirat hehe amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. siapa tak sayang suami... tapi di sana nanti sudah ngak ada rasa cemburu tu. semuanya hanya sifat yang baik-baik aja dan ada keseronokan lain untuk kita di sana. Kerana itu adanya bidadari buat suami juga supaya kita juga ikut boleh berseronok dengan cara kita

      Delete
  5. perkongsian yang bermanfaat dari sis.. terima kasih kongsi :))

    ReplyDelete
  6. Yes betul. Janji allah tu pasti. Asalkan kita ikut segala perintah allah. Allah pasti akn beri balasan yg setimpal

    ReplyDelete
  7. Ternyata suami kita sudah punya bidadari ya kalau bertempat di syurga. MasyaAlloh :)

    ReplyDelete