Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SHADZ MEE UDANG - ANTARA PILIHAN TERBAIK DI KUALA PERLIS

Tatkala pulang ke Perlis mesti terasa nak makan itu, nak makan ini. Almaklumlah dah namanya pun balik kampung kan? Jika berhajat nak makan ikan bakar of course kat Perlis banyak restoran ikan bakar tetapi kali ni teringin di hati nak makan mee udang. Cari punya cari, terjumpalah sebuah restoran yang di beri nama SHADZ MEE UDANG yang terletak di kawasan Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis. Disebabkan suami ngan anak-anak pada malam tu dah kenyang, so daku ke sana dengan emak. Selaain daripada tu daku turut bersama dengan blogger KekNy.

Sesampainya kami ke restoran terbabit, aku agak terkejut sedikit kerana restoran ini bukannya terletak di sebuah bangunan kedai sebaliknya di sebuah rumah pada bahagian corner lot. Walaubagaimanapun ualls jangan risau kerana ruang parking memang luas dan keadaan sekeliling juga tidaklah bising walau hakikatnya berada di dalam sebuah kawasan perumahan yang agak besar.


Setelah mengambil tempat duduk kami terus di datangi pelayan dengan senarai menu yang sangat banyak! Haaa.... nama je restoran mee udang tapi pelbagai jenis menu makanan ada kat situ. Terbeliak jugalah biji mata aku ni. Niat asal nak makan mee udang dah mula bergoyang bila melihat pada menu-menu yang lain. Hahaha...

Akhirnya, kami buat keputusan untuk merasa pelbagai makanan yang ada di situ. Harap-harap dapat habiskanlah semuanya. Sambil-sambil menunggu pesanan, kami berbual sekejap dengan mem besarnya yang sangat peramah. Kata beliau, restoran terbabit di buka secara tidak sengaja dek kerana ingin memenuhi masa terluang selepas bersara.

Pada mulanya beliau memang berhajat untuk menyajikan mee udang tetapi disebabkan permintaan pelanggan maka kini pihaknya cuba sedaya upaya untuk mempelbagaikan lagi menu makanan. Selain itu, pihaknya juga turut meletakkan sebuah TV skrin besar khas untuk para pelanggan yang amat meminati bola sepak. Kiranya, kalau time bola restoran ni adalah salah satu lokasi terbaik untuk menonton bola beramai-ramai sambil menikmati makanan dengan santai.



Asyik berbual, makanan kami pun siap terhidang. Nak tahu apa yang kami order? Haaa jom kita layan gambar-gambarnya kat bawah.... zasssssss!

Yang pertama semestinya adalah mee udang. Udangnya memang banyak dan besar okay. Yang makin best udang ni fresh di beli secara harian oleh si ownernya sendiri. Jadi, kalau makan memang sedap habis! Rasa manis udangnya tu dengan kepekatan kuah secukup rasa.


Nampak tu? Size udang tak muat dengan sudu!! Puashati makan macam ni...


Bagi yang kurang sukakan udang, ualls boleh pilih mee ketam. Yang ni aku pun suka sangat makan hari tu sebabnya isi ketam tu memang padat dan banyak. Jangan risaulah ketam sekadar nama tapi isi takde pun! No! Kat Shadz Mee Udang memang puashati sangat-sangat! Daku sendiri rasa happy dapat perkenalkan ualls dengan makanan seperti ini.


One more thing, ada juga terdapat mee sotong! Gambar ni daku ambil dari owner sebabnya malam tu daku tak order mee sotong but nak juga tunjuk yang kat sini semuanya ada. Jika ualls tak tahu nak pilih yang mana, ualls request je nak mee udang tapi minta sekalikan udang dan ketam di dalamnya.

Yang pasti, memang dah tak nampak rupa mee di bawahnya. Jika pepatah melayu mengatakan udang di sebalik mee tapi kali ini mee di sebalik udang hahaha.... serius beb!!! memang awesome bak ang!

Apa yang membuatkan aku makin tertambat hati dengan Shadz Mee Udang ini adalah apabila turut terdapat menu lain yang di hidangkan. Ualls cakap je nak makan apa, dari seafood hinggalah ke makanan bergoreng dan tomyam. Semuanya ada kat situ.

Untuk hari tersebut, daku sempat juga merasa menu yang lain seperti mee goreng, cucur udang dna pasembor. Kuah kacangnya tu bagi aku cukup kena dengan makanan yang di hidangkan. Boleh nampak kasih sayang owner terhadap para pelanggannya dengan cuba mengekalkan rasa yang baik bersama bahan-bahan yang banyak supaya berbaloi dengan harga yang di kenakan.




Ibuku cukup suka dengan pasembor ni. Katanya sesuai dengan citarasa 'orang tua' yang cukup cerewet bab makan. Sos banjirnya tu membuatkan airliur meleleh, itu belum di kira soal aromanya lagi.

Rasanya yang manis-manis pedas berserta dengan kesegeran bahan dan cucurnya yang lembut dan banyak memang patut mendapat pujian. So, tak hairanlah kenapa my mom happy sangat-sangat dengan menu ni.


Ops.... tetiba keluar gambar daging bakar ni, dah kenapa? Hahaha... takde mengapa melainkan kat sini juga ada di jual resepi daging bakar yang boleh di makan bersama sos ala thai. Tu dia... daging ni di bakar dengan bara tau, so memang terangkat sangat-sangat! Makan pula meratah gitu je, tak sedar kejap je dah licin sepinggan. Omg! 


Baca juga >> Putra Brasmana - Hotel penginapan di Perlis <<

Ini pula sotong gelek. Juga resepi dari negara Thai. Yang ini daku sendiri baru pertama kali try. Untuk aku, hmmmm kurang kena dengan selera sebabnya daku ni kurang boleh menerima makanan yang sebegini. Tapi mak aku cakap okay! Dan rasanya bagi yang suka mencuba resepi-resepi baru dan unik, ualls boleh order sotong gelek ni.



Walaubagaimanapun, daku terus rebah tatkala melihat sotong kangkung. Ya ampunnn.... dah lama aku tak makan ni tau dan bagi aku, aku memang sangat puashati dengan menu ni. Mungkin juga rezeki diri ku dan emak kerana rupa-rupanya resepi ni baru saja mula di perkenalkan di Shadz Mee Udang.



Baca juga >> Marvels Cafe - Restoran makanan barat di Perlis <<

Alhamdulillah... rasa tak menyesal menjamu selera di situ. Dari segi rasa dan penyampaian makanan, alhamdulillah daku amat berpuashati. Dari segi harga juga aku rasa ianya cukup berbaloi dan tidaklah terlalu mahal. Pendekata, harga dan bahan memang sangat sepadan. Soal kebersihan juga sangat memuaskan. Jika punya kesempatan, daku tidak teragak-agak untuk ke sana lagi dan kali ini mungkin bersama suami dan anak-anak pula.

Tambahan pula restoran Shadz Mee Udang ini hanya terletak lebih kurang 3km saja dari jeti. So, jika punya masa lebih boleh terus ke kawasan jeti Kuala Perlis untuk menikmati pemandangan laut yang cantik dan jika pulang dari Langkawi dan tidak tahu mana nak makan sebelum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, ualls harus singgah kat Shadz Mee Udang. Memang best dan sedap!

My mom pun puashati sangat-sangat!! =D

TERINGIN MEE UDANG? JOM KE SHADZ MEE UDANG KUALA PERLIS


Shadz Mee Udang, No. 55 Jalan Bakau 6, Taman Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Jika nak lihat menu yang lain, nak survey harga dan lain-lain, boleh hubungi

Hp : 019-475 6096




Nak tahu tempat lain yang menarik di Perlis >> KLIK SINI


8 comments for "SHADZ MEE UDANG - ANTARA PILIHAN TERBAIK DI KUALA PERLIS "

  1. Sedapnya Awa.. Terliur kita.. :)

    ReplyDelete
  2. Aduhai kena la SA pi bercuti ke Perlis lagi sekali nanti ni...kena ajak adik ipar pi situ..nampak menarik tu..besar2 udangnya...sotongnya..ya allah..sedapnyaaaa
    Jom join GA GSL Warrior di blog SA http://www.suriaamanda.com/2018/05/grup-sisturs-lawa-warrior-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. ya allah terliur terus tengok mee udang.. sotong kering pun ada lama tak makan ..

    ReplyDelete
  4. Sajiannya sedap sedap nya, memang ada rumah makan yang namanya, ayam bakar atau lainnya tapi sajian lainnya juga ada jadi kita bisa pilih dan pesan makanan lainnya juga

    ReplyDelete
  5. wahh sedapppnya..next time kita jumpa di terengganu ya

    ReplyDelete
  6. semua nya memang nampak menyelerakannnnnnnnnnnnn ^_^

    ReplyDelete
  7. best nya baca review makanan macam ni..memang terliur baca..pasni boleh ajak family pergi sini pulak :)

    ReplyDelete